Bagaimana menjadi isteri yang mempersona suami?

Itu perkara biasa yang telah banyak dibincangkan dalam diskusi dan kesempatan.

Tetapi tahukah anda wahai para suami, para isteri juga menginginkan lelaki yang mempersona sebagai suaminya.

Meski gambaran suami yang dikatakan mempersona itu boleh dikatakan subjektif, berbeza antara setiap perempuan dengan perempuan lain, tetapi dapat dikatakan secara umum kaum perempuan memerlukan pesona yang dapat lebih membuat mereka setiasa mencintai suaminya.

Boleh jadi selama ini si suami menyangkakan bahawa isteri kita mencintai kita kerana dia telah mendampingi, melayani, melahirkan dan mengasuh anak-anak kita.

Mungkin hal itu benar, tetapi untuk membuat perasaan isteri tidak berubah, tetap selalu mencintai kita dari waktu ke waktu memerlukan lebih banyak proses, perbuatan, tingkah laku yang semuanya bermula pada satu titik iaitu kita terus mempersona, sehingga dia menganggap kita layak untuk mendapat cintanya untuk selamanya.

Dibawah ini terdapat beberapa saranan yang dapat membantu kita untuk mempersona diri dimata isteri:

Adakah Penampilan Luaran Mampu Mempersona Isteri?

Tidak disangsikan lagi bahawa penampilan luar dapat membangkitkan pesona pada jiwa perempuan.

Suami yang dapat menjaga kebersihan dirinya, rapi dan wangi umumnya lebih mempersona berbanding suami yang comot, selekeh dan tidak menjaga kebersihan.

IKLAN

Bukankah Rasulullah SAW bersabda bahawa kebersihan itu cabang iman?

Umar bin Khattab ra pun pernah berkata, “Perempuan menyukai kalau suaminya berhias untuk dirinya, sebagaimana lelaki suka isterinya berhias untuk dirinya.”

 

Satu Persamaan Ini Sangat Disukai oleh Semua Para Isteri

Tidak kaku dan Romantis

Suami seperti ini selalu mahu belajar memahami perasaan isterinya mempunyai banyak cara dan gaya dalam mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada isterinya.

Juga tidak segan untuk menyatakan cintanya dengan kata-kata.

IKLAN

Sifat ini Paling Berkuasa Untuk Menambat Hati Isteri

Berfikiran Terbuka

Suami seperti ini tidak segan mengungkapkan harapan, keinginan dan perasaannya agar isteri mengerti dan dapat melakukan hal yang sesuai dengan yang dikehendakinya.

Dia bukan suami yang diam dan membiarkan isterinya dalam kesulitan memendam apa yang diinginkannya.

 

Sifat Matang Adalah Segalanya

Kebanyakan perempuan menginginkan suaminya adalah orang yang siap melindungi, membimbing dan dapat menjadi tempat bersandar.

IKLAN

lelaki yang matang seperti ini lebih mempersona perempuan berbanding yang masih kekanak-kanakan dan emosional.

 

Mengambil Berat Dengan Keluarga

Adalah benar suami memiliki tanggungjawab dalam masalah nafkah, tetapi kesibukannya dalam pekerjaan atau hal lain tidak membuatkannya menjadi orang yang tidak acuh terhadap isteri dan anak-anaknya.

Dia mahu menemani anaknya belajar dan tidak keberatan mengantar isterinya pergi ke mana – mana.

 

Dapat Berkongsi Rasa

Suami yang mempersona mahu belajar bagaimana dapat merasakan apa yang sedang dirasakan isterinya.

Dia mahu mendengar dengan penuh perhatian ketika isteri sedang menceritakan permasalahannya, bersama merasakan kegelisahannya dan dapat membantu menenteramkannya atau mengatasi masalahannya.

Dia adalah tempat mengadu isterinya yang setia dan dapat dipercayai.

SUMBER : AKUISLAM