Hubungan

Jadi Suami, Baru Tahu Kenapa Tuhan Cipta Kita Jadi Lelaki

Share

Bukan mudah nak jadi seorang lelaki kerana tanggungjawabnya sangat berat. Lebih-lebih lagi bila sudah berkahwin. Banyak komitmen yang perlu diselesaikan, banyak hati juga yang perlu dijaga.

Dalam Rumahtangga, yang paling risau tentang semua sewa, bil api air, yuran tuisyen, barang dapur, barang mandi.

Semua isteri!

Dia takkan tenang dengan melihat telur yang tinggal 2 biji, sardin tinggal 1 tin kecil, beras segenggam tabah, ayam tinggal hati dan kaki.

Jadi, kalau isteri tak tenang dan selalu membebel tentang hal ni, tenang bro!

Tenang ok?

Jangan tendang kerusi lepas tu blah lepak mamak. Jangan marah anak-anak yang tak tahu apa-apa. Jangan juga sepak kaki kawan masa lawan futsal waktu maghrib.

Dalam ujian yang berat dan semakin menaik ini, suami dan isteri perlu selalu bertenang. Kalau sorang hangin, sorang lagi kena dingin. Seorang panas, seorang lagi kena mengawal supaya tak rimas.

Pelan-pelan pegang tangan isteri, ajak dia duduk. Buatkan air pearl cafe, kalau tak ada, pergi beli kat kedai runcit RM1.30 sepeket. Kita minum air kosong dah la kalau bajet tak ada.

Jangan cerita duit dulu. Jangan cerita hal bil-bil. Jangan cerita pampers susu.

Cerita Allah, cerita syukur. Cerita kita ni bahagia masih bersama. Cerita walau pun perit dan sakit, kita ada rumah. Ada kereta. Ada motor. Ada basikal. Anak-anak sihat. Kita pun sihat. Cuit sikit peha isteri, awak pun cantik je selalu. Lawak la skit. Jangan macam ceramah sangat.

Isteri akan diam. Dia diammmmmm je. Tak apa, masa tu ajak isteri naik atas rehat. Baringkan dia. Tenangkan dia.

Ajarkan isteri doa ini. Dan kita doakan bersama. Pegang dada isteri;

“Jadikan hati kami seperti hati wali-wali Allah, yang tak pernah takut dan bimbang dengan hal-hal dunia”.

Lepas isteri tidur, giliran kita bro. Ni part kita.

Bercakaplah dengan Allah. Cakap kita ni suami, kena kuat. Goyang juga tengok Maybank2U ada sepuluh ringgit berbaki. Ngeri rasa.

Luahkan semua pada Allah. Susun strategi. Esok apa kerja boleh buat. Atau esok niat nak buat baik banyak-banyak. Kalau manusia terhibur dengan kita, Allah akan hiburkan kita pula.

Kesusahan itu perlu. Untuk kita dapat rasa hamba. Untuk kita merendah diri.

Biar kita begini hidupnya, tapi kita bahagia bro.

Selalu ajak isteri ingatlah Allah.

Selalu ajak anak isteri solat awal, buat baik banyak-banyak, utamakan keluarga dalam segala hal, kurangkan bergaduh dan bertekak, saling berlapang dada,

Selamat berjuang Bro!

Jadi suami, baru tahu kenapa Tuhan cipta kita jadi lelaki.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Abu Hurairah

IKLAN