Sekembali pulang dari menyelesaikan tugas harian, wajah isteriku tampak lesu. Seolah tidak bermaya. Ku sambut dengan perasaan yang senantiasa gembira. Namun riaknya masih mampu menuturkan senyuman. Duduknya hampir terdiam. Ku biarkan dia bersendirian terlebih dahulu sambil menenangkan fikiran. Kenapa dengan ratu hatiku? Soalan yang aku ajukan hampir tidak berbalas. Namun aku teruskan kata- kata demi menghiburkan hati sang tersayang.
Isteri Yang Sedang Emosi Sangat Perlukan Perhatian
Saya ada ratu hati. Begitu juga sahabat kaum suami yang lain. Jangan pandang remeh bila seorang isteri kelihatan sudah mula beremosi. Isteri ketika sedang penat atau tidak sihat sangat mudah beremosi. Isteri yang sedang emosi sangat perlukan perhatian. Jangan ditinggalkan. Kalau dia mahu luah perasaan, biar dia luahkan. Dengar saja. Jangan bantah apa- apa. Isteri ketika sedang beremosi hanya perlu melepaskan apa yang terbuku di dadanya. Dia ingin keluarkan rasa sesak yang mengganggu. Ketika ini, otaknya tepu. Jiwanya beku! TOLONG TOLONG Jangan marah seorang isteri ketika dia sedang marah. Bantu dia melepasi saat sukarnya.
Jangan umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yang akhirnya dia sendiri sesali. Tenangkan saja seorang isteri yang sedang dirasuk emosi. Hebatnya seorang isteri itu dia dianugerahi Allah sifat yang sangat teliti. Kerana teliti, dia boleh menguruskan banyak hal rumahtangga secara terperinci. Namun kerana teliti juga, adakalanya dia menyusahkan diri sendiri. Hal yang kecil bagi seorang lelaki mungkin dianggap besar baginya. Makan dan minumnya kadang- kadang tidak diendah. Anak- anak yang paling utama baginya. Tegurlah jika dia tersalah.
Isteri Yang Sedang Emosi Sangat Perlukan Perhatian
Tapi tegurlah pada masa yang betul dan sesuai. Sungguh sifat seorang wanita dan lelaki tidak sama. Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama. Maka cubalah fahami perbezaan ini. Insya-Allah banyak masalah dan musibah dapat dijauhi. Betapa tidak mudahnya mengendalikan emosi seorg isteri. Justeru, Berhikmahlah. Suami, Jangan cuma mahu terima seorang isteri dalam keadaan cantik manisnya saja. Belajarlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa rapuhnya. Kita tidak sempurna. Dia juga tidak sempurna. Terima dia seadanya seperti mana dia juga menerima kita seadanya.

IKLAN
IKLAN
IKLAN
SUMBER DAN GAMBAR: Wan Kamarul Wan Salim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI