
Berita baik buat anda yang ingin bernikah selepas ini, JAIS telah membenarkan anda bernikah secara fizikal bermula Isnin ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk membenarkan semula majlis akad nikah dilakukan secara fizikal di negeri ini berkuat kuasa Isnin depan dengan syarat-syarat tertentu. Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata majlis akad nikah itu hanya boleh diadakan di masjid atau di pejabat agama Islam daerah dalam kes tertentu yang dibenarkan oleh pendaftar kanan.
"Kehadiran bagi majlis ini juga dihadkan kepada hanya 15 orang iaitu masing-masing tujuh wakil pihak lelaki dan lapan wakil daripada pihak perempuan selain daripada pengantin lelaki, pengantin perempuan dan dua saksi. "Semua individu yang hadir pada majlis akad nikah mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan JAIS. Justeru, pelaksanaan akad nikah menerusi sidang video seperti sebelum ini adalah dihentikan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semua Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) perlu membantu serta memudahkan urusan permohonan perkahwinan seperti termaktub di bawah Seksyen 7 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, katanya.Orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai perkara itu boleh menghubungi Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS dengan menelefon 03-55143479.
Sebelum ini, JAIS hanya membenarkan majlis akad nikah dilakukan melalui sidang video bermula 20 April lepas, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
— BERNAMA
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES
Ibu Ayah Janganlah Didik Anak Terlalu Kasar, Nanti Dewasa Mereka Akan Ingat Sampai Bila-Bila

Selalu kita dengar, bila nampak seseorang anak itu nakal kelakuannya, orang akan kata, “Haaa.. mak bapak dia tak ajar la tu. Apa nak jadi la budak tu. Dah besar nanti mesti jahat”. Agak keras bunyinya bukan? Bagaimana kalau anak itu adalah anak kita sendiri?
Tentu sungguh meruntun jiwa. Kadang-kadang bukan kita tidak ajar anak kita, cuma anak itu terpengaruh dengan kawan-kawan yang lain. Apa salahnya datang hampir pada anak nakal itu dan berikan sedikit nasihat? Bimbang jika tiada siapa peduli, mereka akan jadi lebih teruk lagi.
Jadi apakah sepatutnya yang ibu-bapa lakukan? Mengambil serba sedikit dari sumber ini, mari kita lihat tips dan panduan mendidik anak,
4 TAHAP MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULLULLAH S.A.W
1) Umur anak-anak 0-6 tahun.
Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
2) Umur anak-anak 7-14 tahun.
Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka.
Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3) Umur anak-anak 15- 21 tahun.
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka.
Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.
Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
4) Umur anak 21 tahun dan ke atas.
Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul.
Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
Sesungguhnya anak, merupakan amanah..semoga kita semua dapat memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan bijaksana…
Credit: Ustaz Ahmad Dusuki
Bila Bergelar Suami, Lelaki Akan Menjadi Ayah, Inilah 9 Perkara Disembunyikan Ayah Kita Dari Anak-Anak

Berikut adalah beberapa perkara yang tak pernah ayah beritahu kita, walaupun mereka dalam keadaan susah sekalipun.

1. AYAH TAK CUKUP DUIT
Setiap bulan, mereka akan memikirkan keperluan rumah, keperluan dapur, anak-anak, isteri, dan akhir sekali barulah keperluan mereka. Kita mungkin tak tahu, dalam poket ayah cuma ada RM10 sewaktu kita telefon minta wang semasa di universiti.
Bila awal bulan, memang seronok dapat gaji. Tapi bila ditolak-tolak kesemuanya, semua harapan untuk membeli apa saja kemahuan mereka terpaksa ditunda lagi. Hinggalah mereka melupakan terus hasrat tersebut sampai ke hari ini.
2. AYAH KECEWA BILA TAK DAPAT BELIKAN MAINAN YANG KITA MINTA
Ayah mahu gembirakan kita. Kalau boleh, satu kedai mainan mahu diberikan kepada kita. Tapi tentulah ada masanya dia perlu mendidik kita.
Ada masanya pula, kewangan tak mengizinkan. Ayah rasa bersalah sangat bila tak dapat bawa balik mainan yang diminta oleh kita adik-beradik. Kalau dapat duit lebih, benda itulah yang pertama sekali ayah nak beli. Bukan barang lain.
3. AYAH MAHU DEKAT DENGAN KITA
Ayah mungkin nampak kekok apabila berbual dengan kita. Tapi sebenarnya mereka mahu hadir dalam hati kita. Kalau boleh, mereka mahu menghentikan masa supaya mereka dapat sentiasa ada dengan anak-anak dan melihat semua seperti apa yang dilihat oleh mata ibu – langkah pertama kita, perkataan pertama kita, dan berkongsi detik gembira dengan kita.
4. AYAH DAH CUBA SEHABIS BAIK UNTUK KELUARGA
Kita mungkin tak perasan, ayah buat ‘overtime’ sebab mahu cukupkan belanja rumah atau beli barang yang kita asyik sebutkan. Walaupun mereka sibuk bekerja, percayalah dalam hati mereka kerja tersebut adalah diniatkan untuk mencukupkan keperluan keluarga, termasuklah kita.
Tapi sebagai manusia, ayah juga pernah tersalah langkah. Mungkin ia menyebabkan kita berdendam, terutamanya kalau ada janji mereka yang tidak ditepati. Entah kenapa, kita rasa ayah tak boleh buat silap. Sedangkan, mereka dah cuba sedaya-upaya, tapi segala ketentuan bukanlah di tangan mereka. Kalau kita sedih, apatah lagi mereka.
5. AYAH PENAT
Ayah penat. Kadang-kadang ayah sibuk ambil dan hantar anak ke sekolah sampai lupa makan tengahari. Ayah jamah saja apa yang sempat. Masalah ayah, kita tak jarang tanya. Sebab kalau tanya pun, mesti ayah kata tak ada. Lama-lama, kita pun lupa nak tanya lagi.
Bagaimana ayah dapat lakukan rutin ini setiap hari, itu rahsia dia. Dengan kudrat itulah ayah membesarkan kita hingga hari ini. Ya, hari ini. Walaupun kita dah kahwin dan berkeluarga, ayah masih tanya sama ada kita cukup makan pakai.
6. AYAH MAHU KITA JADI LEBIH BAIK BERBANDING DIRINYA
Bila dah dewasa dan bekerja, baru kita tahu tekanan itu datang dari mana. Tapi seingat kita, ayah selalu nampak tenang dan ayah tak pernah mengeluh. Ayah hebat. Tapi, dia tak mahu kita jadi seperti mereka. Dia mahu kita jadi lebih baik berbanding dirinya.
7. AYAH MAHU KITA BOLEH HIDUP TANPANYA SUATU HARI NANTI
Apa yang ayah larang selama ini ada sebabnya yang tersendiri. Apa yang ayah suruh buat pun samalah juga. Pokok pangkalnya, dia mahu kita boleh berdikari. Mereka tahu kita perlu hidup tanpa mereka satu hari nanti.
Jadi, diharapkan ilmu dan didikan yang diberikan kepada kita dapat menjadikan kita berfikir. Mungkin kita tak faham pada waktu itu, tapi kita akan faham nanti. Apa yang kita nak kata, katalah. Ayah tak risau tanggapan kita walaupun ada masanya dia berkecil hati.
Sebenarnya, bukan dia tak peduli perasaan kita. Tapi ayah berpandangan jauh dan cuba menunaikan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.
8. AYAH TAK MENYESAL KORBANKAN SEMUANYA UNTUK KITA
Apabila ayah semakin tua, ayah lega tengok anak-anak berjaya. Tapi sebenarnya, yang kurang menyerlah pun, ayah sayang juga. Tak ada lebih, tak ada kurang. Kita saja yang menuduh ayah yang bukan-bukan.
Apa pun, ayah tak jemu mendoakan kita setiap hari untuk menampung kekurangan mereka terhadap kita. Ayah tak pernah menyesal berkorban untuk kita walaupun ada masanya kita tidak menjadi seperti apa yang mereka harapkan.
Tiada kata yang dapat menerangkan bagaimana ayah menyayangi kita. Mereka tak pandai menyusun ayat, mereka tak pandai meyakinkan kita melalui kata-kata. Hanya Tuhan yang mampu menilai semua pengorbanan ayah terhadap kita.
ITULAH PENGORBANAN AYAH!
Kadang-kadang kita memang tak nampak semua perkara ini hinggalah kita dewasa. Begitu banyak beban dan pengorbanan ayah tidak mungkin terucap dengan kata-kata kerana cintanya terhadap kita. Jadi, hargailah ayah kita walau apa pun sejarah kita dengan mereka. Ayah tidak pernah meminta masa yang lebih….tapi hanya sekelumit masa bersamanya dah cukup…
Mungkin Jodoh Anda Dan Si Dia Semakin Dekat Jika ada 4 Petanda Ini!

Banyak sebenarnya cara jodoh datang, tidak kira cepat atau lambat jika sudah tiba masa anda mendirikan rumah tangga ia pasti akan berlaku.
Namun, bagaimana kita ingin mengetahui bahawa jodoh kita semakin hampir? Adakah melalui mimpi atau petunjuk? Jom kita lihat apa tanda-tandanya.
1. Saling memaafkan
Anda mungkin seorang yang ego dan panas baran, tetapi apabila bersama si dia segalanya dipermudahkan. Anda mudah memaafnya begitu juga dengan dirinya.
2. Selalu bekerjasama dalam segala hal
Bila anda berkeras mahukan atau ingin mencapai sesuatu dia datang untuk menyokong dan memberi kata-kata semangat untuk anda. Anda akan lebih memberikan motivasi bukan sahaja pada diri sendiri malah kepadanya juga dalam pelbagai perkara.
3. Hati yang mantap
Hati manusia mudah berbolak-balik tetapi apabila anda bersama si dia, perasaan gelisah itu hilang dan tenang kerana anda fikir dia lah yang terbaik.
4. Ketenangan jiwa
Bila anda bersama si dia perasaan anda akan merasa tenang sahaja. Kerana dia membuatkan anda selesa dengan dirinya. Selain itu, si dia sering mengajak anda untuk melakukan perkara yang bermanfaat dabn berfaedah.