Isteri membebel kadang-kadang tu bukan sebab mereka ni ringan mulut untuk bercakap. Bukan! Tapi mesti ada sebab kenapa mereka membebel. Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi, bila isteri membebel, ini yang suami perlu cakap.
Perempuan ni sering dilabel sebagai kaki bebel. Tak kira la mak ke, nenek, kakak ataupun isteri korang.
Kalau belum kahwin, mesti kau selalu dengar mak kau membebel kan. Kalau dah kahwin, dengar isteri pula membebel. Kau sabar je lah ye.
Biasanya, apa yang dibebel oleh golongan mereka ni ada moleknya. Semuanya sebagai nasihat. Bukan saja-saja membebel. Kau yang lelaki tu tahan je la telinga. Jangan nak melawan kalau tak suka pun.
***
Isteri membebel ni ada sebabnya. Dia tidak akan membebal saja-saja.
Selepas minum kopi misalnya. Kalau suami, cawan tu esok-esok boleh basuh. Sebaliknya bagi isteri. Kalau nampak cawan merata mula la nak buka sesi kaunseling. Yelah, sepatutnya gitulah. Lepas minum terus basuh.
IKLAN
Baling baju dalam baldi nak basuh tapi tak masuk dalam baldi dah kira okay dah. Tapi bagi isteri itu boleh menyelerakkan dan tidak menyelerakan pandangan. Lagi satu kalau letak baju kotor ikut suka hati. Lagi lah kena tahan telinga mendengar.
Dah la kau bangun paling lewat, tak kemas katil. Cadar tak tegangkan, selimut tak lipat. Sekali sekala okeyla, kalau hari-hari kau buat macam tu? Mana tak kena bebel.
Bukan apa, penat juga si isteri nak buat semua tu . Dia pun penat juga bekerja. Sebolehnya kita tolong untuk ringankan beban kerja isteri.
***
IKLAN
Kalau isteri tengah membebel tu, kau jangan lawan. Kau boleh cakap macam ni ;
.
“JAP SAYANG, ABANG NAK PERGI BELI POPCORN NI. SEDAP JUGA DENGAR SAYANG BEBEL SAMBIL MAKAN POPCORN NI.”
“ESOK JELAH SAYANG BEBEL, HARI INI RASA TAK FEEL LA NAK DENGAR. SPIRIT MENDENGAR DOWN SIKIT.”
“AMSYAR, IBU SEDANG BEBEL TU. KITA SEBAGAI LELAKI KITA COOL JE. KITA LAYAN JE. OKEY?”
.
Kau cakap sambil buat nada gurau la. Lepas tu, kau tengokla apa reaksi isteri kau.
***
IKLAN
Membebel ni dah menjadi salah satu sifat perempuan terutamanya bila dah jadi isteri. Kau sebagai suami jangan nak marah-marah. Kalau mereka membebel, dengar je. Diam dan angguk.
Kadang-kadang apa yang dibebelkan tu ada betulnya. Kalau salah kau, kau kena akui tu. Lepas tu, mereka akan diam. Biarkan mereka melepaskan rasa tidak puas hati. Dah salah tu mengaku. Jangan asyik kau je nak menang. Jangan nak tegakkan benang yang basah.
Kalau sorang bebel. Sorang lagi kena cool. Rilek je. Api kalau lawan dengan api makin besar.
Mereka bebel pun untuk kebaikan kau juga. Lama-lama nanti kau pula rindu kalau tak dengar isteri kau membebel. Mesti kau rasa hairan dan pelik. Sampai kau sengaja tak basuh cawan, sengaja buat isteri kau bebel. Sampai kau akan cakap “Sayang, kenapa tak bebel pun hari ni. Pelik pula Abang rasa.” Kah!
Salah satu perkara yang penting dalam sesebuah perkahwinan adalah kewangan. Tahukah anda bahawa masalah kewangan merupakan antara faktor berlakunya penceraian dalam rumah tangga. Oleh itu, amat penting untuk kita menstabilkan ekonomi terlebih dahulu sebelum berkahwin.
Buat kaum wanita, dinasihatkan agar anda mencari bakal suami yang celik dalam soal kewangan. Carilah lelaki yang tahu menguruskan kewangan dan ekonomi keluarga. Jangan mencari pasangan yang suka berhutang sesuka hati kerana ia akan membebankan anda di kemudian hari.
Bak kata Amir Syahir, zaman sekarang ketua keluarga kena celik kewangan. Tak perlu sampai menjadi seorang pakar kewangan, janji tahu aliran wang keluar masuk. Nasihatkan juga bakal suami anda jika mereka anda perangai-perangai ini. Jom kita baca perkongsiannya.
Nasihatkan Bakal Suami Jika Mempunyai Perangai Ini
************************************************* Zaman sekarang, ketua keluarga mesti kena celik kewangan. Tahu menguruskan kewangan dan ekonomi keluarga.
Kau perlu tahu, antara faktor penceraian rumah tangga adalah berpunca daripada masalah kewangan.
Tidak perlu sampai menjadi seorang pakar kewangan pun. Janji tahu duit aliran wang keluar masuk dan tidak berhutang sesuka hati, itu sudah memadai.
***
Kalau rasa bakal suami kau ada perangai seperti di bawah, kau kena nasihatkan dia. Antaranya:
Masa kau tengah dating, dia asyik mengeluh pasal kena bayar PTPTN. Cakap PTPTN menipu bagai. Nak suruh kerajaan bagi pendidikan percuma, tapi dia sampah pun buang merata-rata.
Bercinta agak lama. Kau ajak jumpa mak ayah kau pun dia mengelak bagai. Kata tak sedia la, segan lah. Kalau masuk 5 tahun bercinta pun tak nampak lagi hala tuju menuju perkahwinan, kau suruh dia “Cintai Sungai Kita” je la.
Merancang untuk membuat pembiayaan peribadi untuk kahwin. Kahwin hanya sekali katanya. Biarlah grand. Barulah bangga sampai anak cucu. Nak update FB pun senang.
Selalu menceritakan tentang kereta mewah. Dapat gaji je modified kereta. Dapat gaji je tukar tayar jadi senget terkeluar.
Tidak tahu apa itu CCRIS dan CTOS. Kaki berhutang sana sini. Selalu bercinta dengan pinjaman peribadi semata-mata untuk nampak bergaya.
Ada kad kredit sampai tiga, empat keping. Beli tiket wayang guna kad kredit, makan dekat kedai hipster guna kad kredit. Padahal hutang kad kredit dah berlambak.
Selalu guna ayat “Kita kena sama-sama susah dan senang” bila nak pinjam duit kau. Sebab ada kereta import mewah, bayar ansuran tinggi, hobi mahal tak padan dengan gaji. Hisap vape pulak tu memang tengah bulan akan pokai.
*** Kau kena ingat dik. Masa muda, masa zaman bercinta ni kau akan nampak yang indah-indah belaka. Pakwe sanggup belikan anak patung besar, baju sedondon, kasut sama bagai.
Bila kau tengok pakwe orang lain buat kejutan kononnya sweet tu, mulalah kau menggelupur tag pakwe kau sendiri. Minta buat benda sama. Pesen nak ikut orang je. Kesian pakwe kau.
Hakikat hidup berumah tangga kau kena belajar juga. Takkan sampai bila-bila nak bercinta yang tak halal je kan?
Kalau masa bercinta kau dah bersweet bagai, nanti lepas berkahwin kau dah tak merasai manisnya bercinta lepas kahwin. Dah tak ada apa yang tinggal. Semuanya dah kau lalui.
Seelok-eloknya bercintalah selepas kahwin. Bersweet lepas kahwin, barulah best dan dapat pahala.
Masa bercinta ni tak payah nak membina kenangan terindah bagai la. Pergi jalan sana sini dengan pakwe / makwe kau. Beli anak patung besar, tempah restoran mahal-mahal. Duk bazir duit je tapi nak menyimpan untuk buat majlis kahwin langsung tak ambil peduli. Niat nak jadikan makwe kau sebagai kekasih halal langsung takde.
Dah kenal setahun dua tu eloklah percepatkan perkahwinan. Takde duit? Buat kecil-kecilan saja. Bincang dengan bakal mak ayah mertua kau elok-elok.
Diorang lagi suka ada orang nak jaga dan tanggung anak mereka. Taklah mereka risau kalau kau keluar malam angkut anak dia. Ye dak?
Ini tidak. Setiap minggu lepak kedai kopi hipster lah, keluar tengok wayang lah, lepak kedai makan mahal-mahal, pergi bercuti luar negara je. Tapi nak membina tabung perkahwinan bersama-sama pun susah. Apa nak jadi la. Kah!
Setiap rumah tangga ada pasang dan surutnya. Tidak selamanya kita akan berasa bahagia. Adakalanya, pasti akan ada badai yang datang melanda rumah tangga anda.
Bila anda sedang susah hati, pasti anda mahu meluahkan isi hati kepada orang terdekat untuk mengurangkan beban yang ada di dalam diri anda.
Namun, bolehkah permasalahan rumah tangga diceritakan kepada orang lain? Contohnya menceritakan kepada rakan baik dengan tujuan untuk meminta pandangannya.
Sumber: Google
Tidak seharusnya setiap permasalahan dalam rumah tangga diceritakan kepada orang lain termasuklah kepada keluarga sendiri atau mertua atau kepada rakan baik sekalipun. Hal ini ditakuti akan membuka aib sendiri yang sepatutnya ditutup.
TETAPI ADA KETIKANYA, IA BOLEH DICERITAKAN DENGAN TUJUAN TERTENTU IAITU SEKIRANYA:
i. Menjaga keaiban kedua-dua pihak (suami atau isteri) dengan tidak menceritakan secara terperinci serta berlebihan hal rumah tangga.
ii. Diceritakan hanya kepada orang yang boleh dipercayai dan amanah supaya keaiban dan permasalahan kita tidak dicanangkannya kepada orang lain.
iii. Seboleh-bolehnya diselesaikan sendiri bersama-sama tanpa melibatkan orang luar termasuklah ahli keluarga walaupun mereka dekat dengan kita.
Soalan: Ibu bapa pada hari ini ada yang menyekat anak-anak dari berkahwin kerana usia anak yang masih muda. Sedangkan pada zaman Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam ada yang kahwin muda dan berkekalan. Jadi adakah kita perlu risau dengan rezki yang telah ditulis oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala?
sekadar gambar hiasan
Sebenarnya tidak ada perintah langsung dari Nabi sallallaahu ‘alaihi wa sallam supaya bernikah di usia muda, cuma hadis di mana Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di kalangan kamu yang mampu maka hendaklah dia menikah, kerana hal tersebut lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah perisai baginya.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Nabi menggunakan perkataan mampu. Perkataan mampu ini sangat subjektif. Mungkin ada orang menterjemah mampu dengan kemampuan mengurus hidup. Mungkin ada orang terjemah mampu dengan kekuatan. Mungkin ada orang menterjemah mampu itu dengan kekayaan, sudah memiliki pekerjaan, rumah, kereta, dan berfikiran matang. Ia boleh diterjemahkan mengikut keadaan dan suasana.
Pada zaman Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam, memang masyarakat Arab ketika usia belasan tahun bentuk tubuh mereka sudah besar. Wanita pada ketika itu tidak bekerja seperti mana pekerjaan pada hari ini. Jadi apabila wujud perbezaan yang sedemikian rupa, maka budaya dan kebiasaan masyarakat Arab memilih usia yang muda untuk dijadikan sebagai isteri.
Cuma untuk kita menetapkan semua orang kena kahwin muda, semua kena kahwin dalam umur yang sekian sekian, itu kembali kepada individu itu sendiri kerana Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam sendiri tidak pernah menetapkan umur. Nabi hanya menetapkan kemampuan (al-baa-ah) dan ia merujuk kepada individu itu sendiri; mampukah berfikir dengan matang dan sebagainya.
Ada yang baru berkahwin satu hari, merajuk, bergaduh, kemudian bercerai pada hari kedua. Ada yang merancang untuk berkahwin, apabila tiba hari perkahwinan mereka batalkan perkahwinan. Ini semua ketentuan daripada Allah Subhaanahu wa Ta’ala.
Sebenarnya, sebelum dilahirkan lagi telah ditetapkan ketentuan hidup setiap makhluk. Sabda Nabi sallallaahu’alaihi wasallam di dalam satu hadis,
“Sesungguhnya yang pertama kali diciptakan Allah adalah Qalam (Pena), lalu Allah berfirman kepada-Nya, “Tulislah” Qalam berkata, “Wahai Rabb, apa yang harus kutulis?” Allah berkata, “Tulislah ketentuan-ketentuan segala sesuatu hingga terjadinya Kiamat.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Ini bermaksud segala-galanya telah tertulis. Jadi kita katakan, sesuatu perkahwinan itu juga telah ditulis, dan mungkin pembatalan perkahwinan itu juga telah Allah Subhanahu wa Ta’ala tentukan.
Walaubagaimanapun ALLAH memberikan kita peluang untuk memilih. Kita mampu memilih dengan peluang doa dan usaha yang ALLAH Ta’ala sediakan kepada kita.\
“Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras kamu dan harta kamu, tetapi Dia melihat hati kamu dan amal perbuatan kamu.” (Riwayat Muslim)
Hadis ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh mengatakan hati kita baik sedangkan amal perbuatan kita tidak baik. Tetapi hati yang baik mesti disusuli dengan tindakan dan amal perbuatan yang baik.
Walau demikian, Islam bukan anti-kecantikan dan keindahan. Nabi sallallaahu’alaihi wasallam bersabda,
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana harta kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Hendaklah memilih yang taat beragama, nescaya engkau akan beruntung.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Kita kena faham maksud hadis ini. Ada orang mengatakan kita perlu lihat agama sahaja dan jangan lihat yang lain. Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah ketika mengulas hadis ini mengatakan perlu dilihat ciri-ciri ini satu persatu.
Pernah berlaku di dalam sejarah sahabat Nabi, seorang lelaki bernama Tsabit bin Qais, seorang yang hitam, gemuk, rendah sehingga isterinya tidak menyukainya kerana rupa parasnya. Isterinya lalu bertemu dengan Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam dan mengatakan,
يَا رَسُولَ اَللَّهِ ! ثَابِتُ بْنُ قَيْسٍ مَا أَعِيبُ عَلَيْهِ فِي خُلُقٍ وَلَا دِينٍ , وَلَكِنِّي أَكْرَهُ اَلْكُفْرَ فِي اَلْإِسْلَامِ , قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَتَرُدِّينَ عَلَيْهِ حَدِيقَتَهُ ? , قَالَتْ : نَعَمْ قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم اِقْبَلِ اَلْحَدِيقَةَ , وَطَلِّقْهَا تَطْلِيقَةً ) رَوَاهُ اَلْبُخَارِيُّ وَفِي رِوَايَةٍ لَهُ : ( وَأَمَرَهُ بِطَلَاقِهَا )
“Wahai Rasulullah, aku tidak mencela Tsabit Ibnu Qais, namun aku tidak suka durhaka (kepada suami) setelah masuk Islam. Lalu Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Apakah engkau mahu mengembalikan kebun kepadanya?” Dia menjawab: Ya. Maka Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda (kepada Tsabit Ibnu Qais): “Terimalah kebun itu dan ceraikanlah dia sekali talak.” (Riwayat Bukhari). Dalam riwayat yang lain: Baginda menyuruh untuk menceraikannya.
Ini bermakna bahawa kecantikan juga menjadi salah satu daripada ciri-ciri pilihan. Jadi kita tidak boleh mengatakan harus menolak semuanya dan memilih agama sahaja, tetapi memadai apabila kita merasa sejuk hati apabila melihatnya. Ianya kembali kepada pemilihan dan kesukaan masing-masing.
“Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain nescaya aku akan memerintahkan wanita untuk sujud kepada suaminya.” (Riwayat At-Tirmidzi)
Tugas asas isteri adalah memberi ketaatan dan layanan kepada suami. Nabi memerintahkan wanita untuk memberikan ketaatan yang mutlak kepada suami. Maksud ketaatan mutlak bukan bererti melampaui ketaatan kepada Allah dan Rasul, tetapi bermaksud selama mana suami memerintah agar melakukan kebaikan atau hal-hal yang tidak bercanggah dengan syariat Islam, seorang isteri mestilah mengikuti perintah suami. Itulah asas kepada kehidupan dalam keluarga.
Tanggungjawab seorang isteri berbeza dengan tanggungjawab seorang suami. Di dalam sebuah hadis Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam mengatakan bahawa seorang wanita bertanggungjawab ke atas isi rumahnya. Adapun suami pula adalah sebagai pemimpin dan tanggungjawabnya lebih luas. Suami juga bertanggungjawab menyediakan pakaian, makanan, dan keperluan asas untuk isteri dan ianya perlu diberikan secara adil. Tidak boleh sekiranya suami memakai benda-benda mewah tetapi memberikan benda yang buruk untuk isterinya.
Tanggungjawab suami juga lebih luas dan besar iaitu merangkumi tanggungjawab kepada ibu bapa, kepada masyarakat, kepada negara. Sedangkan tanggungjawab isteri adalah mengurus suami dan anak-anak sahaja. Sebab itu, sifat wanita adalah agak halus dan menghalusi sesuatu perkara. Dan sebab itu juga Allah menjadikan sifat wanita ini mampu menggoda lelaki. Sabda Nabi di dalam hadis,
“Aku tidak pernah melihat (manusia) yang kurang akal dan agamanya namun dapat mencairkan hati kaum lelaki yang sangat gagah selain daripada kamu wahai sekalian wanita.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sebab itu mudah sebenarnya untuk para wanita untuk mencapai syurga iaitu memadai dengan memberikan ketaatan dan memenuhi tuntutan dan kehendak suami (setelah ketaatan kepada Allah dan Rasul).