Hakikatnya suami atau lelaki tidak lari dari teknologi terkini termasuklah peralatan canggih seperti set ‘home theatre’ dan juga sub woofer yang diletakkan di ruang menonton. Jadi bagaimana untuk menjadikan lokasi menonton sebagai lokasi yang tenang agar tidak berserabut dari wayar dan juga peralatan tersebut? Walaupun isteri minta ia dirias dengan tema glam moden, suami pasti masih boleh tersenyum.

Ruang menonton juga dikategorikan sebagai ruang utama selain bilik tidur. Di lokasi ini anda perlu peka dan teliti dari segi gaya letak perabut dan juga peralatan kerana kebiasaannya tetamu serta penghuni akan berkumpul di sini. Maka keadaan ruang ini akan memberi gambaran pada anda selaku tuan rumah.

Isteri Minta Deko Rumah, Biasanya Suami Bagi Atau Tidak?Perabot

  • Sebelum meletakkan peralatan elektronik seperti televisyen mahupun set home theatre, perhatikan ruang menonton. Adakah ianya sempit mahupun luas? Jika luas tiada masalah. Jika sempit, anda haruslah membeli rak tv yang sesuai dengan keluasan ruang tersebut.
  • Jika boleh dapatkan rak tv yang mempunyai ruang yang lebar memanjang dan tertutup agar memberi impak kemas.

Peralatan eletronik

IKLAN
  • Tidak salah untuk anda mendapatkan subwoofer atau set home theatre kegemaran asalkan ianya tidak terlalu menonjol dan kena dengan gaya ruang tersebut. Peralatan sebegini harus diletakkan di tempat yang bersesuaian dan tidak menghalang laluan bagi mengelakkan kecelakaan di dalam rumah.
  • Jika memasang peralatan elektronik, selalunya ruang di belakang tv mahupun set home theatre sering dilupakan. Kesannya, dapat dilihat secara jelas wayar-wayar yang berselirat dan menyemakkan permandangan walaupun diletakkan di belakang rak tv. Maka amatlah ditekankan agar memilih rak tv yang berpenutup bagi menyembunyikan semua wayar tersebut.

Isteri Minta Deko Rumah, Biasanya Suami Bagi Atau Tidak?Ruang Khas

  • Bagi penggemar filem dan dvd, anda pasti mempunyai banyak koleksi dvd yang dibeli. Tetapi selalunya ramai yang kurang endah dengan dvd-dvd tersebut. Akibatnya, dvd ini diletakkan dimerata tempat sahaja dan keadaan ini mencacatkan ruang menonton anda. Adakah anda gemar melihat sarung-sarung dvd ini bersepah sahaja di lantai? Pasti tidak bukan. Apa kata sediakan ruang khas ataupun bekas yang besar, jika bertutup lagi digalakkan agar kesemua koleksi dvd ini boleh diletakkan di dalam bekas tersebut. Maka ruang menonton anda akan sentiasa kemas dan teratur tatkala anda bersantai memanjakan diri mahupun beristirehat bersama teman.

 

Gaya glam moden tidak semestinya hanya sesuai untuk kediaman mewah. Antara elemen penting dalam menyerlahkan dekorasi glam moden adalah:

IKLAN

1. Pemilihan perabot yang ringkas namun mempunyai perinci seperti logam, upholstery dan ukiran sedarhana

2. Pemilihan palet rona yang lebih cenderung kepada putih, kelabu, krim hitam dan emas

IKLAN

3. Elemen yang menyumbang dan memerangkap cahaya tamabahan seperti cermin dan aksesori kristal

4. Menyerlahkan kemewahan dengan pemilhan kemasan lembut yang mempunyai tekstur atau bercorak gometrik

5. Mewujudkan kehadiran pencahayaan lebih dramatik melalui penggunaan chandeliers dan lampu meja

Kredit foto utama: Instagram Dr Faraizzati

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI