Memang ramai isteri yang menganggap suami perlu sediakan semuanya. Dari hujung kaki, sehingga ke hujung rambut. Sebab itu ramai wanita tak sabar-sabar nak hidup berumahtangga kerana ibunya, kakaknya dan ahli keluarga perempuan sibuk kata suami WAJIB sediakan apa yang isteri nak.
Ada suami yang terpaksa ikat perut demi melayankan kehendak isteri yang melampau. Jangan macam tu. Suami pun ada kekangannya. Dia juga perlu menjelaskan banyak lagi tanggungan. Cuba baca tulisan Puan Suffiyah Ramadhani ni.
********************************************************************
Jadilah isteri yang ada empati dan simpati pada suami. Bukan yang meminta2 dan menyusahkan lelaki dengan notasi bahawa suami kena sediakan semuanya untuk isteri. Sediakan semuanya sehingga suami sendiri berhutang keliling pinggang dan membuatkan suami pening kepala nak memenuhi kehendak si isteri.
Akhirnya bergaduhan, rumahtangga tak aman. Sebab kehendak tak dituruti. Perhalusi semula niat ketika bernikah dahulu, jika dari awal niatnya harta – maka bakal hancurlah rumahtangga. Awal2 sayang, lama2 melayang. Kalau jadi apa2 pada suami, isteri sebegini cepat2 nak angkat kaki. Kepanasan dia bila suami tak mampu penuhi keinginan dia lagi.
Jangan ikut2 sangat trend puan2.
Org lain pakai barang kemas, kamu nak juga. Orang lain beli rumah besar, kamu nak juga. Orang lain ada kereta mewah, kamu nak juga. Orang lain pergi bercuti, pun kamu nak juga. Tapi sayangnya, si suami hanya mampu beri nafkah yang asas sahaja.
Apa yang kita lihat di laman sosial ni, bkn semuanya benar dan hebat2 belaka. Kadang ada cerita yang kita tak tahu di sebalik sekeping gambar. Hidup kalau berlumba2, memang tak akan pernah bersyukur apa yang ada. Org yang kita lihat bahagia, kita tak tahu mana ujian dan kesusahan dia nak sampai ke tahap itu. Lalu kita desak2 suami utk jadi macam dia juga. Tak ke sedih namanya.
Sanggup baling periuk belanga, sebab suami tak belikan apa kita minta – itu ciri2 perempuan neraka. Demi nak buktikan pada semua, rumahtangga kita lah yang terhebat dan suami kita mewahkan kita. Kalau nak hidup bahagia, lupakan soal harta. Asalkan dia bertanggunjawab memenuhi nafkah buat kita, jika ada lebih itulah rezeki namanya.
Jauhkanlah kita dari menjadi isteri yang mudah derhaka. Tengok dulu kemampuan suami sebelum mula meminta-minta.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI