Setiap orang pasti akan mengalami tekanan hidup ataupun ‘stress’ dalam hidup, walaupun perasaan itu tidak sama, namun ianya mampu memberi kesan kepada kita.

Stress’ atau tekanan perasaan itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan ‘stress’ sebagai peransang hidup. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan dengan baik, ia akan memudaratkan kita.

Tahukah anda, satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar ekologi dari Universiti Dundee, Scotland mendapati, tekanan yang melampau boleh menyebabkan wajah seseorang menjadi hodoh.

IKLAN

Isteri Kerap Stres, Cepat Tua Dan Buruk

Hal ini kerana mereka yang tertekan akan membebaskan hormon kortisol dalam jumlah yang tinggi sehingga menjadikan wajah menjadi tidak menarik akibat kerutan dan seterusnya kelihatan pucat serta tidak sihat.

IKLAN

Dr. Fhionna Moore yang mengetuai kajian itu berkata, sekiranya kortisol ini dikeluarkan dalam jumlah yang terlalu tinggi, ia juga akan membahayakan kesihatan.

Kajian dijalankan ke atas dua individu dengan mengambil sampel air liur mereka untuk menyukat bilangan kortisol yang dijumpai. Selepas itu, gambar mereka dirakam menggunakan sebuah kamera.

IKLAN

“Kami mendapati, kortisol yang terlalu banyak dalam air liur individu yang tertekan menjadikan wajahnya kelihatan kurang menarik berbanding seorang lagi individu yang jumlah kortisol dalam air liurnya adalah lebih rendah kerana kurang tertekan,” katanya.

Jangan biarkan tekanan perasaan menganggu emosi anda dan sekaligus mengawal anda. Jika anda tidak mengawalnya dengan baik, ianya mampu memberi kesan kepada diri anda dan orang sekeliling anda.

Sekian petikan dari hanasuva.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI