Biasalah dalam perkahwinan, memang ada sahaja yang tak kena. Mula-mula kahwin bahagia je yang kita nampak. Tak bila dah lama, banyak sangat ragamnya. Kadang-kadang kerana terlalu mengikut emosi, kita lupa menghargai apa yang ada depan mata.

 

Seronok baca apa yang dikongsikan Che Mid dalam postingnya di laman Facebook. Ada isteri yang terlalu mengikut emosi. Bukan nak ‘cari fasal’ sangat, cuma nakkan perhatian je. Kalau sesekali, bolehlah suami layan. Tapi kalau dah selalu sangat, suami pun boleh bosan dan lebih sadis, nak kecapi momen bahagia balik dah terlambat.

 

IKLAN

Buat apa marah-marah pada orang yg kita sayang
Buat apa jual mahal pada orang yang beri perhatian pada kita
Untuk apa senyap bila dia ajak berbual
Untuk apa diam bila dia bertanya
Napa buat-buat tak tau bila dia nak ambil tahu
Napa buat-buat tak nampak bila dia ada di depan mata?

Bila dia takde tercari-cari pula
Bila dia senyap tertanya-tanya
Bila dia tak balik kita risau dia pergi mana
Bila dia buat tak tau kita pula yang rindu

IKLAN

Wahai isteri
Hiduplah di bumi nyata
Hargailah dia semasa dia ada
Tak perlulah buat drama mengada-ngada

Suami ni bukan reti bab perasaan
Pujuk pun sekali dua je lepas tu tak kuasa melayan
Dia ada banyak benda penting dalam fikiran
Dia ada banyak bil dan hutang yang nak diselesaikan

IKLAN

Kita isteri ni buat je macam biasa
Dia suka kari, kita masakkan kari
Dia ajak mancing, kita ikut dia mancing
Dia nak tengok tv, kita duduk la sebelah sambil minum kopi
Dia cakap politik ke bola yang kita tak reti, ya kan aje
Dia ajak tidur, meh la kita ikut tarik selimut!

Esok giliran belah sana
Yang sana pulak layan karenah suami kita
Kita di sini ikutlah nak buat apa..
Ini dunia kita yang punya 😁 !!

Haa gitewww!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI