Tugas seorang isteri itu tidak pernah habis. Samada menjadi seorang suri rumah atau pun bekerjaya, masing-masing menuntut pengorbanan masa yang tinggi. Menguruskan rumah tangga dan melakukan kerja lain pada masa yang sama, bukan mudah.
Perasan atau tidak, kadang kala isteri anda tidak cukup tidur pun, tambahan lagi jika mempunyai anak kecil. Keluarlah nanti keluhan dari mulut isteri ”letih.. mana ada masa nak tidur”, akhirnya isteri moody sepanjang hari kerana keletihan.
Walaupun nampak remeh, tapi ia adalah masalah kronik yang melanda hampir setiap isteri dan ibu di seluruh dunia. Jika dibiarkan bakal memberikan kesan yang tidak sihat, bukan sahaja pada emosi, tetapi tubuh badan.
Perkongsian oleh Dr Taufiq Razif wajar dijadikan panduan oleh setiap pasangan di luar sana. Lima sebab kenapa tidak boleh membiarkan isteri anda tidur lambat atau tidak cukup tidur, salah satunya adalah bakal menyebabkan stres, depresi dan mengalami mood disorder.
Kalau isteri anda selalu marah-marah, check balik kualiti tidurnya. Kata sayangkan isteri, kalau dah ada anak tu, bergilirlah jaga, jangan harapkan isteri seorang. Jom kita ikuti perkongsian Doktor Taufiq seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat.
Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur
Semalam saya biar je isteri saya tidur dulu. Saya pula yang ambil giliran tidurkan anak-anak. Ada 5 sebab kenapa saya taknak isteri saya selalu tidur lambat dan tak cukup tidur :
serangan jantung
risiko nak kena darah tinggi meningkat
risiko nak kena kencing manis meningkat
sistem imun pun jadi makin lemah
Jadi saya pesan sangat kepada diri sendiri dan para suami semua, tengok tengokkanlah kualiti tidur isteri kita ye terutamanya yang ada anak kecil. Tak salah pun bergilir jaga anak kan.