
Wanita sememangnya lebih banyak ‘suara’ berbanding lelaki, dia akan bercakap tentang apa sahaja yang terlintas difikirannya.
Hampir pasti akan ada sesuatu yg akan menjadi modal atau point untuk seorang wanita itu bercakap, berbicara, bersuara….susah utk seorang wanita itu utk kekal berdiam diri, sebab wanita yang normal akan bercakap puluhan ribu perkataan dalam masa sehari.

Berbeza dengan lelaki, ada lelaki hanya bercakap bila perlu sahaja dan kebiasaannya lelaki bercakap direct to the point.
Namun, sekiranya seorang wanita terutamanya seorang isteri memilih utk berdiam diri, maka itu bahaya…
Pasti ada sesuatu disebalik “diamnya” itu…dia mgkin sudah penat bercakap hal yg sama, perkara yg sama setiap hari, tp masih tiada perubahan dari hari ke hari drpd insan yg mendengarinya, lalu dia memilih utk berdiam diri setelah “suaranya” tidak didengari pasangannya…
Adakalanya juga seorang isteri memilih utk berdiam disebabkan ingin menahan diri…jika disuruh bercakap, mungkin dia akan meletop dan dia tidak akan dpt mengawal diri lalu dia mgkin akn meny4kiti hati org lain dgn kata2 yg keluar dr mulutnya…
Diam seorang isteri tu sebenarnya dia sedang berusaha menenangkan dirinya sendiri…menjadikan dirinya sabar…
Fikirannya boleh jadi bercelaru, jiwanya boleh jadi berkecimuk, dia sedang cuba mengawal perasaannya utk elokkan kembali mood dia.

Jangan biar seorang isteri berdiam diri utk tempoh yg lama, sekiranya kita sedar dia tidak seperti kebiasaannya, maka terus dekati dia dan tnya, kenapa dan apa yg menyebabkan dia berdiam diri, lalu cubalah utk perbaiki…sekiranya tiada usaha utk mengetahui kenapa isteri memilih utk berdiam diri, maka jgn hairan jika satu hari nnt dia “mel3t#p” dan akan mengeluarkan kata2 yg bukan-bukan.
Dia juga seorang manusia yg ada hati dan perasaan…jgn menidakkan kemahuannya utk bersuara…kata2nya juga layak utk didengari dan difahami…
Sumber : firdaus shakirin
Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!

Sejak bergelar isteri dan ibu, pelakon cantik Tasha Shilla kelihatan semakin bahagia dan berseri-seri. Berusia 34 tahun, isteri kepada Muhammad Atiq Idris ini sangat menitikberatkan soal penjagaan kecantikan dan kesihatan. Seperti mana sebelum berkahwin, begitulah juga rutinnya selepas berkahwin.

Tasha Shilla bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020 dalam satu majlis yang sederhana di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Dengan sekali lafaz pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah.

“Syukur, saya dikurniakan suami yang memahami dan ringan tulang. Dari awal kami kahwin hingga ke hari ini, suami sentiasa peka dengan kebahagiaan rumahtangga tak kira apa jua keadaan. Atiq juga seorang Daddy, suami dan anak yang bertanggungjawab serta berdikari. Beliau juga seorang yang peramah dan disenangi semua. Suami juga seorang yang tahu membuat saya bahagia dan ketawa, namun pada masa sama seorang yang tegas dan tahu bila untuk mengambil momen serius dalam sesuatu situasi atau perkara.

Bagi saya, untuk menjadi pasangan yang romantik dan saling mencintai, biarkan semuanya berjalan secara natural. Kita berterus terang dan In Shaa Allah, momen-momen loving dan romantik itu berlaku secara spontan, hari-hari akan ada surprise. Sentiasa menjalani kehidupan kerana Allah. Bila buat sesuatu keranaNya, kita tidak akan menaruh harapan yang luar biasa dari manusia. Setiap manusia milik Allah, kita sendiri ada kelebihan dan kelemahan. Sikap merendah diri dan juga mahu belajar bersama amat penting dalam keluarga kami. Setiap malam kami akan minta maaf jika ada terkasar bahasa, salah faham atau salah tingkah laku.
PENGALAMAN BERGELAR IBU
Sejak bergelar ibu kepada Raees Zander Muhammad Atiq yang kini berusia 8 bulan, banyak mengajar saya erti sabar. Ia juga amanah Allah maka fokus utama saya kini adalah anak dan keluarga. Setiap hari akan ada benda baru yang saya belajar seperti komunikasi antara anak dan ibu. Pengalaman paling teruja semestinya saat pertama kali dapat melihat bayi di hospital. Memang tak percaya akhirnya selepas 9 bulan mengandung saya dan suami dapat melihat zuriat yang dinanti-nantikan, Alhamdulillah.
MAKIN CANTIK & LANGSING
Tip sihat dan cantik saya ialah mendapat rehat dan tidur yang cukup. Tak kira berapa usia kita, rehat yang cukup sangat penting bagi bekalan tenaga sepanjang hari. Dari segi dalaman, petua saya ialah tak minum minuman berais, banyak minum air mineral dan amal diet seimbang. Dari segi luaran, saya kerap menggunakan losyen pelembap dan produk penjagaan kulit. Paling penting, sentiasa mulakan dari hati iaitu sentiasa tenang, gembira dan bersyukur atas segala nikmat Allah.

Saya juga fokus kepada penjagaan kesihatan. Contohnya selepas bersalin, saya berpantang selama 100 hari secara konsisten bagi mendapatkan rehat dan nutrien dari makanan pantang yang berkhasiat. Berpantang sangat penting dari segi fizikal dan mental. Proses mengandung dan melahirkan sangat mencabar serta memberi kesan kepada badan ibu. Dengan proses berpantang yang cukup, badan ibu akan pulih untuk jangka masa panjang.
PERKEMBANGAN TERKINI
Untuk perkembangan terkini, saya banyak fokus kepada kolaborasi dengan produk-produk untuk marketing di social media. Buat masa sekarang, keadaan belum mengizinkan sepenuhnya buat saya untuk terlibat dalam proses penggambaran. Saya ambil saranan untuk stay safe and stay healthy sebagai langkah keselamatan diri dan keluarga. Saya memang rindu nak berlakon. Karier seni lakonan sentiasa akan ada dalam diri saya.”
Kredit Foto: Instagram @tashashilla
“Jodoh Itu Adalah Apabila Kita Tak Layan Tetapi Allah Tetap Pertemukan…” Menarik Perkongsian Lelaki Ini

Tulisan saya ini berkaitan video temuramah Daie Farhan (DF) oleh seorang lelaki berkaitan pernikahannya dengan seorang wanita sebagai isteri kedua. Jadi tulisan ini fokus pasal temuramah, bukan pasal bagaimana pernikahan selayaknya.
1. Perlu difahamkan bahawa saya menulis BUKAN untuk menghukum sesiapa, bukan nak nasihatkan DF secara spesifik apatah lagi nak mengkritik DF secara peribadi, tetapi saya kongsi ini sebagai pedoman kepada kita sebagai masyarakat, terutamanya saya sendiri yang mana saya juga seorang lelaki.
2. Perlu difahamkan juga bahawa saya TIDAK menulis secara ilmiah sebagai ustaz, ilmuwan atau seumpamanya, tetapi saya menulis sebagai seorang lelaki berstatus anak lelaki kepada seorang ibu dan seorang lelaki berstatus suami kepada seorang isteri. Jangan baca dalam konteks lain ye.
3. Dan perlu difahamkan juga bahawa sebagai seorang Islam, kita termasuk saya, tidak kira lelaki atau wanita, tidak boleh menolak poligami. Poligami ini syariat Islam, sama ada suka atau tak suka, setuju atau tak setuju, kita tak boleh declare kita anti-poligami. Cukup sekadar kita kata siapa nak buat, silakan, siapa tak nak buat pun silakan. Hak masing-masing. Jangan menghina orang yang berpoligami dan jangan menghina orang yang tidak berpoligami.
4. Juga perlu difahamkan juga bahawa apa yang DF buat, ada pihak yang setuju dan ada pihak yang tak setuju. Kedua-duanya mempunyai alasan tersendiri maka kita perlu hormati kedua-duanya. Jangan rasa pandangan kita lebih bagus daripada pandangan orang lain yang berbeza daripada pandangan kita.
5. Tulisan saya ini, mana yang baik dan setuju, ambillah sebagai teladan. Mana yang tak baik dan tak setuju, ambillah sebagai sempadan. Tak perlu kecam pun.
Kenapa banyak disclaimers kat atas? Sebab saya tak mahu timbul salah faham. Kalau masih ada salah faham, saya mohon maaf ye.
Pendek saja saya nak kongsi rasa hati dan cara fikir saya ni:
Saya teringat seorang gadis bernama Najihah yang merupakan tunang kepada arwah Adib Bomba, viral berita, gambar dan sebagainya menunjukkan si gadis ini menangis sedih ketika arwah sedang sakit, dan menangis lebih teruk lagi apabila arwah disahkan meninggal dunia.
Ramai netizen kata Najihah tak sepatutnya menangis, kerana arwah Adib yang meninggal dunia itu hanyalah tunangnya, bukan suaminya pun. Dan pelbagai alasan lain lagi.
Saya mempertahankan tangisan Najihah itu, bukan sebab saya sokong tangisannya, tetapi saya menulis tentang hakikat seorang wanita itu terasa kehilangan seorang lelaki BAIK yang sepatutnya menjadi suaminya.
Dalam dunia ni susah bagi ramai wanita nak cari lelaki baik untuk dijadikan sebagai suami.
Jadi tidaklah pelik Najihah menangis apabila arwah Adib meninggal dunia. Pasti susah baginya nak cari lelaki baik yang lain untuk dijadikan suami. Nak cari pengganti arwah tunang yang baik itu susah. Faham tak maksud saya ini?
Disebabkan sesuatu berlaku pada tunangnya, dia menangis. Disebabkan sesuatu berlaku pada ayahnya, dia menangis. Disebabkan sesuatu berlaku pada ibunya, dia menangis. Disebabkan sesuatu berlaku pada kawannya, dia menangis. Disebabkan sesuatu berlaku pada kenalannya, dia menangis. Bahkan disebabkan sesuatu berlaku pada kucingnya pun, dia menangis. Dialah wanita, memang sifatnya begitu, air mata adalah sahabat baiknya. Maka terbuktilah HATI WANITA ADALAH HALUS.
Saya kenal beberapa orang muslimat yang merupakan isteri pertama kepada suami mereka yang berpoligami yang mana mereka sendiri yang melamar wanita lain untuk menjadi isteri kedua bagi suami mereka sendiri. Maksudnya mereka sendiri izinkan suami mereka berkahwin lagi dalam keadaan mereka tidak diceraikan.
Dipendekkan cerita, selepas suami mereka menikahi wanita lain sebagai isteri, air mata mereka ada menitis tanpa dipinta.
Air mata gembira? Sedih? Redha? Kecewa? Hanya Allah SWT dan diri mereka sendiri sahaja yang tahu alasan di sebalik air mata itu, tetapi sedarlah kita air mata itu bermaksud hati seorang wanita telah terusik, tak kisahlah apa pun sebabnya.
Maka terbuktilah di sini bahawa hati wanita adalah halus, TETAPI HATI WANITA BERGELAR ISTERI ADALAH LEBIH HALUS.
Bayangkanlah apabila seorang wanita bergelar isteri ‘terpaksa redha’ apabila suami sekadar beritahu nak bernikah dengan wanita lain sebagai isteri kedua tanpa persetujuan atau keizinannya, sebagaimana yang DF ceritakan, hati wanita seorang isteri itu pasti lebih terusik. Menangis tak berlagu…….
DF itu seorang lelaki baik.
Pasti terbit dalam hati isteri pertama DF itu perasaan takut ‘hilang’ lelaki baik sebagai suami, maka dipaksakan dirinya menerima lelaki baik bergelar suami itu berkahwin lagi satu.
Hilang lelaki baik berstatus tunang pun hati wanita boleh menangissssss, apatah lagi jika hilang lelaki baik berstatus suami, hati wanita lebih-lebih lagi akan menangissssss. Kalau hilang betul-betul, lagilah menangisssss.
Ditambah pula DF bercerita kisahnya dengan isteri kedua adalah ibarat Rasulullah dan Khadijah… Tak boleh macam tu, perkahwinan isteri kedua takkan boleh jadi kisah Rasulullah-Khadijah walaupun faktor usia, lokasi di Makkah, bla bla bla, kerana perumpamaan Khadijah itu selayaknya disandarkan pada wanita pertama yang dinikahi, bukan pada wanita-wanita yang dinikahi selepas itu, walau se-sweet mana pun kisahmu.
Apatah lagi ungkapan itu disebut dalam keadaan isteri pertama masih bergelar isteri yang sah, dan tidak mati, sudah pasti hatinya diterlukai, walaupun sang suami tidak berniat nak melukai.
Lebih-lebih lagi pernikahan kedua adalah sekadar diberitahu kepada isteri pertama, tidak disahkan mendapat izin isteri pertama, hal ini juga penting untuk difikirkan, iaitu;
Benar, dalam Islam, suami nak buat sesuatu termasuk nak berpoligami tak perlu ada izin daripada isteri pertama. TETAPI TIDAK BERMAKSUD kita sebagai suami/lelaki perlu buat juga tanpa izin tu.
Maksudnya, disebabkan tidak/belum dapat izin, tak perlulah buat atau janganlah buat pada waktu itu, tunggulah dapat izin terlebih dahulu, barulah buat.
Sebab apa?
Sebab pertama, pasangan suami isteri yang saling berbincang, dapat persetujuan dan izin sesama mereka sebelum buat sesuatu perkara itu mempunyai keluarga yang lebih harmoni. Tak kisahlah dalam hal kecil atau pun besar, bincang je.
Sebab kedua, janganlah jadikan ‘perangai’ tak perlu minta izin isteri sebagai budaya. Isteri itu perlu jadi sahabat baik, teman seperjuangan, partner, soulmate, dan seumpamanya bagi suami mengemudi rumahtangga, isteri BUKAN orang gaji, bukan patung atau tunggul dalam rumahtangga. Bincanglah dengan isteri, dapatkan persetujuan dan sebagainya, barulah buat sesuatu.
Nikah dengan seorang lagi wanita supaya menjadi madu kepada isteri pertama, hal ni hal kecil ke? Hal besar, bang oi.
Sebab ketiga, DF ni kan ustaz atau pendakwah selebriti yang dikenali, berpengaruh, jadi ikon dan seumpamanya. Out of everything in the world, janganlah sebut seolah-olah nak didik atau ajar lelaki-lelaki seluruh dunia ini perkara tak perlu minta izin isteri untuk berpoligami.
Sebaiknya didiklah para lelaki dan suami supaya berbincang elok-elok dan dapatkan persetujuan isteri apabila lelaki/suami mahu berpoligami, barulah betul.
Kita tak mahu para suami semua ambil pendekatan tak minta persetujuan isteri apabila nak berpoligami, atas alasan mengikut kisah DF. Sedangkan sebenarnya poligami itu sunnah, menjaga hati isteri juga adalah sunnah. Benda boleh ajar cara lebih baik buat apa ajar cara kurang baik….
Sebab apa? Saya ulang, sebab hati wanita itu halus, tetapi hati wanita bergelar isteri itu lebih halus.
Saya nak pesan, kepada diri saya terutamanya dan secara umumnya kepada semua lelaki bergelar suami, janganlah terlalu rapat atau terlalu baik atau melayan wanita-wanita lain.
Tak perlu nak berlebih-lebih rapat atau baik, ambil berat, atau seumpamanya dengan wanita lain, tak kisahlah anak dara, isteri orang, balu atau janda sekalipun, ingatlah status kita adalah bukan mahram. Haram melayan, tahu?
Kalau diajak nikah oleh mana-mana wanita dalam keadaan kita berstatus suami orang, buat tak tahu je dan janganlah layan lebih-lebih. Tak kisahlah di lindungan Kaabah ke, lindungan apa ke. Apabila kita tak melayan, hidup kita pun akan lebih tenang.
Jodoh itu adalah apabila kita tak layan tetapi Allah tetap pertemukan.
Kalau kita memang layan dan akhirnya bernikah, itu memang jodoh juga tetapi kita yang layankan. Tak sama dengan situasi pertama (tak layan). Jangan jadikan jodoh sebagai alasan kerana dua situasi ini tak sama bandingan.
Bahkan kita sebagai lelaki bergelar suami, kalau terbit perasaan nak bernikah lagi secara poligami, ada baiknya jangan melayan perasaan itu walaupun sekadar perasaan atau rasa-rasa…
Panjaaaaang lagi saya nak tulis, tetapi rasa macam tak mahu tulis lagi. Biarlah tamat di sini, dengan satu tambahan pesanan penting ini, iaitu;
Wanita pun perlu ingat, tak kisahlah kita ini anak dara, atau balu atau janda, atau lebih-lebih jika kita ini isteri orang, janganlah layan atau rapat atau goda atau seumpamanya dengan lelaki berstatus suami orang. JANGAN!
Dah tahu dia tu suami orang, janganlah layan.
Dah tahu dia tu suami orang, janganlah mesej dia, sembang hal-hal tak berkaitan, dan seumpamanya. Perlu selalu ingat, dia itu suami orang.
Dah tahu dia tu suami orang, janganlah sembang ke arah perkahwinan dan janganlah ajak nikah.
Dah tahu dia tu suami orang, kalau dia ajak nikah pun janganlah melayan.
Jika benar jodoh, tak layan pun Allah akan pertemukan. Poin pentingnya adalah jangan melayan.
Sebab apa wanita tak boleh melayan lelaki berstatus suami orang? SEBAB HATI WANITA ADALAH HALUS, HATI WANITA BERGELAR ISTERI ITU LEBIH HALUS.
Tulisan saya ini sekadar luahan dan perkongsian,
Asbab kisah DF untuk diikuti sebagai teladan,
Dan dicegah atau dijauhi sebagai sempadan,
Kerana setiap kejadian ada hikmah yang Allah SWT izinkan.
Hati wanita adalah halus,
Sebab itulah lelaki perlu tulus,
Hati wanita bergelar isteri adalah lebih halus,
Sebab itulah lelaki bergelar suami perlu lebih tulus.
#KisahMasyarakat #JihadDrSyahr #SayaBukanSuamiSempurna #JagaKitaPunya #MaafPanjang 02/12/2019
Kredit : Syahr Musafir
Isteri Kita Bukan Pemalas, Cuma Janganlah Bebaninya 24 Jam

Akhir-akhir ini sering kedengaran ustaz-ustaz popular yang mengatakan bahawa isteri tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab di rumah melainkan bersolek dan mengandungkan anak, tugas kerja rumah ditanggung oleh suami dan bukan isteri, alasannya tiada dalil yang menyatakan bahawa isteri bertanggungjawab untuk membuat kerja-kerja rumah.
Tiadanya dalil (nas) secara spesifik atas sesuatu perkara tidak bermakna sesuatu perkara itu boleh ditolak, kerana para ulama’ juga menggunakan dalil akal, uruf, selain daripada nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Tidaklah munasabah, bertentangan dengan common sense, isteri duduk diam tanpa apa-apa kerja di rumah sedang suami bertungkus lumus mencari nafkah di luar dan bila balik pula suami juga perlu menyiapkan makanan, menyuci pakaian, jika tidak mampu maka suami perlu menyediakan khadam bagi isterinya. Pandangan ini adalah pandangan yang ekstrim, melampau, kerana terlalu literal dan tidak menggunakan akal fikiran dalam memahami ajaran Islam. Uruf juga menuntut agar isteri melakukan kerja-kerja rumah sebagai usaha meringankan beban suami di luar, jika isteri tidak melaksanakan tanggungjawabnya maka ia akan menggundang kemarahan suami, dan mentaati suami adalah suatu kewajipan dalam Islam.
Sememangnya Rasulullah saw membasuh pakaiannya sendiri, menguli roti yang dimakannya, tetapi itu adalah untuk meringankan beban isterinya, dan kemuliaan peribadinya yang tidak suka menyusahkan orang lain. Ia tidak sama sekali bermakna isteri tidak memiliki apa-apa tugas di rumah. Mengapa tidak diambil kisah Siti Fatimah puteri Rasulullah yang mengadu sakit-sakit badan kerana banyak kerja rumah yang dilakukannya seraya meminta kepada Rasulullah agar diberikan seorang khadam, namun jawapan Rasulullah malah menyuruh Fatimah ra agar bersabar dan membanyakkan berzikir agar semua kepenatan itu diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.
Sememangnya pandangan bahawa isteri tidak bertanggungjawab terhadap kerja-kerja di rumah akan diminati oleh ramai orang, khususnya apabila terdapat sebahagian kaum wanita yang diperhambakan di rumah oleh sebahagian suami, namun kedua-dua pandangan sama ada yang memperhambakan mahupun yang mentuankan isteri adalah pandangan yang ekstrim, kerana kedua-duanya akan menyebabkan ketidakharmonian dan keruntuhan institusi keluarga. Keharmonian institusi keluarga bergantung kepada keadilan, di mana setiap individu mengetahui dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Perlu adanya kesalingan, jika suami bekerja di luar maka isteri bekerja di rumah, jika dua-dua di luar maka perlu ada mekanisme agar kerja di rumah diringankan.
Islam adalah agama yang adil, ia tidak mendiskriminasikan dan menzalimi mana-mana pihak, tetapi meletakkan setiap orang di tempatnya masing-masing demi kebaikan bersama.
Ustaz Dr Khalif Muammar