Dalam rumahtangga, pinjam-meminjam di antara suami isteri memang situasi biasa. Sungguhpun isteri jtidak bekerja, tetapi ada juga simpanan yang membolehkan isteri membantu suami yang dalam kesusahan. Tapi, istilah isteri meminjam duit suami tu, ada maksud tersirat.

 

Melalui perkongsian Encik Mohd Fhais Salim, rezeki suami ada sangkut paut dengan isteri. Keberkatan yang Allah beri dalam rezeki membuatkan duit yang ada sentiasa cukup malah berlebihan!

 

 

“Abang ada 100 ringgit tak, pinjam dulu”

Isteri nak pinjam duit. Katanya mesin ATM kat tempat kerja rosak, malas nak g bank cucuk duit.

Saya kata ok la. Pegi la ambil dalam dompet. Ambil berapa pun boleh.

Kebetulan saya baru je cucuk duit juga. Ada la dalam dompet tu 235.80 baki lepas dah settle bayar bil semua.

IKLAN

Bila nampak ada 200+ tu pun isteri teringat sesuatu.

“Abg pinjam 200 boleh, baru teringat ada nak bayar cod barang hari ni”

Saya kata ok je. Ambil la.

“Terima kasih abg”, sambil tersenyum

Bahagia sangat nampaknya. Dapat 200 ringgit macam dapat 200,000.

Rasa macam di permainkan pula.

IKLAN

Dia bukan malas nak g bank sebenarnya ni, dia nak duit dari saya je untuk buat dia rasa bahagia.

Patut la, bukan sekali ni tapi dah beratus kali kena modus operandi pinjam duit yang sama.

Baru saya teringat, bahasa cinta isteri saya ni ialah hadiah. Dia akan rasa bahagia bila saya bagi hadiah.

Mungkin sebab dah lama tak dapat hadiah, dia pun buat la akal macam tu. Umpama ambil dari duit dompet saya tu macam dapat hadiah la.

Sejak dari itu sengaja saya biarkan ada duit tunai dalam dompet. Duit tu memang khas saya sediakan untuk di pinjam oleh isteri.

IKLAN

Paling bestnya saya tak pernah pun minta isteri bayar balik kerana Allah selalu bayarkan untuk isteri.

Pinjam 200, dapat balik 2000 memang untung sangat la. Rezeki datang tanpa di tagih.

Sebenarnya bukan isteri yang pinjam duit kita, tapi kita yang pinjam rezeki dia.

Wallahu A’lam,

Ambil la banyak banyak pun tak apa duit suami duit isteri juga.

Kredit : Mohd Fhais

 

Bila kita kenang kembali perhubungan kita dengan pasangan, situasi ini benar-benar berlaku. Tak semua pasangan ditakdirkan hidup mewah, tak perlu meminta-minta dari pasangan. Mana yang boleh berkongsi rezeki tu, berkongsilah. Semua harta yang kita ada ini adalah pinjaman. Sejauh mana kita gunakan untuk mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

Kredit foto: Instagram Memey Suhaiza dan Hanis Zalikha/Facebook Mohd Fhais Salim

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI