Hikmah Menahan Pandangan Bagi sesiapa yang memelihara pandangannya, maka Allah akan membalasnya dengan kemanisan dalam amal ibadat mereka. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Abu Umamah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidaklah seseorang Muslim melihat kecantikan seorang wanita, kemudian dia menundukkan pandangannya, melainkan Allah akan menggantikannya dengan kemanisan dalam beribadah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Jaga Pandangan, Barulah Awak Nampak Mahal

Hal yang sama juga dinyatakan oleh Abdullah b Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya pandangan itu adalah salah satu daripada panah Iblis yang beracun. Barang sesiapa meninggalkannya kerana takut kepada-Ku, nescaya Aku akan menggantikannya dengan manisnya keimanan yang dapat dia rasakan di dalam hatinya.” (Hadis riwayat at-Tabrani). Allah memerintahkan hamba-Nya memelihara pandangan daripada perkara yang haram kerana dengan pandangan manusia akan terjerumus kepada kemaksiatan kemaluan.

Bermula dengan pandang memandang yang dilarang itu, seseorang itu pula mahu berbicara atau mendengar suara seseorang. Apabila suka menyukai di antara dua insan, tidak mustahil mereka akan bertemu dan melakukan maksiat yang akhirnya terjebak kepada perzinaan. Keadaan ini dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Setiap anak Adam ditulis baginya bahagian daripada zina. Ia pasti melakukannya tanpa boleh menghindari, zina mata adalah memandang, zina lisan adalah berbicara, zina telinga adalah mendengar, zina tangan adalah menggunakannya, zina kaki adalah melangkah, jiwa berharap dan berhasrat, kemaluanlah yang membenar atau mendustakannya.” (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari).

Oleh itu, setiap Muslim hendaklah memelihara anggotanya supaya jangan sampai terdedah kepada kemaksiatan yang boleh mengheret kepada perzinaan. Mereka yang berjaya memelihara setiap anggota daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah dan mengarahkannya kepada perkara yang disuruh oleh Allah adalah orang yang bertakwa kepada-Nya. Imam al-Ghazali menegaskan orang bertakwa itu ialah mereka yang melaksanakan kebaikan dan menjauhkan kemungkaran anggota tubuh badan. Justeru, umat Islam perlu menggunakan anggota mereka sebaik mungkin sebagai menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah di atas anugerah yang tidak ternilai itu.

Jaga Pandangan, Barulah Awak Nampak Mahal

MANFAATKAN PANDANGAN

Bagi mereka yang diberikan sifat yang sempurna oleh Allah, perlu membuat perbandingan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Ia untuk menilai pemberian Allah ke atas mereka dengan melihat orang yang bisu, pekak, buta dan seumpama yang tidak diberi oleh Allah kesempurnaan pancaindera berbanding dirinya. Dengan itu mereka dapat menjaga serta menggunakan anugerah anggota dan pancaindera itu sebaik mungkin. Mereka yang menjaga dan menggunakan anggota dan pancaindera dengan baik, Rasulullah SAW menjamin tempatnya di syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Barang sesiapa menjamin bagiku di antara dua janggutnya (mulutnya) dan dua kakinya (kemaluan), nescaya aku menjamin untuknya syurga.” (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari)
Jaga Pandangan, Barulah Awak Nampak Mahal

IKLAN

MATA JANGAN MELIAR

Adalah tidak digalakkan seseorang itu berjalan dengan matanya meliar. Lelaki dan perempuan yang menundukkan pandangan nampak bersopan dan beradab dari segi moralnya. Itulah akhlak yang sangat-sangat dituntut dalam setiap muslimin dan muslimat. Kuasai Nafsu Dengan Iman dan Akalmu Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.

ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها

IKLAN

Ertinya: "Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah SWT akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya."(Riwayat Ahmad & At-Tabrani)

IKLAN

Juga disebut dalam sebuah athar
: النظر سهم مسموم من سهام إبليس
Ertinya"Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis." ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7) Malah ia juga bakal merosakkan hati :- كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله Ertinya: "Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah SWT." ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)

Memandangkan betapa pentingnya mata kepada setiap insan maka setiap orang yang mempunyai mata yang sempurna – tidak buta dan tidak rabun, hendaklah menggunakan nikmat mata yang dikurniakan Allah itu dengan sebaik-baiknya. Gunakanlah mata untuk melihat kecantikan alam ciptaan Allah SWT ini mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Elakkan diri dari melihat perkara-perkara yang ditegah oleh syariat. Sesungguhnya Allah amat mengetahui akan setiap sesuatu yang kita kerjakan. Oleh itu berikhlaslah kepada diri sendiri dalam menggunakan nikmat mata yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian kita akan diberkati dan dirahmati-Nya baik di dunia mahupun di akhirat kelak.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI