Setiap orang akan mengalami stress dalam hidup, yang membezakannya adalah sejauh mana kita mengatasinya. Ada sesetenagh orang dapat mengatasi stress dengan baik, mana kala ada yang tewas kerana terlalu stress dan akhirnya menemui jalan buntu.
Stress adalah satu perasaan yang normal, namun jika tidak dikawal dengan betul, ianya mampu memudaratkan diri kita. Tahukah anda, jika anda tidak tahu menangani stress anda, kemungkinan besar anda akan mengalami masalah penuaan yang teruk.
Menjadi seorang isteri dan juga ibu bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, ramai ibu-ibu yang tidak tahan jiwanya kerana tekanan men jadi suri rumah dan ibu kepada anak-anak. Namun sebagai seorang muslimah, sudah pasti akan menerima ketentuan dengan lapang dada dan bersyukur dikurniakan keluarga bahagia. Namun, bukan mudah ya menjadi seorang ibu.
Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar ekologi dari Universiti Dundee, Scotland mendapati, tekanan yang melampau boleh menyebabkan wajah seseorang menjadi hodoh.
Ads
Hal ini kerana mereka yang tertekan akan membebaskan hormon kortisol dalam jumlah yang tinggi sehingga menjadikan wajah menjadi tidak menarik akibat kerutan dan seterusnya kelihatan pucat serta tidak sihat.
Ads
Dr. Fhionna Moore yang mengetuai kajian itu berkata, sekiranya kortisol ini dikeluarkan dalam jumlah yang terlalu tinggi, ia juga akan membahayakan kesihatan.
Ads
Kajian dijalankan ke atas dua individu dengan mengambil sampel air liur mereka untuk menyukat bilangan kortisol yang dijumpai. Selepas itu, gambar mereka dirakam menggunakan sebuah kamera.
“Kami mendapati, kortisol yang terlalu banyak dalam air liur individu yang tertekan menjadikan wajahnya kelihatan kurang menarik berbanding seorang lagi individu yang jumlah kortisol dalam air liurnya adalah lebih rendah kerana kurang tertekan,” katanya.
Bukan mudah untuk mengawal tekanan perasaan, ramai yang telah tewas kerana mengalami masalah tekanan dan akhirnya menemui jalan buntu. Bahaya tekanan melampau ini apabila ianya tidak diluahkan dan terpaksa menanggungnya seorang diri.
Jangan biarkan tekanan perasaan menganggu emosi anda dan sekaligus mengawal anda. Jika anda tidak mengawalnya dengan baik, ianya mampu memberi kesan kepada diri anda dan orang sekeliling anda. Sekian petikan dari hanasuva.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak pelik kalau ada golongan isteri yang bayar bil dalam rumah, kadang topup beli keperluan dapur. Itu normal dalam kehidupan zaman ekonomi makin mencanak naik.
Jadi sebaiknya sikap toleransi kena ada dalam diri seoang suami, nak lagi faham jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.
Isteri Yang Bayar Bil
Sekarang ini, isteri juga penyumbang terbesar dalam ekonomi dan kewangan keluarga.
Isteri juga bayar bil, isteri juga beli barang dapur, isteri juga isi minyak kereta, isteri juga bayar ansuran rumah.
Isteri juga bayar “hutang-hutang” suami. Suami “terpaksa” bergantung pada ehsan si isteri dalam menampung kos sara hidup setiap bulan.
Suami Kena Kenang Pengorbanan Isteri
Bila dah jadi macam ini, seharusnya suami perlu ada rasa terhutang budi pada si isteri. Si isteri sudah meringankan hampir 50% daripada bebanan komitmen si suami maka:
– Berbuat baiklah dengan si isteri.
– Layanlah si isteri dgn berhemah.
– Jangan tinggi suara dan bersikap kasar dengan isteri.
– Fahami keterbatasan isteri dalam melayani suami.
– Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.
– Bantu isteri menguruskan anak-anak.
– Hulur dan bagi juga duit kepada isteri sekadar kemampuan yang ada.
– Ambik tahu apa yang isteri beli, apa yang isteri bayar, apa yang tak cukup dalam rumah.
Jangan bersikap sambil lewa dan selesa dengan bantuan kewangan yang dihulurkan isteri. Zaman makin mencabar, barang makin mahal, kos hidup makin tinggi.
Kalau hidup bergantung pada dua pendapatan, maka jaga hati dan perasaan empunya pendapatan seorang lagi.
Dia wanita yang berusaha untuk buat yang terbaik demi keluarganya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebenarnya bukan senang nak memilih doorgift kahwin kepada tetapu untuk majlis perkahwinan. Makan masa juga dan anda tak boleh ikut orang.
Menerusi perkongsian Puan Afikah Zahra, ini yang sepatutnya anda buat bila niat nak buat majlis kenduri dalam masa terdekat.
Elakkan Memilih Doorgift Kahwin Macam Ini
1. Beli terlalu awal hingga goodies hampir expired dan rosak terutamanya makanan.
2. Memberi goodies keagamaan, melainkan semua tetamu dijamin adalah Islam. Kadang-kadang rakan sekerja, rakan course, jiran tetangga kita adalah non-muslim. Jadi tak manis beri tasbih kepada golongan non-muslim. Nak selamat, sediakan asing barang lain.
3. Mementingkan brand dan SAUVAGE. Nak elok, sekurang-kurangnya RM5 per goodies. Tetapi kalau mampu boleh bagi lebih.
4. Beri sample yang terlalu kecil dan tidak berguna.
5. Too personalized yang mana anda memberikan goodies seperti mug dan bag yang ada muka atau nama anda dan pasangan. Ada sesetengah orang tak akan pakai. Akhirnya buang, membazir.
Okay, selepas ini anda boleh fikir dan buat keputusan terbaik sebelum beli barang untuk dijadikan doorgift kepada tetamu.
Semoga majlis anda berjalan lancar dan dipermudah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas bertungkus lumus selama berbulan-bulan merancang majlis yang paling sempurna,pasti anda ingin semuanya berjalan lancar pada hari tersebut.Jika anda bakal pengantin lelaki, catit 4 perkara ini yang perlu anda lakukan sehingga majlis akad nikah itu selesai.
Jika sebelum ini , kita mungkin tidak diluaskan lagi dengan ilmu –ilmu seperti perkara yang perlu dilakukan selepas majlis akad nikah. Bezanya hari ini, juru nikah turut memberi ruang selepas majlis untuk pengantin melakukan solat sunat dan sebagainya. Begitu juga jurugambar yang turut serta dalam mengambil momen-momen indah di dalam majlis tersebut.
Solat Sunat Selepas Akad Nikah
Lafaz Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.
Membaca doa selepas salam.
Sujud Syukur
Lafaz Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”
Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.
Sujud sebanyak 1 kali.
Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.
Memberi salam.
Si suami meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun isteri lalu membacakan doa
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud)
Isteri bersalaman dengan suami sambil mencium tangan suami lalu mengucapkan 2 kalimah syahadah
Ini adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. Namum berhati-hati, anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain. Selalunya, saudara-mara yang akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri dan anda haruslah menolaknya dengan berhemah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!