Isteri hendaklah mengingatkan dirinya beberapa pesanan Nabi SAW antaranya: “Mana-mana wanita yang meninggal dunia lalu suaminya reda padanya, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat al-Tirmizi) Nabi SAW juga berpesan: “Perhatikanlah bagaimana hubunganmu dengan suamimu kerana sesungguhnya dialah syurga dan nera kamu.” (Riwayat Ahmad). Kami ngin mengemukakan beberapa kesalahan yang sering dilakukan sebahagian isteri supaya mereka menjauhinya.


Isteri Jangan Terlalu Kuat Melawan, Suami Berhak Penuh Atas Dirimu

Sikap suka meremehkan kebaikan suami.

Sedangkan Rasulullah SAW berpesan: “Aku diperlihatkan neraka ternyata kebanyakan penghuninya ialah wanita kerana mereka sering mengingkari. “Sahabat bertanya: “Adakah mereka mengingkari Allah? Rasulullah SAW menjawab: “Mereka mengingkari pemberian dan kebaikan suami. Seandainya kamu berbuat baik kepada mereka sepanjang masa, kemudian mereka melihat satu saja keburukanmu, maka mereka berkata: “Aku tidak pernah langsung melihat kebaikanmu.” (Riwayat al-Bukhari)

Berpuasa sunat tanpa keizinan suami.

Sabda Nabi SAW: Janganlah seorang wanita berpuasa ketika suaminya ada kecuali dengan izinnya.” (Riwayat Muslim) dan puasa itu merujuk puasa sunat.

IKLAN

Memberi orang lain masuk rumah tanpa keizinan suami

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang wanita membenarkan orang lain masuk ke dalam rumahnya kecuali dengan izin suami. Sesuatu yang disedekahkan isteri atas usaha suami tanpa pengetahuannya, maka setengah pahala sedekah itu milik suaminya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mendedahkan aib pasangan

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia paling teruk di sisi Allah pada hari Kiamat nanti ialah orang yang bersetubuh dengan isterinya dan isterinya bersetubuh dengannya, kemudian dia menceritakan aibnya.” (Riwayat Muslim)

IKLAN

Menceritakan penampilan wanita lain kepada suaminya

Sabda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah seorang wanita menceritakan sifat-sifat wanita lain kepada suaminya sehingga dia seolah-olah melihat wanita itu.” (Riwayat al-Bukhari)

IKLAN

Berhias bukan untuk suaminya

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan wanita yang bangga dan sombong memperlihatkan perhiasannya kepada selain suaminya bagaikan kegelapan pada hari kiamat. Tidak ada cahaya sedikit pun padanya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Meminta cerai tanpa sebab

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebarang sebab maka haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Dawud)

Meminta suami menceraikan madunya

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang wanita meminta suaminya menceraikan madunya supaya nafkah bahagiannya bertambah banyak. Sesungguhnya baginya ialah apa yang Allah takdirkan untuknya.” (Riwayat al-Bukhari) Begitulah antara kesalahan yang sering dilakukan isteri yang perlu dijauhi agar tidak berdosa.Jika benar ada yang pernah melakukannya, hendaklah meminta maaf kepada suami dan hendaklah bertaubat kepada Allah SWT.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI