Isteri menangis bukan mencari perhatian…
Tetapi isteri menangis kerana kehabisan kata dan cara untuk menjelaskan apa yang dia rasa dan bermain difikiran…
Tuntutan isteri itu sederhana mereka hanya ingin difahami dan dihargai..
Apa dosa suami yang menyakiti isteri?
Mungkin tanpa suami itu sendiri sedar, ramai yang telah menyakiti hati isteri dan membuatkan isteri itu menangis.
Cuma ada suami yang memang betul-betul tak nampak atau “buat-buat” tak nampak. Tapi adakah ia dikira sebagai dosa suami menyakiti isteri?
Di dalam al-Quran surah An Nisa ayat 19, terdapat sebuah petikan ayat yang berbunyi
“Dan gaulilah isterimu dengan baik, lalu jika kamu tidak menyukai mereka, maka bersabarlah karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu. Padahal Allah SWT telah menjadikannya kebaikan yang banyak.”
Surah ini menjelaskan bagaimana para suami harus bersabar dengan sikap isteri yang tidak disukainya dan Allah SWT sendiri telah menjadikan isterimu itu dengan pelbagai kebaikan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI