Perkahwinan ni bukan hanya berkongsi perkara baik sahaja. Perkara buruk pun kita kena kongsi dan perbaiki. Jadi suami kena ada sifat boleh membimbing. Isteri yg buat dosa didepan atau dibelakang suami. Bila suami tahu, nasihat dan bimbing. Biarlah nasihat tu beratus kali pun. Itu kan isteri kita. Kena ingat Isteri kita ada kurangnya. Kurang akal, kurang solat, kurang puasa. Orang lelaki Allah bagi kelebihan boleh solat tiap hari, takde cuti macam orang perempuan. Puasa pun sentiasa full.

Begitu juga suami, bila buat silap izinkanlah isteri nasihat. Dulu masa sebelum nikah, angan2 nk masuk syurga sama2 tapi lepas nikah impian syurga entah kemana. Isteri nasihat suami melenting. Isteri nasihat suami kata membebel. Dalam rumahtangga ni memang semuanya salah isteri ke? Takde satu pun salah suami ke? Sebelum tidur apakata kita tenung dulu. Kita nak layanan high class dari seorang isteri. Tapi layanan yg diberi kepada isteri taraf bibik.
Jangan dibiarkan begitu. Lama kelamaan hati mereka akan mati.

Apa kata sama-sama beri layanan seperti raja dan permaisuri.

Isteri sebenarnya tak kisah buat kerja rumah. Tak kisah kena berkhidmat utk suami tercinta. Tak kisah mengandung 9 bulan. Tak kisah menyusukan anak hingga 2 tahun. Tapi isteri jadi kisah bila pengorbanan dan keletihan dia tak dihargai. Isteri berdoa utk suami supaya selamat ke tempat kerja tapi suami main perempuan lain di tempat kerja. Isteri berdoa suami dimurahkan rezeki tapi suami habiskan duit belanja perempuan lain. Sy nak tanya berapa nilai hati seorang isteri sedangkan Allah mencipta wanita dengan martabat yg sangat istimewa.

IKLAN

Percayalah ramai yg kematian pasangan mereka akan rasa menyesal. Menyesal sebab tak menghargai..Menyesal sebab tak buat banyak pahala dengan pasangan. Menyesal tak cipta banyak kenangan manis. Selalu pesan pd diri, aku tak mahu masuk syurga sorang2.. kalau boleh nak bawa keluarga sekali.

Isteri Tak Kisah Perlu Jadi Tukang Cuci, Mengandung 9 Bulan, Tapi Dia Kisah Kalau Pengorbanannya Tak Dihargai
.

Bila dah bertahun nikah..

IKLAN

Kita malas layan, malas nak call, whatsap, video call untuk berusaha menjadikan hubungan suami isteri itu lebih indah.
Akhirnya suami dan isteri kita di temani oleh mereka yang lebih memahami dan mengerti.

Sikap malas yang membina dosa dan tanpa sedar ia membunuh hati dan jiwa dua manusia yang dulunya mahu bersama ke syurga. Kini tidak lagi. Yang ada cuma makan minum dan membuat hubungan kelamin sahaja.

IKLAN

Selepas itu, masing-masing mencari keseronokan di daerah luar dari hidup mereka.
Seronok di tempat kerja,
Seronok di alam maya,
Seronok dgn kawan2,
Seronok berscandal sana sini….
Sampai kita tak sedar pasangan kita tak bahagia.
Ini lah yg sy katakan derita di dalam rumahtangga.
Hari-hari sakit hati memikirkan kelakuan pasangan yang takde kesudahan.

Tak mudah menjadi suami dan isteri di akhir zaman ini. Kita kehilangan Allah hari-hari. Kita hilang senyum antara suami dan isteri.

Belum terlambat untuk suami isteri itu kembali kepada fitrah mereka,
Iaitu BAHAGIA DAN SEJAHTERA.
Hargailah orang yang masih bersama kita.
Betapa bernilainya harga sekeping hati itu..

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI