Satu perkongsian status hos dan pelakon, Irma Hasmie menarik perhatian orang ramai sehingga mencetuskan persoalan tentang hubungan perkahwinannya.
“Jangan ajari seorang isteri sabar. Kerana dia pernah digunting, dipotong dan dijahit hidup-hidup untuk memberimu gelaran seorang ayah”.
“Jangan Ajari Seorang Isteri Sabar”, Tulisan Irma Hasmie Jadi Tanda Tanya
Biarpun tidak menyatakan ungkapan tersebut ditujukan kepada sesiapa, hantaran dalam Instagram itu membuatkan ada pengikut menebak, adakah rumah tangganya sedang berdepan gelombang.
Tidak kurang yang menganggap perkara diluahkan hanya peringatan kepada golongan suami supaya lebih menghargai para isteri dan wanita yang melahirkan zuriat mereka.
Pihak yang melihat dari sudut positif meminta ibu kepada dua cahaya mata itu terus bersabar, manakala segelintir pemerhati lain menangkis tanggapan hanya isteri sahaja berkorban demi zuriat.
Ads
Minta Maaf Atas Kekurangan Diri
Irma dalam balasan komen memohon maaf andai dirinya terkhilaf dan meminta didoakan agar terus dilimpahkan kesabaran.
“Minta maaf semua, kebaikan itu datang daripada Allah dan keburukan adalah daripada saya sendiri,” katanya.
Ads
Tanpa memberi penjelasan lebih lanjut, pelakon Cinta Fotokopi itu hanya memaklumkan selama ini dia sudah cuba berpegang kepada kesabaran.
“Alhamdulillah, memang sabar itu kugenggam semampunya. Mohon doa sahabat-sahabat syurga,” tulisnya lagi.
Menjengah lagi ke ruangan komen netizen meminta lelaki bergelar suami supaya lebih menghargai suri hidup mereka.
“Hanya isteri saja yang tahu maksud ayat ini. Wahai suami hargailah seorang isteri yang Allah telah amanahkan untukmu sementara.
Ads
“Jaga dia baik-baik. Pengorbanan seorang isteri, ibu, tiada kata boleh digambarkan betapa kuat dan sabarnya mereka,” tulis seorang netizen.
Seorang pemilik akaun lain pula bersetuju dengan frasa dizahirkan Irma dengan mengatakan dirinya juga masih memilih jalan penyelesaian.
“Betul. Ini pun (saya) dalam fasa nak melangkah atau bertahan. Sebab penat nak bersabar,” tulis seorang pengikut.
Sekadar info, Irma sebelum ini mendirikan perkahwinan dengan Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang juga ahli perniagaan pada 2012 dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 10 dan sembilan tahun.
Merujuk Instagram miliknya, gambar suaminya juga sudah dipadam. Rapi mendoakan moga hubungan Irma dan suaminya baik-baik sahaja dan jika ‘keruh’, akan tiba suatu saatnya kembali jernih.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas beberapa lama tidak mempunyai sultanah sendiri, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini.
Krediti: @koleksi_sultanmuhammadv
Secara rasminya, perlantikan itu membawa kepada gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, yang dinamakan di dalam bahasa Inggeris sebagai “Her Highness Sultanah of Kelantan”.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan tersebut di Istana Balai Besar yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.
“Pengisytiharan ini dilakukan menurut Fasal (!) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) bagi pemakluman kepada negeri dan rakyat amnya.”
Krediti: @koleksi_sultanmuhammadv
Dalam pengisytiharan yang sama, baginda juga memperkenankan Che Puan Louise Johansson Petra iaitu isteri Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan dengan kuat kuasa hari ini.
Kredit foto: Instagram Koleksi_Sultan Muhammad V
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berkongsi soal rumah tangga, penyanyi Shila Amzah berpendapat hidup seseorang individu khususnya wanita bergelar isteri akan musnah kalau salah pilih suami dan keluarga mentua.
Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, lebih teruk sekiranya wanita tersebut bersuami dan bermentuakan mereka memberi layanan buruk selepas berkahwin.
Shila Amzah Kongsi Pandangan
“Sedihnya kalau tersalah pilih suami dan keluarga mentua.
“Memang hancur hidup. Semoga diberikan kekuatan kepada individu ini,” katanya dalam platform X.
Pelantun lagu Memori Tercipta itu memberi reaksi sedemikian selepas membaca dan mengulang siar luahan hati seorang wanita yang sering dihina oleh keluarga mentua selain menyesal kerana mengahwini seorang suami tidak bertanggungjawab.
Antara luahan yang dikongsi individu tersebut ialah dilayan teruk oleh ibu mentua dan sering menyebelahi anak sendiri berbanding menantu.
“Mak mentua memang asyik menangkan anak dia yang dianggap paling baik dan elok dalam dunia. Aku selalu kena hina dan diperli mak mentua.
“Dulu arwah mak aku ada tinggalkan sedikit harta tetapi habis semua suami aku pinjam dan tidak pulangkan. Barangan kemas aku semua dia jual,” luah individu tersebut.
Jadi buat anda di luar sana yang masih mencari pasangan hidup, carilah jodoh yang baik dan keluarga yang boleh terima anda seadanya. Inshaa Allah akan bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hak penjagaan anak, ini perkara paling risau apabila berlakunya penceraian. Nak-nak golongan ibu, pasti susah hati memikirkan nasib diri yang tidak bekerja atau tiada pendapatan.
Jadi sebenarnya betul ke ibu yang hanya merupakan seorang suri rumah atau tiada pendapatan akan hilang kelayakan untuk mendapatkan hak penjagaan anak?
Hak Penjagaan Anak
Menurut seorang peguam syarie menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Peguam Syarie Nurain, ibu yang tidak bekerja atau tidak mempunyai pendapatan tetap, tidak menjadi penghalang atau hilang kelayakan untuk mendapat hak jagaan anak.
Memetik Seksyen 83, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, Negeri Sembilan 2003, seseorang yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadhanah jika:
– Dia adalah seorang Islam
– Dia adalah sempurna akal
– Dia berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu
– Dia berkelakuan baik daripada segi akhlak Islamiah; dan
– Dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak i
Nafkah Tanggungjawab Bapa
Tambahnya, perlu diketahui juga, nafkah anak adalah tanggungjawab seorang bapa walaupun hak penjagaan anak diberikan kepada ibu.
“Ramai yang menyangka bahawa isu nafkah dan kewangan menjadi isu utama dalam menentukan siapa yang berhak bagi mendapatkan hak jagaan anak (hadhanah), akan tetapi ramai yang lupa tentang isu kebajikan dalam menjaga, memberikan kasih sayang dan perhatian kepada anak juga adalah penting.
“Namun, bapa akan diberikan hak lawatan atau lawatan dan bermalam jika hak penjagaan penuh anak diberikan kepada ibu.
“Perpisahan yang terjadi adalah di antara ibu dan bapa sahaja. Hubungan atau nasab bapa dan anak adalah berkekalan selamanya dan tidak akan terputus.
“Paling penting, jangan pisahkan anak-anak dengan ibu atau bapa ya. Yang berpisah tu mak bapa, janganlah sampai anak pun terkesan dengan dendam dan ego masing-masing,” akhirinya.