
Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan paling besar yang korang perlu lakukan seumur hidup. Ini kerana ianya merangkumi cara hidup anda buat selamanya.
Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Ianya melibatkan dua insan yang bersetuju untuk sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Termasuklah saling membantu satu sama lain ketika menjaga amanah dari Allah, iaitu anak.
Hati isteri itu lembut…
Jahat macam mana pun suaminya, dia tak pernah lupa dari menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri…
Biarpun suaminya tak reply mesej, call tak angkat, selalu balik lambat dan tak pernah dgr bila dia bercakap, dia tetap masak utk suaminya…dia tetap basuh baju suaminya…dia tetap melayani suaminya bila diminta…
Tak pernah dia lupa daripada melakukan tugas2 seorang isteri biarpun suaminya sering memarahinya, menghinanya, memaki hamun dirinya, memukulnya dan menzaliminya, namun dia tetap ada bila suami perlukannya…
Suami tak bagi duit, dia usaha cari duit…suami tak beli kelengkapan dapur, dia guna apa yg ada…suami tak sediakan mesin basuh, dia basuh menggunakan tangan…suami takde duit, dia hulurkan dgn menggadaikan apa yg ada pd dirinya…dia cari alternatif dgn menggunakan apa jua pilihan yg ada sahaja dan tidak menuntut lebih2 drpd suaminya…
Sebab hati seorang isteri itu lembut…sebab tu dia mampu bersabar…sebab tu dia mampu bertahan…sbb tu dia mampu utk terus menjadi isteri walaupun suaminya tak benar2 menjadi seorang suami seperti yg diharapkannya…
Tp ingat, lembutnya hati seorang isteri itu ada tarikh luputnya dan bila smpai waktu tersebut, dia akan tutup buku lama, buka buku baru dan nama kita mgkin tiada lagi di setiap helaian muka surat didlm buku tersebut…
Kita dah menjadi sejarah utk dirinya…sejarah yg terlalu pahit utk dikenang…
Penulisan Firdaus Syakirin
Nak Kekal Cantik, Bacalah ” Ya Badiyah,” Ya Nur, Ya Hadi , Ya Allah Dan Ayat 35 – 38 Al-Waqiah Setiap Kali Mandi

Amat penting menjaga kecantikkan serta menjaga aurat dengan baik. Dalam berfesyen atau menjaga kecantikkan haruslah mengikut syariat islam. Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan kita sebagai umat Islam. Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakan wanita sangat mementingkan kecantikan, dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga. Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita di dianjurkan agar berhias di depan suaminya.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Memang tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak mengambil berat bab kecantikan kulit, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah mencukupi. Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilan mereka sudah mencukupi.
Tanya pada diri anda:
Sejauh mana anda menekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan sihat dan muda? Adakah kita sudah cukup berhias dihadapan suami kita?
Antara beberapa amalan yang telah terbukti memberi kesan dan telah diamalkan turun temurun sejak sekian lama oleh generasi terdahulu dan ditambah dengan kaedah baru.
.
1. Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting
Walau apa pun berlaku, dan dalam situasi apa pun kita, paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.
2. Minum air suam sebaik bangun dari tidur.
Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu. Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.
Nota : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yang boleh menjadi ubat.
Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.
.
3.Mengurut wajah dari bawah dengan selawat
Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Amalkan setiap hari. Nota tambahan: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pula.
Antara zikir yang boleh diamalkan adalah:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
Baca ” Ya Badiyah ” (1x)
Baca ” Ya Nur ” (1x)
Baca ” Ya Hadi ” (1x)
Baca ” Ya Allah ” (3x)
Baca surah Al-Waqiah
Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.
Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan kulit (diri) kita & untuk kebahagiaan rumahtangga kita.
.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Baca Surah Yusuf Selepas Solat Subuh
Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. Amalkan dengan jujur dan ikhlas.
Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.
4.Berdoa setiap kali melihat cermin
Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara.
Doanya begini:
“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”
Jangan terlalu obses dengan produk luar yang belum tentu baik untuk kulit wajah kita. Sebaiknya amalkan surah-surah yang dikhaskan untuk menjaga kulit kita.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Dapat Mak Mentua Yang Baik Juga Satu Rezeki Dan Rahmat Dari Allah

Antara ragam ibu mertua ini, ada ibu mertua yang suka berleter, mengawal, cerewet dan sebagainya. Ada juga ibu mertua yang suka minta menantu bawanya ke sana sini, ke hulu dan ke hilir dah macam driver peribadi. Ragam ibu mertua seperti inilah yang kadangkala menjadi penyebab kepada kehancuran rumahtangga anak menantu sendiri.
Ragam Ibu Mertua Yang Mencabar Untuk Menantu Hadapi
Di sini akan dikongsikan antara berbagai ragam ibu mertua yang agak mencabar untuk para menantu. Bukan niat untuk umpat keji tetapi sekadar untuk beri peringatan supaya para menantu menjadi lebih bersedia tertutama dari segi mental. Selalunya ragam ibu mertua ini berbeza mengikut usia dan tugas menantu adalah untuk faham dan cuba berbaik-baik.
Ibu Mertua Yang Kepoh
Bila dapat ibu mertua suka membebel memang letih rasanya, semua benda dia ajar dan kawal. Hal rumah tangga termasuk wang perbelanjaan semua dia nak sibuk. Rasa macam terkongkong!
Anda patut atasi masalah ini dengan berkata ‘ya’ atau angguk je untuk mengelakkan sebarang masalah yang lebih besar. Angguk bukan bermakna anda setuju, cuma tdak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Jangan terlalu berusaha untuk mengembirakan hatinya, kerana ianya tidak akan berkesudahan dan membuat anda lebih kecewa sahaja.
.
Ibu Mertua Yang Suka Mengawal
Kebanyakan ibu mertua suka membebel dan mengawal. Sifatnya yang suka mengawal membuatkan anak menantu naik rimas. Dia seperti tidak boleh lepas tangan dalam urusan rumah tangga anda.Terutama dalam masalah kewangan, walaupun ibu mertua berniat baik untuk membantu tapi lebih baik jika anda terus berdikari dengan tidak terlalu bergantung padanya.
Walapun ia boleh mengurangkan beban anda jika dia ingin membantu dalam bayaran duit muka kereta atau rumah, tapi ia mungkin akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Mungkin juga boleh berlaku adegan ungkit-mengungkit dan sebagainya.
Begitu juga dalam urusan bab menjaga cucu. Pada permulaannya mungkin dia lakukan dengan rela hati tapi lama-lama mungkin dia akan rasa penat dan menyalahkan anda pula.
Ibu Mertua Yang Suka Sangat Minta Wang
Ini pula sikap sesetengah ibu mertua yang suka membebel sebab tak cukup duit. Bila rasa tak cukup tempat untuk selalu meminta wang adalah dari anaknya. Memang menjadi tanggungjawab anak lelaki untuk tetap menjaga ibu bapanya walau sudah berkahwin, tetapi jangan pula sampai mengabaikan nafkah yang lebih utama untuk isteri dan anak-anak. Bila dapat ibu mertua seperti ini memang rumit sebabnya mereka tidak mahu memahami dan hanya pentingkan dirinya sahaja. Jadi anda perlu banyak bersabar, dan ingatkan suami supaya sentiasa berlaku adil terhadap anda dan ibunya. Dan anda juga perlu tabahkan hati untuk tahan telinga mendengar leterannya setiap kali.
.
Ibu Mertua Yang Suka Membebel
Orang tua-tua dan membebel memang tak dapat dipisahkan. Kadang-kadang hal kecik pun dia suka membebel dan tidak mengikut situasi. Apa yang perlu anda buat adalah bertenang dan cuba untuk mengelak atau cuba tukar topik lain. Cuba beri alasan untuk keluar atau buat kerja. Kadang-kadang mereka suka membebel sebab mereka stress.
Ibu Mertua Yang Suka Berleter Pada Cucu
Ada pula ibu mertua yang suka membebel soal cucu-cucunya. Malah ada juga yang suka membandingkan anak anda dari segi pelajaran, rupa paras atau sebagainya dengan cucu-cucunya yang lain. Tentunya selaku seorang ibu anda akan terasa hati apabila ada orang bercakap yang tidak baik pada anak sendiri meskipun itu adalah ibu mertua anda sendiri.
Tak mengapalah, jangan cepat salah paham kerana kadang-kadang marah itu tandanya sayang. Mungkin ibu mertua anda membebel itu sebab risaukan cucu-cucunya. Mungkin juga kerana dia agak prihatin hingga nampak benda yang anda sendiri kadang-kadang tak perasan. Anda perlu pandai kawal situasi ini agar tidak terlalu emosi.
KREDIT : BIDADARI.MY
Suami Yang Tolong Isteri Buat Kerja Rumah Nampak Lagi Macho

Terdapat banyak tips dan kaedah yang ada untuk mengecapi bahagia dalam berumah tangga. Terserah kepada individu sendiri sama ada mahu mengamalkannya atau tidak.
Antara kaedah yang berkesan adalah pasangan suami isteri bersama-sama dalam mengurus rumah tangga bukannya mengharapkan sebelah pihak sahaja dengan memberi pelbagai alasan.

Setiap pasangan memiliki teman hidup yang berbeza perangai dan sifatnya. Bagi wanita, memiliki suaminya yang rajin membantu merupakan satu keberuntungan dalam berumah tangga. Jikalau memiliki suami yang agak tidak memberi kerjasama, pastinya sangat menguji kesabaran dan boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini jika tidak ditangani dengan cara yang betul.
Bagaimanapun, sebagai pasangan yang telah berkahwin, seharusnya kita sentiasa memiliki sifat toleransi terhadap pasangan dan sentiasa membantu dan bersama-sama menguruskan rumah tangga bagi mengecapi bahagia berkeluarga.
Menurut coretan dari Mohd Fhais di laman facebooknya, ini lima jenis alasan yang tidak boleh digunakan para suami jika sang isteri meminta bantuan. Jangan biarkan isteri anda kepenatan kerja seorang diri dengan memberi alasan remeh sebegini.
Tak Tahu
“Abg tak tahu tukar pampers, sayang buat lah.”
Tak tahu atau buat buat tak tahu adalah alasan paling biasa kita dengar. Ini cara senang nak bagi tahu yang kita malas dan tak berusaha.
Buat je dulu, alasan kemudian. Walaupun gagal sekurangnya boleh jadi teladan pada anak-anak.
Tak Pandai
“Abg mana pandai buat kerja rumah, abg bukan orang rumah.”
Tiada manusia yang lahir terus pandai buat kerja rumah, ada je orang rumah yang tak buat kerja rumah.
Tak pandai boleh belajar tapi kalau tak belajar tiada siapa boleh bantu walaupun seorang jutawan rumah.
Tak Yakin
“Abg tak yakin nak mandikan anak baru lahir, tangan abg kasar nanti patah tulang anak kita.”
Keyakinan tak boleh di beli di supermarket, keyakinan juga tidak boleh di warisi dari ibu bapa.
Tetapi keyakinan perlu di bentuk dari latihan dan tindakan.
Tak Boleh
“Abg tak boleh nak jaga anak seorang diri.”
Percayalah, jika isteri kita boleh mengandungkan anak 9 bulan 10 hari seorang diri, lelaki pasti boleh jaga anak paling kurang pun untuk 9 hari.
Tak Pernah
“Abg tak pernah buat susu sebelum ni, dekat universiti tak pernah ajar pun.”
Universiti tempat menimba ilmu dan tempat melahirkan golongan berilmu.
Rumah pula tempat kita mencurah bakti dengan mempraktikkan ilmu yang kita pelajari dari pengalaman, universiti mahupun dari kedai mamak.
Kadang-kadang bukan isteri tak boleh baca yang suami ni sebenarnya malas, dan banyak bagi alasan. Walaupun dah tahu mereka tetap suruh suami buat kerja rumah.

Sebabnya mereka tak pernah berhenti BERHARAP yang satu hari nanti suami dia akan berubah.Percayalah tiada kerja di dunia ini yang lelaki tak boleh buat kecuali kerja Tuhan.