Isteri yang bangun tengah malam minta ampun pada Allah bagi pihak suami, kerana dia tahu suami dia buat jahat, malas solat, dan tahu suami dia buat dosa. Maka, di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya. Dia senyum semasa kematiannya. Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya…

Syukurilah suami apa adanya…

Jika dahulu sewaktu bercinta, suamilah yang paling kita puja. Segalanya terlihat begitu romantis dan lembut sekali. Tutur katanya seakan melambangkan dialah jejaka idaman Malaya rebutan semua wanita.

Namun, ternyata setelah berumahtangga, setelah hidup sebumbung, rupa²nya indah khabar dari rupa. Banyak pula kekurangan suami yang tidak diketahui sebelum ini. Perlahan-lahan dilihatnya pilihan yang dihadirkan sebelum ini, sebelum ditabalkan menjadi isteri kepada dia mula muncul. Kalaulah aku memilih si Polan bin Si Polan dulu… tiba² sahaja bisikan seperti ini wujud di pemikiran sang isteri…

Namun, ada juga wanita yang berasa cukup beruntung dapat suami yang mengekalkan sifat mereka apa adanya malah ada yang bertambah baik setelah usia perkahwinan semakin matang. Namun yang demikian, ingatlah seburuk mana pun suami kita, segarang mana pun dia, dia adalah insan yang telah diciptakan untuk kita dan dengan keredhaannya jualah kita berpeluang meraih Syurga…

Setiap kali terlihat yang buruk, pejamkan sahaja mata, dan ingat kembali kebaikannya yang mungkin belum pernah kita hargai. Jangan hanya tahu mencaci maki sahaja. Meskipun suami tidak romantis, tidak pandai membelai, namun dialah insan yang paling setia menemani dan melayani karenah dan mengikut sahaja ragamanmu wahai isteri…

IKLAN

Sesungguhnya suami itu adalah pinjaman., yang sampai suatu masa nanti Allah SWT akan tarik semula dari kita. Tiada siapa mampu menduga bila tika dan saatnya Allah SWT mentakdirkan si suami ditarik nyawanya, tiada siapa akan menduga bila detiknya sang suami akan berubah hati. Lantaran itu, mulalah menghargai dia dari sekarang. Kadang², kita sebagai isteri ego dan keras kepala untuk mengakui kelemahan diri. Selalu sangat menyalahkan suami. Selalu sangat tidak mahu mengalah walhal, alangkah besarnya pahala jika kita sebagai isteri menangkan sahaja ego suami itu. Tidak ada ruginya pun. Ini bukan soal menang atau kalah. Inilah tanda kehebatan kita sebagai kaum isteri. Tapi, apakan daya, wanita zaman sekarang jarang meyedari itu semua sehinggalah nikmat tersebut ditarik dari mereka…

 Apalah salahnya kalau kita sebagai isteri mengucapkan ucapan terima kasih dengan penuh cinta setiap kali suami melakukan sesuatu yang paling menyenangkan hati kita…?

 Apalah salahnya kalau sesekali kita beritahu kepadanya bahawa dialah lelaki yang paling ‘gagah’ dan ‘hebat’ yang pernah kalian temui…?

 Apalah salahnya sesekali membelai tubuhnya dan memuji kelebihan yang ada padanya…?

IKLAN

 Apalah salahnya sekiranya memberikan sedikit dorongan ketika suami tertekan dilanda masalah dan ujian hidup…?

Sememangnya tiada salahnya…. Namun, berapa ramai isteri pada hari ini, tanpa sedar telah melepaskan peluang sebegini untuk memenangi hati suami mereka? Sehinggalah nikmat yang tidak mereka hargai ini ditarik balik oleh Allah SWT. Sehingga saat itu, menangis air mata darah sekalipun tidak akan mampu membawa makna apa²…

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud;

IKLAN

“Sekiranya aku boleh perintahkan seseorang untuk sujud dihadapan selain Allah SWT, maka aku perintahkan para isteri untuk sujud di hadapan suaminya. Demi jiwa Muhammad yang ada ditangan-Nya, tidak seorang isteri itu menunaikan hak² Allah sebelum dia tunaikan semua hak² suaminya. Hinggakan seandainya suaminya ‘meminta’ dirinya dan kala itu dia berada di atas pelana kenderaan, tidak boleh menolaknya.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

Suami mengharapkan perkara² berikut daripada isteri : pujian, perhatian, belaian, dorongan, teladan, kelembutan, sikap memahami, kepercayaan, keghairahan dan bau yang wangi. Namun begitu, perkara yang paling diharapkan suami daripada isterinya adalah ‘KELEMBUTAN’. Sekiranya kalian menghadapi masalah berkomunikasi dengan suami, maka lakukanlah segala perbuatan dengan lemah lembut. Jangan mengasari suami. Jangan menengking dan mengherdik suami. Dengan berbuat demikian, sudah pasti kalian akan memiliki kembali apa yang kalian harapkan daripada suami. Kunci kasih sayangnya ada pada anda sebagai seorang isteri.

Jadi para isteri, kesalahan suami itu didoakan pada Tuhan. Bukan diceritakan. Bukan diaibkan. Lagi teruk apabila menghina suami depan anak² dan kawan² dia. Seburuk mana pun suami, dia sebab isteri itu diterima ke Syurga, atau dihumban ke dalam neraka.

Itulah sebaik baik isteri.. Memohon pada Allah agar segala dosa² suami yang lalu diampunkan dan suami terbuka hati untuk sama² membimbing isteri untuk sama² bertaubat atas kesalahan lalu..

Semua itu impian seorang isteri yang solehah. Semoga Allah SWT permudahkan dan moga hubungan cinta suami isteri berkekalan hingga ke jannah…
Aamiin³x….
آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِين