Tidak meriah majlis perkahwinan tanpa disulami dengan adat Melayu. Budaya yang dibawa hingga ke hari ini mampu memberi keserian buat keseluruhan majlis perkahwinan. Paluan kompang, persembahan silat untuk pengantin, menepung tawar dan lain-lain lagi menjadi acara penting dalam perkahwinan Melayu.
Begitu juga dengan adat berbalas pantun. Pantun merupakan pelengkap majlis yang boleh memeriahkan majlis perkahwinan Melayu. Pantun usik-mengusik sering dijadikan pilihan dalam majlis perkahwinan sekali gus mampu mencuit hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Nak majlis perkahwinan anda jadi bertambah meriah? Jadikan 5 pantun popular ini sebagai penyeri majlis perkahwinan anda, silap-silap boleh jadi viral nanti!
1. PANTUN SEMASA PENGANTIN TIBA
Orang ke laut menjala udang,
Petang hari pasang pelita,
Yang ditunggu sudah pun datang,
Yang dinanti sudah pun tiba.
Tanam serai berumpun-rumpun,
Disiram air setiap hari,
Lemah gemalai hayun tersusun,
Maklumlah dipanggil raja sehari.
2. PANTUN SELAMAT DATANG
Buah pauh mari dikerat,
Alamat petang boleh dimakan
Pada yang jauh dan juga dekat,
Selamat datang kami ucapkan..
Pijat mati disarang kerengga,
Anak murai saja berlari
Hajat hati sekelian keluarga,
Hendak merai raja sehari.
3. PANTUN SELAMAT
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Rafak susun jari sepuluh,
Minta doa biarlah selamat.
4. PANTUN SEMASA TEPUNG TAWAR
Orang jauh dikenang-kenang,
Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenalan kemudian bertunang,
Akad dilaksana sama bersatu.
Ads
Anak Cina mengail patin,
Mengail patin di tepi titi,
Senyum terukir pasangan pengantin,
Tanda gembira penuh di hati.
5. PANTUN MAKAN BERADAB
Puan dibawa ke Gunung Ledang,
Dibawa dengan penuh beradab,
Pinggan mangkuk telah terhidang,
Kini tiba makan beradab.
Semerbak haruman bunga Seroja,
Dibelai oleh dara pingitan,
Lauk-pauk penuh semeja,
Jemput semua menikmati hidangan.
Berdua mencari renda,
Dapat satu di Inderagiri,
Doa daripada ayahanda bonda,
Agar masjid kekal berdiri.
6. PANTUN PENUTUP
Tanam pisang tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuknya mati,
Budi semua tak kami lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.
Ads
Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat laksamana bermain rodat,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah sempurna segala adat.
7. PANTUN TERIMA KASIH
Memang pipit memakan padi,
Telah lagi diberi beras,
Bukan sedikit tuan-tuan berbudi,
Budimu tuan sukar dibalas.
Nasi putih nasi lemak,
Sajian makanan di waktu pagi,
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi bertandang ke majlis kami.
Kalau tidak kerana bulan,
Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan,
Tidak majlis sepermai ini.
Hari ini menugal jagung,
Hari esok memintal tali,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan mempelai dua sejoli.
Ads
Anak Cina memasang lukah,
Lukah dipasang di Tanjung Selasih,
Pasangan pengantin segak melangkah,
Mara menuju mahligai kasih.
Tiup serunai di atas kota,
Uda memupuk bunga Melati,
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai di dalam hati
8. PANTUN USIK MENGUSIK
Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah,
Sudah lama niat dikandung,
baru sekarang diizinkan Allah.
Orang membelat di tepi pantai,
Banyak dapat ikan tembakul,
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan sudah terkabul.
Asal dari Bukit Siguntang,
Kisah hikayat tidak terperi,
Kami mengucap selamat datang,
Hadir tuan menambah seri.
Bagai ruas dengan buku,
Bagai daging dengan kuku,
Hidup di air satu perahu,
Di darat satu kelambu.
Memilih untuk tidak check phone suami, pelakon Che Ta atau Rozita Che Wan ada alasannya tersendiri berkenaan isu ini.
Menurut perkongsiannya di satu portal hiburan, dia pun sibuk dan banyak lagi urusan lebih penting daripada bertindak sedemikian terhadap Zain Saidin yang juga merupakan pelakon dalam industri tempatan.
Tak Check Phone Suami
Pemilik nama lengkap Rozita Abu Bakar, 51, itu berkata kepercayaan sesama sendiri sangat penting kerana sehebat mana penipuan sekali pun akan terbongkar jua.
“Ramai DM (mesej langsung) saya tanya tak periksa telefon Zain (suami)kah?
Tak kuasa nak periksa telefon dia. Telefon aku pun tidak sempat balas mesej.
“Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Ingat konsep itu,” katanya menerusi sebuah video.
Letak Kepercayaan Pada Suami
Dalam masa sama, Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta turut meletakkan kepercayaan 100 peratus buat suaminya walaupun tidak memantau aktiviti dalam telefon.
Konsepnya kita percaya tetapi bila awak cari pasal sekali, siaplah. Masa itu baru tahu langit tinggi atau renda.
“Macam itu konsepnya sebab kita ada kehidupan sendiri dan tak kuasa nak periksa itu ini.
“Tidak sempat tetapi kalau bersiap atau bersolek, saya ada banyak masa. Periksa laki (suami) memang tiada masa,” ujarnya lagi.
Kebelakangan ini, ibu kepada tiga cahaya mata itu kerap memberi ingatan mengenai kes kecurangan rumah tangga dalam media sosial sebagai perkongsian bersama.
SEMUA CAWANGAN ZAKAT SELANGOR DIBUKA 7 HARI SEMINGGU SEPANJANG BULAN DISEMBER
Semua 27 cawangan Zakat Selangor dibuka tujuh hari seminggu termasuk pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang bulan Disember ini.
Waktu operasi seluruh cawangan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja. Pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum, cawangan Zakat Selangor dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
Waktu operasi turut dilanjutkan sehingga jam 8 malam bermula 28 hingga 31 Disember.
Inisiatif itu diambil bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat mereka sebelum berakhir tahun 2018.
Selain taksiran zakat harta, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan runding cara zakat, bayaran zakat serta melaksanakan urusan permohonan agihan zakat.
Cawangan Zakat Selangor turut menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat menerusi kad kredit Islamik dan kad debit.
Lebih menarik semua pengeluar zakat melalui 27 Cawangan Zakat Selangor ini berpeluang memenangi hadiah istimewa melalui e-cabutan iaitu sebuah tablet, sebuah telefon pintar dan hadiah saguhati iaitu kad Touch & Go. Peluang ini hanya dibuka di bulan Disember ini sahaja.
Kalau nak tunai zakat melalui online pun boleh. Layari je laman web Zakat Selangor di www.zakatselangor.com.my/info-zakat/bayar-online/ ya.
Ambillah peluang menunaikan zakat sebelum 31 Disember untuk layak rebat cukai pendapatan.
#zakat
#rukunislam
#kewajipan
#zakatselangor
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kehidupan suami isteri, seharusnya sentiasa menjaga kerukunan rumah tangga. Kalau boleh elakkan perselisihan faham, bincang dengan baik setiap masalah bersama agar harmoni sentiasa. Namun ada kalanya ada masanya suami membenci isteri oleh beberapa sikap berikut. Lihat perkongsian oleh Dr Fadzilah Kamsah ini untuk renungan kita bersama.
Semoga BERMANFAAT untuk kita semua…
1. CABAR
Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!” Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI … nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata …
2. CABUL
Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua …
3. CELUPAR
Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap …
4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.Suami pula di opis dok nampak y aje …Ada isteri kata – mekap untuk suami, …. tapi kat rumah tak mekap pun …
5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan … sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 …
6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat
7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai …Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak …anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi …
7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya …Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun…belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai … ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ..
sumber : www.akuareal.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!