sekadar gambar hiasan

Soal jodoh bukan perkara yang boleh dipandang remeh kerana jika memiliki jodoh sesuai, rumah tangga kekal bahagia berpanjangan, namun sebaliknya jika pemilihan dilakukan secara tangkap muat, tentunya panas yang diharap hingga ke petang, hujan pula di tengah hari dan berantakanlah rumah tangga yang dibina.

Jadi, berusahalah untuk mencari jodoh yang sesuai atau dirasakan terbaik untuk diri agar kebahagian hidup diperoleh pada tahap yang sepatutnya dan jika wanita mahukan calon suami yang sempurna, lelaki juga ada piawaian dalam mencari bakal isteri.
Biasanya mereka mahukan isteri yang mempunyai rupa paras menawan. Andai kata perangai tidak begitu baik sekali pun, tapi jika wajah dimiliki membuatkan lelaki tertawan, maka wanita sebegini tetap akan dipilih menjadi isteri kerana bagi lelaki, sifat dan perangai boleh diubah atau dididik ke arah yang lebih baik.

Mengutip kata-kata seorang kenalan penulis, perempuan dengan muka lawa kalau perangai tidak begitu cantik tidaklah rasa menyampah sangat sebab muka cantik. Lama-lama eloklah perangainya kalau lelaki pandai mendidik. Melainkan lelaki itu seseorang yang tinggi pengetahuan agama, semestinya ciri-ciri wanita muslimah menjadi pilihan hati.

Rupa paras jatuh nombor dua, yang paling penting adalah pegangan agamanya kerana wanita yang ada pengetahuan agama faham tentang hukum hakam dan batas-batas dalam rumah tangga selain mampu menjadi pendidik yang baik buat anak-anak. Lagi pun tidak susah untuk mendidik wanita solehah kerana mereka berilmu.

Ada pula lelaki tertarik dengan wanita yang bijak, mempunyai sumber kewangan yang baik dan handal memasak juga dianggap bonus. Cuma satu perkara yang lelaki paling tidak gemar ialah jika wanita terlampau sosial dan ‘murahan.’ Biasanya jenis wanita sebegini dipilih sekadar untuk bersuka-suka sahaja dan kemudian akan ditinggalkan begitu sahaja .

Jadilah wanita yang ‘mahal’ kerana wanita sebegini sukar untuk dimiliki kerana dia tahu nilai harga dirinya.

Jadilah Wanita Yang ‘MAHAL’ Kerana Wanita Ciri Ini Jadi Idaman Lelaki
Foto: Karma X Production

1. Pandai menjaga maruah diri
Lelaki yang suka berfoya-foya biasanya mudah didampingi wanita yang seksi dan sosial. Tetapi bila bab mencari isteri, biasanya mereka tertarik dengan wanita yang akhlaknya baik.

IKLAN

Apabila seseorang wanita itu tidak terdedah dengan dunia luar, maka kuranglah fitnah berlaku di sekitarnya. Hidupnya tertumpu kepada suami, anak dan keluarga sahaja.

Walaupun tidak semua lelaki memilih isteri sebegini, tetapi kebanyakan begitulah. Kata orang, teman wanita untuk bersukaria bukan main seksi lagi tetapi isteri di rumah bagaikan wanita lindungan kaabah.
Pesanan untuk golongan wanita jika ramai lelaki mahukan kamu hanya untuk memuaskan nafsu semata-mata, jangan berasa bangga apabila diri digilai ramai kerana hakikatnya mereka sedang memandang rendah harga diri kamu.

2. Feminin dan penuh kewanitaan
Disebabkan kemampuan wanita sekarang ini setanding kebolehan lelaki, sifat feminin juga semakin terhakis dalam diri wanita.

Yang pasti, lelaki memerlukan wanita yang penuh pesona lemah lembut, romantik dan prihatin. Ini kerana lelaki melihat wanita sebagai tempat untuk bermanja dan dimanja, tempat mencurah kasih, berkongsi pendapat dan mendapatkan dorongan. Dengan sedikit sikap berdikari, anda tentunya wanita yang menjadi buruan lelaki.

3. Sederhana
Lelaki memang suka terhadap wanita yang memiliki kecantikan semula jadi selain kurang bersolek. Bersolek tebal pada mereka seperti menipu diri sendiri.

Ada juga wanita yang berhias cantik apabila melangkah keluar dari rumah, namun jika dilihat wajah semula jadi mereka sejurus bangun daripada tidur, mungkin ada yang terkejut melihatnya. Selain solekan wajah yang sederhana, lelaki juga tidak gemar wanita bergaya keterlaluan atau terlalu berani.

IKLAN

4. Bijak
Kalau wanita mahu bersuamikan lelaki bijak yang boleh memberi jaminan masa depan, samalah juga dengan lelaki.

Bagi lelaki, wanita yang mempunyai IQ yang baik itu bukan sahaja dianggap seksi, tetapi mempunyai tahap pemikiran yang setara menjadikan hubungan mereka lebih mengujakan.

Justeru, jadilah wanita yang kaya dengan pelbagai pengetahuan mengenai lelaki, amalkannya dalam hubungan dan nescaya pasangan anda akan merasa kagum dan bertambah sayang! Jika ada lelaki yang berniat hendak menipu sekali pun, dia terpaksa berfikir seratus kali.

IKLAN

5. Naluri keibuan
Lelaki amat menyenangi wanita yang tebal sifat keibuannya. Minda lelaki berpendapat bahawa wanita dengan sifat keibuan bukan sahaja kaya sifat prihatin, malah memberi jaminan kepada ciri-ciri seorang ibu yang cemerlang kepada anak-anaknya kelak.

6. Pandai jaga diri dan kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

Kecantikan ini meliputi luaran dan dalaman. Wanita yang tahu menghormati dirinya, akan lebih dihormati oleh pasangannya.

7. Memahami dan tenang
Lelaki suka mendekati wanita yang tidak remeh atau banyak kerenah. Anda harus tahu dan faham bahawa sifat, kelakuan, emosi dan minda lelaki adalah ringkas. Sikap remeh, banyak ragam dan kerenah wanita hanya mengundang rasa meluat lelaki.

8. Manja
Sifat wanita yang manja, memang mudah mencairkan hati lelaki selain membenarkan mereka memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau akan menampakkan wanita itu kurang matang, jadi hindari sikap begini.

Jika anda seorang wanita solehah, sudah pasti anda mempunyai ciri-ciri idaman lelaki. Para lelaki pula, jangan hanya tahu memilih, anda seharusnya membentuk dan membimbing kaum wanita tau!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI