Disebabkan terlalu mengejar kesempurnaan, kita kadang kala membuatkan diri kita ni jadi stres. Stres dengan kerja, urusan rumah tangga, fahamilah kita ni sekadar isteri, manusia biasa. Jangan terlalu mengikut orang kerana badan kita yang penat nanti, ikuti kisah perkongsian dari Intan Dzulkefli  ini.

Dulu saya excited juga dengan word ‘supermom’ atau ‘supermommy’ atau ‘superwoman’. Saya teruja lihat kaum ibu yang upload gambar rumah kemas siap deko-deko Scandinavian semua, dapur kemas berkilat, boleh maju bisnes online, up pula gambar masakan menggiurkan. MasyaAllah, ‘memang terbaik bosskur’ orang hispter kata.

Kemudian, saya pun kata pada diri, ‘orang lain boleh kenapa saya tak boleh?’ Saya pun berusaha nak gapai title tu juga.

Akibatnya saya jadi pemarah bila anak buat sepah, tumpah air. Mudah stress bila rumah macam tongkang pecah walau dah kemas banyak kali. Baru nak masak sekian menu, tapi anak meragam pulak. Argh… stress!

Bila suami pulang, akhirnya disaji dengan wajah masam dan muram, sebab kecewa. Frust dengan diri sendiri. Rasa diri sendiri gagal, useless. Orang lain semua perfect. Saya buat apa pun tak jadi. Menangis sudahnya.

Isteri Mahupun Ibu, Kita Belum Lagi Level ‘Supermon’

SUPERMOMMY. This word is slowly killing me. Melihat saya menangis, suami memujuk dan menasihatkan saya, katanya dia tak pernah memaksa pun untuk saya melakukan segalanya agar kelihatan ‘perfect’, tetapi akhirnya menyebabkan saya stress, muka masam, tak happy sebab kepenatan; terlampau try hard to make everything look ‘perfect’. Anak-anak pun boleh trauma asyik kena marah dengan ummi.

“Selama kita kahwin pernah ke Abang marah kalau Ayang tak sempat masak?”

Saya sekadar diam. Memang tak pernah. Kalau lihat dapur tak sempat berasap, kalau suami rajin, dia ke dapur masakkan apa yang ada. Kalau dah terlalu lapar, nanti dia suruh bersiap, ajak makan di luar sahaja, atau dia yang bungkuskan apa-apa untuk kami makan di rumah.

IKLAN

Rumah pun begitu, selalunya suami akan kemaskan rumah bila saya naik tidurkan anak-anak. Sebab dia tahu, bila saya bangun esok, tengok rumah kemas, emosi saya lebih tenang. Walau lepas tu memang akan bersepah semula.

.

Dalam tak sedar, rupanya apabila saya nak mengejar sangat title ‘supermommy’ ‘superwife’ itu, saya sebenarnya mendedahkan diri saya yang serba tak sempurna ini dengan stress. Padahal selama ni SUAMI REDHA JE.

Saya lupa prioriti saya dalam hidup ini adalah REDHA ALLAH, REDHA SUAMI. Yang lain-lain itu cuma ropol kehidupan orang kata.

Bukan semua orang nampak cantik pakai beropol. Sesetengah kita, tak ada hiasan ropol pun tak apa. Less is more.

IKLAN

.

Salah bila saya fikir life saya sama macam orang yang saya tengok berdasarkan gambar di media sosial sahaja. Sedangkan di sebaliknya gambar itu mungkin sangat berbeza sekali situasinya dengan keadaan hidup saya.

Sebenarnya bukan tak boleh kita try to improve, tetapi jangan letak terlalu tinggi, sampaikan kita rasa lelah/stress jika tak mampu capai expectations tu.

Sebab apa?

Lifestyle kita lain-lain.
Behaviour anak kita lain-lain.
Career background suami isteri lain-lain.
Pendapatan seisi rumah juga lain-lain.

IKLAN

Jalani sahaja hidup ini, ikut cara yang kita suami isteri sepakati. InsyaAllah mudah-mudahan akan makmur harmoni.

.

Ada pernah terbaca, figure yang kerap kongsi deko-deko rumah, atau suka up gambar makanan yang dimasak, bercerita ada suara-suara comel yang akan bertanya behind the scene,
“Mama nak snap pic food dulu ya?”
“Ummi nak tangkap gambar deko dulu ya?”

What it means?

It means there are to much hidden things behind a picture that we seen! Lepas tu mungkin ada juga adegan anak-anak sepahkan dan sebagainya. Atau memang anak dia behave, tetapi janganlah samakan dengan anak-anak kita pula. Budak-budak ni banyak pattern.

.

Pada saya, jika kita gunakan word ‘Supermommy’ itu sebagai spirit-booster untuk menjadi ibu yang lebih baik setiap hari, tiada masalah.

Yang menjadi masalah jika kita terlalu taksub untuk buat segalanya nampak sempurna, walhal kita sendiri sedar, kita hanyalah wanita biasa yang tiada kuasa luar biasa seperti Wonder Woman.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI