Sering kita mendengar seseorang yang tersepit di antara dua pilihan mahupun lebih. Ada dua insan yang muncul dalam hidup kita pada waktu yang sama dan kedua-duanya terlalu ingin menaiktaraf hubungan dengan kita menjadi lebih serius sehingga kita keliru siapakah yang terbaik dan siapakah yang benar-benar ikhlas dalam menjalin hubungan.

 

Ada juga yang telah lama berkawan, bersahabat, bercinta malah ada yang telah lama bertunang dengan seseorang, tetapi masih musykil dan ragu dengan keserasian dan apakah si dia benar-benar akan membahagiakannya kelak?

 

Ada Dua Pilihan Jodoh, Istikharah Cara Terbaik Cari Keputusan
.

Ramai antara kita yang gagal memahami konsep Istikharah yang sebenar menyebabkan ramai juga yang dukacita kerana gambaran sebenar yang diharapkan tidak muncul tiba.

Praktikkanlah satu persatu daripada langkah pertama sehingga yang ketiga mudah-mudahan kita dibimbing oleh Allah Taala dalam membuat pilihan.

 

Ada Dua Pilihan Jodoh, Istikharah Cara Terbaik Cari Keputusan
.

1. Fikir Dan Senaraikan Kelebihan Dan Kekurangan

Dalam membuat keputusan, ramai yang tidak tahu bahawa sebelum solat istikharah didirikan, ada langkah utama yang perlu dilaksanakan oleh kita. Langkah pertama ialah menggunakan akal, fikiran dan kepintaran kurniaan Allah untuk memahami dan mendalami apa yang kita kehendaki daripada pasangan kita kelak. Ambil masa untuk membuat perbandingan di antara kelebihan dan kekurangan setiap insan yang ingin kita jadikan pasangan.

 

Senaraikan satu persatu kekuatan dan kekurangan setiap seorang sambil berdoa kepada Allah semoga kita dapat lihat mana satu yang benar-benar memiliki ciri-ciri pasangan yang sesuai dengan keperluan kita. Cara ini dapat membantu untuk membuat perbandingan antara pilihan sekaligus membuatkan kita lebih jelas mana satu yang benar-benar menepati citarasa kita.

 

IKLAN

2. Dapatkan Nasihat Pakar

Langkah kedua ialah إستشارة (Istisharah) iaitu mendapatkan khidmat nasihat dan pendapat daripada pakar. Dalam konteks perkahwinan dan memilih pasangan, berjumpalah dengan kaunselor bertauliah ataupun mereka yang benar-benar boleh dipercayai, alim dan berkepakaran dalam memberikan pendapat calon manakah yang paling sesuai dengan menjadikan perbandingan dalam Langkah Satu sebagai salah satu rujukan.

 

3. Solat Sunat Istikharah

Daripada Langkah Satu dan Langkah Dua, pastinya kita telah mendapat gambaran mana satu pilihan yang lebih serasi dan berpotensi untuk membahagiakan kita kelak tetapi hati masih lagi berbolak-balik antara pilihan-pilihan yang ada. Di sinilah Solat Sunat Istikharah memainkan peranan yang paling besar kerana Allah sahajalah yang Maha Mengetahui dan Maha Menentukan.

 

Tunaikan solat sunat Istikharah dengan rasa keinsafan betapa lemahnya kita sebagai insan yang sentiasa bergantung kepada Allah. Doa dan hajat yang dilontarkan dalam solat dengan hati yang ikhlas dan benar-benar merendah diri kepada Allah, Insya Allah gambaran bagi pilihan yang terbaik akan diberikan oleh Allah dalam bermacam-macam bentuk sama ada dalam bentuk mimpi mahupun gerak hati. Yang penting, yakinlah bahawa setiap pilihan kita adalah ketentuan Allah, ada hikmah dan pengajaran yang perlu kita redha dan sabar.

 

Ada Dua Pilihan Jodoh, Istikharah Cara Terbaik Cari Keputusan
.

IKLAN

Cara Mendirikan Solat Sunat Istikharah

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut:

 

Kesesuaian Waktu

Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

 

Niat

Baca niat berikut “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”

 

Rakaat Pertama

Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

IKLAN

 

Rakaat Kedua

Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

 

Salam dan Doa


Ada Dua Pilihan Jodoh, Istikharah Cara Terbaik Cari Keputusan
.

Selepas memberi salam, dimulakan dengan lafaz bismillah dan selawat, kemudian baca doa berikut:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.

 

Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya.

 

Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

– Dari hadis riwayat Imam Bukhari

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI