
Lelaki dan wanita tidak serupa dalam berinteraksi dan reaksi terhadap sesuatu sehinggakan mereka boleh dianggap berasal daripada dua planet yang berbeza. Dr John Gray dalam bukunya cuba mengetengahkan perbezaan antara lelaki dan wanita dari sudut cara berfikir dan bagaimana keduanya menyampaikan sesuatu dengan cara yang juga berbeza.
Menurutnya, umum berpendapat, jika pasangan menyayangi kita, dia akan bertindak dan bersikap sebagaimana kita menyayanginya. Pada hakikatnya, hanya dengan menerima dan menghormati perbezaan antara keduanya kasih sayang dapat disemai.
Mieja berkongsi di twitternya, boleh anggap suami tu macam kawan tapi tak adalah sampai cakap, ” Weh ambil tu kejap.”
Akad Nikah Online Pertama Di Malaysia Selamat Berlangsung Pagi Tadi

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi tadi telah menjayakan satu majlis akad nikah secara online. Ini merupakan kali pertama Malaysia mengadakan majlis akad nikah secara online ekoran Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid-19.
Menerusi sidang video tersebut, pasangan pengantin, Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, selamat disatukan hanya dengan sekali lafaz.
Majlis tersebut diadakan di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa pada jam 10.10 pagi tadi di mana bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan kehadiran saksi.
Majlis yang disiarkan menerusi Facebook Live Berita AlHijrah ini turut disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.
Pernikahan secara online ini selaras dengan ketetapan baru JAWI pada 17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperoleh Kebenaran Berkahwin daripada JAWI untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video (video conference) mengikut garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.
Sumber: AlHijrah Online
“Perempuan Ni Unik. Sangat Unik. Susah Nak Cakap, Nanti Dah Kahwin, Hang Tau La.”

Lelaki ini kongsi, tiada yang lebih penting dalam perhubungan selain skill komunikasi yang betul. Fasa 5 tahun awal perkahwinan adalah bersabar dan perbaiki komunikasi. Teruskan bersabar dan banyakkan berbincang.
Nasihat daripada saya yang tak seberapa ini buat pasangan pengantin baru, ataupun yang akan berkahwin nanti,
1. Perbaiki skill komunikasi bersama pasangan.
2. Bersabarlah dengan penuh kesabaran sehingga mampu bersabar dan terus bersabar. Hehe.
Saya ingat lagi, masa zaman sebelum berkahwin dulu, saya kerap menghabiskan beberapa buah buku berkaitan dengan skill komunikasi, memahami perspektif lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Dan kebanyakkannya adalah buku dari Barat. Hehe.
“Bagaimana nak menikah tanpa couple” dan sebagainya.
Kenapa saya baca buku-buku ni?
Sebab masa sebelum berkahwin, saya kerap mendapat nasihat berkaitan dengan komunikasi. Ramai orang beritahu saya, perempuan ini makhluk Allah yang unik dan kompleks.
Antaranya, boleh jadi, setiap jam atau minit emosinya boleh berubah2, kadang-kadang tanpa sebab! Contoh, ada perempuan tiba-tiba menangis, bila ditanya kenapa, dia akan jawab tak tahu. Memang dia pun tak tahu kenapa.
Hehe.
So, bila dah nak menghampiri fasa berkahwin, saya pun rasa sedikit confident bahawa saya sudah memahami serba sedikit tentang perempuan. Takpe, yang penting confident tinggi, betul salah belakang kira. Haha.
Apabila sudah berkahwin, saya pun cubalah mengaplikasikan beberapa jenis teori yang saya belajar melalui buku-buku yang saya dah baca. Dengan harapan, boleh mengurangkan salah faham dengan isteri.
Tetapi…..
Saya terlupa satu lagi nasihat penting. Selain daripada komunikasi, saya mesti BERSABAR dan TERUS BERSABAR.
saya banyak kali dengar nasihat sabar ini, tetapi itulah. Easier said than done. Pernah beberapa kali kami salah faham, dan bila kami duduk berbincang, barulah saya faham. Seterusnya, antara punca perselisihan berlaku adalah sebenarnya saya yang kurang sabar.
Teringat pula dengan nasihat beberapa abang senior dan pakcik2, antara nasihat mereka,
” Fasa 5 tahun awal perkahwinan adalah bersabar dan perbaiki komunikasi. Teruskan bersabar dan banyakkan berbincang..”
Ya, saya mungkin banyak membaca bagaimana memperbaiki komunikasi dengan pasangan. Tetapi saya masih kurang bersabar. Sabar ini bukan semata-mata dengan isteri, malah bersabar dengan tekanan keluarga, tekanan kewangan, sabar dengan masalah dalaman keluarga kedua belah pihak, sabar dengan karenah isteri mengandung, bersabar dengan karendah anak yang asyik menangis, bersabar sebab tak cukup tidur, bersabar sebab isteri tak seperti yang diharapkan, dan baaaanyak lagi. Tidak semestinya bersabar kepada isteri saja.
Akhirnya, Alhamdulillah saya dan isteri jika ada apa-apa masalah, kami akan luahkan, tidak sembunyi, kemudian berbincang. Masing2 akan rendahkan ego untuk akui kesalahan jika benar2 salah.
So, sekali lagi nasihat dari saya yang masih merangkak-rangkak dalam alam perkahwinan ini untuk anda yang baru menjadi pengantin baru dan akan berkahwin nanti,
1. Paksa diri untuk baca buku berkaitan psikologi lelaki perempuan sangat penting, terutama untuk LELAKI. Ya lelaki. Kenapa?
Serius bro, perempuan ni unik. Sumpah, sangat unik. Susah la nak cakap, nanti dah kahwin, hang tau la.
Contoh, kalau isteri saya nak luahkan sesuatu masalah pada saya, saya akan tanya dia,
“ini nak suruh dengar saja ke, atau nak minta solusi?”
Nanti dia akan tersengih. Biasanya jawapan akan diberikan,
“dengar je la..”
Hehe. Pada sebahagian perempuan, kita jadi pendengar setia masalah dia pun, dah cukup menyelesaikan sebahagian masalah dia.
2. Apabila ada perselisihan, duduk bersama, luahkan masalah, dan selesaikan. Lelaki, mesti rasional di saat perempuan emosi.
InsyaAllah, sakinah mawaddah dan rahmah Allah akan turun pada hambaNya yang sentiasa berbincang.
3. Lelaki, banyakkan rasional dan sabar, sabar dan terussssssss sabar. Jangan terikut dengan rentak emosi isteri.
Dan kalau ada masalah, jangan lari! Hadapinya, dan selesaikannya.
4. JANGAN LETAK EXPECTATION pada pasangan. Jangan harapkan suami macam dalam drama, atau isteri seperti bidadari dari kayangan.
Ingat, kita ini hidup di akhir zaman. Bukannya zaman Nabi. So, faham2 sajalah manusia akhir zaman macam mana.
Kita pun faham karenah kita macam mana. Don’t expect more. Tak kisahlah dia ustaz ustazah ke, engineer ke, doktor ke, usahawan ke, atau sesiapa la.
5. Dan terakhir, sama-sama bangunkan agama di dalam rumahtangga. Sesekali, solatlah berjemaah bersama isteri dan tadarus al Quran bersama. Tak mampu buat setiap hari, hujung minggu pun jadilah.
Ramai kes cerai berlaku sebab amal agama hilang dari rumahtangga. Bila bercerai, akhirnya, orang akan menyalahkan takdir. Dan lebih ekstrem, ada yang menyatakan kahwin ini satu perjudian.
Kahwin bukan perjudiaan. Kahwin bukan tempat bertaruh nasib. Kahwin adalah sunnah Nabi. Dan perkahwinan juga adalah pilihan dan takdir.
Kau ada pilihan untuk memilih pasangan yang baik pada sisi agama, atau memilih pasangan yang JAUH daripada agama. Kemudian, kau terimalah takdir hasil dari pilihan yang telah kau buat.
Jadikahlah rumahtangga anda sebahagian dari Syurga dunia, sehingga anda betul-betul merasakan,
“Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah lagi hendak kau dustakan?”
Wallahu’alam.
Selamat pengantin baru.
Ikhlas daripada,
Shukery Azizan,
Penulis buku Aku Bukan Malaikat 1 & 2,
Shah Alam.
Bahagia Bukan Terletak Pada Lamanya Hubungan Tapi Pada Solat

Bahagianya sesebuah rumah tangga itu bukan dilihat dari lamanya sesebuah hubungan. Tapi bagaimana ia dibentuk. Jika pengemudinya hancur, maka hancurlah pelayaran itu. Perkongsian Encik Matt mengigatkan kita di mana terletaknya kebahagiaan itu.
Jika kita mahu lihat KEBAHAGIAAN dalam rumahtangga. Lihatlah solat kita. Dimana solat seorang suami. Bagaimana solat subuh seorang suami.
Bagaimana solat isteri dan anak-anak. Dimana isteri ketika azan dilaungkan terutama solat magrib. Adakah masih di hadapan TV? Atau masih di dapur?
Tuan puan. Jika kita cuai dalam menunaikan solat. Kebahagiaan, ketenangan akan jauh dari kita. Anak-anak akan jadi tidak tenang, anak-anak akan jadi degil susah dengar cakap.
Wahai para Suami. Persiapkanlah isteri untuk mereka solat awal waktu. Jangan hanya isteri sahaja sibuk mandikan anak-anak, kemas pinggan mangkuk di dapur, angkat baju di jemuran menjelang waktu magrib.
Janganlah bebani isteri kita dengan kerja rumah sehingga mereka mengabaikan solat-solat fardhu.
Jagalah SOLAT الله akan jaga kita.
-EnCikMatt-
#LelakiBurQa