Tip Mencari Lelaki Untuk Dijadikan Suami

Sebagai wanita, kita kena berhati2 untuk memilih pasangan hidup. Janganlah judge the book by its cover, ok. Yang ensem tak semestinya elok…hihi
Isteri Tak Minta Lebih, Cukuplah Suami Yang Tahu Agama Dan Boleh Melindungi

1. Yang berkemampuan.

Mampu dari segi fizikal dan mental. Samada untuk memberikan nafkah zahir atau batin. Semuanya harus ada pada calon suami anda wahai wanita. Lagi satu, mesti mampu menyara keluarga kita nanti dan memberikan keperluan material yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.

2. Sebagai penjaga dan pelindung

Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Sentiasa mengajak ke arah kebaikan

Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.

IKLAN

4. Kebolehan membantu kerja-kerja rumah

Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Tidak bersangka buruk terhadap wanita

Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.

IKLAN

6. Rajin

Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.

IKLAN

Isteri Tak Minta Lebih, Cukuplah Suami Yang Tahu Agama Dan Boleh Melindungi
7. Mudah memaafkan.

Calon suami haruslah seorang lelaki yang mudah memaafkan, berhati lembut dan tidak panas baran. Bukan seorang yang pendendam dan suka mendera wanita.
Isteri Tak Minta Lebih, Cukuplah Suami Yang Tahu Agama Dan Boleh Melindungi

8. Pengetahuan agama yang tinggi dan keturunan yang baik-baik

Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

Diharapkan dengan petua ini dapatlah anda gunakan dalam mencari lelaki yang baik untuk dijadikan sebagai pasangan dan yang akan membimbing anda ke pintu gerbang kebahagiaan yang kekal selamanya. InsyaAllah.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI