Kebiasaan dalam perkahwinan, isteri wajib menuruti suami. Sebaik sahaja diijab kabul, syurga isteri kini di bawah tapak kaki suami. Itu kita biasa dengar kan? Jadi, kita ambillah peluang menjadi isteri yang terbaik. Jaga makan minum suami. Pastikan suami mendapat layanan yang sepatutnya.

 

Menjadi seorang suami pula ada tanggungjawab lebih besar. Dialah ketua keluarga, imam, pencari rezeki dan pembimbing keluarga. Di sebalik setiap tanggungjawab itu, suami juga tidak boleh lupa dan mengetepikan tanggungjawab isteri kepada keluarganya. Jadilah suami yang boleh bertoleransi.

 

Bila dah jadi suami, sebolehnya bertimbang rasa…

 

IKLAN
  1. Janganlah menjadi penghalang hubungan isteri dan keluarganya. Jangan sesekali melarang isteri balik ke rumahnya untuk bertemu ibu dan ayah.

 

2. Elakkan penghinaan atau merendah-rendahkan keluarga isteri. Keluarga isteri itu adalah keluarga kamu juga.

 

3. Jangan menghalang ibu bapa isteri datang ke rumah meskipun itu rumah kamu.

IKLAN

 

4. Ketika ibu dan bapanya sakit, jangan sesekali anda menghalang isteri dari menjaga orang tuanya.

 

IKLAN

5. Baik anak lelaki atau perempuan, mereka masih bertanggungjawab untuk berbakti kepada orang tuanya selagi mereka masih hidup. Jangan halang isteri anda berbakti kepada orang tuanya.

 

Wahai para suami, sebagaiaman anda sebagai anak lelaki perlu bertanggungjawab kepada kedua ibu bapamu, begitu juga dengan isterimu yang ingin sekali berbakti kepada ibu bapa mereka. Anggaplah ibu dan bapa mentua itu seperti ibu bapa kandungmu.

 

Andainya dihalang hubungan di antara isteri dengan ibu bapanya, pasti isteri memandangmu dengan perasaan kurang hormat. Jangan biarkan isteri menghormatimu dalam keadaan terpaksa. Bila isteri sedih, kebahagiaan dalam keluarga tidak terlihat. Ingatlah….

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI