Masih ramai yang bergambar berduan dengan lelaki tanpa rasa segan, konon sebab rakan sekerja tetapi jika selalu sangat boleh timbulnya fitnah.
Bukan tak boleh langsung tetapi elakkan sebaik mungkin untuk kebaikan hubungan. Nak faham lebih tentang isu ini, jemput baca perkongsian daripada Puan Hazwani Mohd Dah
ini.
Perempuan Jangan Bergambar Berduan Dengan Lelaki
Untuk kawan-kawan perempuanku, ada satu nasihat yang tak suka didengar, tapi akak wajib pesan. Jangan bergambar berduaan dengan mana-mana lelaki. Tak perlu. Kalau atas tiket profesionalisme pun, jarakkan diri.
1. Bukan bergambar saja, naik kereta berdua, makan berdua, sesama lawan jantina adalah tidak perlu.
Ramai yang kurang ilmu dan sensitiviti, asal baju warna sama je, nak ambil gambar berdua2an. Asal terjumpa je, ambil gambar sebagai tanda jumpa kawan lama. Asal keluar makan je, nak kongsi sama sepinggan tanda rapatnya persahabatan macam abang dan adik.
Jangan melorongkan atau spark kemesraan selain bukan suami kita. Kononnya ukhwah. Malu adalah mahkota kita.
Ads
Macam Mana Nak Menjaga Ukhwah Dengan Lelaki
2. Ramai juga yang gunakan tiket ‘ukhwah’ dan teman tapi mesra untuk gambar berduaan & rapat begini, sebenarnya itu ialah ikhtilat.
Ustaz adnin roslan pernah cakap,
Yang rapat tak semestinya ukhwah,
Yang tak rapat, tak semestinya tak ukhwah.
Dalam ukhwah lelaki dan perempuan, Banyak batasan perlu dijaga;
1. Jaga pandangan
2. Jaga jarak
3. Tutup aurat (bukan balut aurat)
4. Bercakap bersahaja ( bukan manja dan gedik)
5. Cakap yang perlu saja.
6. Jangan berduaan
Ads
Tutup vs Balut Aurat
3. Akak juga nak berpesan kepada diri akak sendiri, hati-hati dengan pakaian kita.
Tutup aurat dan balut aurat adalah berbeza. Secantik apapun tubuh kita, ia tidak layak dibalut di hadapan lelaki ajnabi. Ketat & terbonjol, especially part dada adalah sangat mengaibkan.
4. Kita saling berpesan dan doakan each other ya. Moga kita semua jadi sahabat sampai syurga. Doakan akak juga.
Ads
5. Ya, ingatan ini untuk semua sebenarnya, termasuk lelaki.
Tapi, dalam kebanyakan kes, perempuan yang selalu over excited nak bergambar, lentok-lentok, buat mulut muncung-muncung dan minta bergambar dengan lelaki.
Tak dinafikan lelaki pun ada yang begini. Kawan-kawan wanitaku, jika kita pandai jaga diri, tegas, ada pendirian, sopan, jaga batas, JANGANKAN LELAKI NAK AJAK SELFIE DENGAN KITA, nak berborak kosong pun depa segan.
Semoga bermanfaat buat anda semua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terima seadanya, Shila Amzah tak kisah pun pendapatan bakal suaminya, Ubai rendah berbanding yang dia dapat. Nampak keikhlasan pemilik nama penuh Nurshahila Amir Hamzah, 33, dia menerima tunangannya dalam hidupnya seadanya.
Kalau nak ikutkan realiti kehidupan hari ini, ramai yang bermasalah dalam rumahtangga apabila melibatkan perkataan DUIT.
Shila Amzah Tak Kisah Soal Pendapatan Tinggi Dari Ubai, Terima Seadanya
Namun berbeza pandangan Shila Amzah, tidak pernah memberikan tekanan kepada bakal suaminya yang juga pempengaruh media sosial itu untuk mendapatkan pendapatan yang setanding dengannya ketika ini.
Perbuatan mernormalisasikan perkahwinan tanpa perancangan kewangan yang baik adalah satu perkara yang tidak bertanggungjawab.
Ketidakstabilan kewangan bukanlah menjadi satu kesalahan sehingga pasangan tersebut harus dihukum untuk tidak berkahwin namun nikmatilah perkahwinan secara bersederhana mengikut kemampuan sesebuah pasangan. Kata orang, ukur baju di badan sendiri!
Berbahas soal ini, penyanyi, Shila Amzah meluahkan bahawa dia tidak pernah melihat ketidakseimbangan pendapatan bulanan antara dia dan tunang, Ubai MZ sebagai satu masalah besar dalam perhubungan.
“Sejujurnya Ubai memang agak tertekan mengenai hal tersebut tetapi saya cakap supaya dia usaha dan doa. Kasihan dia baru berusia 25 tahun tetapi perlu pecut untuk sama kedudukan.
“Kalau dia mahu capai sama seperti saya seperti sekarang, memang tidak mungkin. Cukup dia dapat selesaikan urusan nafkah dan semua yang patut termasuk insurans.
“Saya ada cakap buat sehabis daya. Buat masa sekarang, saya rasa sudah mencukupi dengan rezeki yang Allah SWT berikan,” ujarnya.
Sementara itu, bercakap soal persediaan bergelar isteri kali kedua penyanyi Memori Tercipta itu, dia mengakui perasaan takut itu tetap terutama selepas kegagalan rumah tangganya dahulu.
“Perasaan takut itu normal dan seperti yang pernah bercerai macam saya, perlukan banyak pertimbangan. Namun paling penting, berhenti mensabotaj diri dan izinkan diri untuk bahagia.
“Kita tidak akan tahu semua yang bakal terjadi di masa depan. Kebimbangan juga tidak akan menjadikan hidup lebih baik. Berdamailah dengan keadaan, tiada apa di dunia ini kekal untuk selamanya,”
Sebagai rekod, Shila pernah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau sudah jodoh, walau sudah ditepis namun ia tetap datang juga. Mungkin ada yang meletakkan sasaran umur tertentu untuk mendirikan rumah tangga. Bagi seorang remaja perempuan, dia bertemu jodoh pada usia 18 tahun
Jodohnya ‘sampai’ setelah dia selesai menjalani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kisah seorang gadis muda iaitu Zetty Aziz atau nama sebenarnya, Nurul Izzati dikongsikan seorang perancang perkahwinan, harryzulhairi menerusi sebuah video di aplikasi TikTok.
Video tersebut telah meraih 1.9 juta tontonan. Dalan video tersebut memaparkan Zetty berpakaian seragam sekolah sebelum bertukar pakaian raja sehari dalam majlis ijab kabul yang berlangsung pada 16 Mac lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Nurul Izzati berkata, dia selamat diijabkabulkan dengan pasangan, Mohamad Hafiz Hussin, 22, pada 16 Mac lalu di sebuah masjid. Majlis akad nikah itu diadakan sehari selepas dia menjawab subjek Geografi iaitu kertas terakhir SPM 2022/2023 yang didudukinya.
“Saya dan suami sudah berkenalan sejak empat tahun lalu dan perkenalan kami bermula di Instagram (IG). Saya tertarik dengan suami kerana melihat usahanya untuk mendekati saya walaupun pernah tidak dilayan.
Tahun lalu, hati saya terbuka menerimanya dan akhirnya sepakat mengikat tali pertunangan pada 16 September 2022 iaitu sehari selepas ulang tahun kelahiran saya. Alhamdulillah, jodoh kami panjang dan ditakdirkan menjadi suami isteri,” katanya.
Warga maya meluahkan rasa kagum terhadap gadis ini kerana berani menjejakkan kaki ke alam rumah tangga meskipun usianya masih muda. Tidak ketinggalan juga ada warga maya yang berasa cemburu kerana mereka masih belum bertemu jodoh sedangkan usia sudah mencecah 30-an.
Pada masa sama juga, jurumekap, Nursyakila Wan Abdullah turut berkongsi beberapa posting di laman Facebook. Nursyakila bertanggungjawab menata rias wajah Zetty pada majlis persandingan yang berlangsung di Kampung Semaloi, Endau, Johor.
MAJLIS NIKAH
MAJLIS SANDING
Meninjau di ruangan komen di TikTok, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.
Manusia memerlukan pasangan untuk hidup saling melengkapi. Hadirnya cinta dan perasaan menjadikan hidup seseorang lelaki dan wanita itu sempurna.
Namun, kadang-kala cinta itu bisa menjadikan manusia buta. Bukan buta kerana memandang rupa atau harta tapi buta memandang cinta yang tulus suci.
Kerap kali kita mendengar orang berkata ‘cinta itu buta’ tapi benarkah cinta itu buta?
Atau manusia yang terlalu taksub dengan cinta sehingga perkara buruk yang berlaku di sekeliling pun dikatanya baik sehingga boleh menolak keluarga demi cinta.
Pertama kali berasa nikmat cinta
Cinta sememangnya indah. Penyatuan dua hati menjadi satu antara lelaki dan perempuan menjadikan hidup kita sempurna. Saat pertemuan dengan jantung hati sememangnya tidak dapat dilupakan. Dari mata turun ke hati. Itulah perasaan yang melanda jika baru pertama kali berasa nikmat cinta.
Cinta hadir tanpa diundang dan kita sebagai manusia tidak mampu menolak rasa cinta itu. Lebih-lebih lagi jika itu ialah cinta pertama kita. Mungkin kita berasa cinta itu buta kerana cinta itu tidak mengenal rupa, tidak mengenal harta, tidak mengenal sesiapa. Saat itulah semuanya indah sehinggakan sanggup melarikan diri daripada keluarga demi buah hati tersayang.
Terburu-buru
‘Lautan berapi sanggup ku renangi demi cintaku padamu’. Itulah antara kata-kata manis yang sering diucapkan oleh pasangan ketika saat bercinta. Pada kebiasaannya, kata-kata ini sering diucapkan oleh lelaki. Lantas, si gadis pula pertaruhkan sepenuh kepercayaan pada lelaki tersebut walaupun pada hakikatnya baru beberapa bulan berkenalan.
Sikap terburu-buru itulah yang menjadikan pasangan pada masa kini mudah terpedaya akan kata-kata manis yang diberikan. Saat itulah yang dikatakan cinta itu buta walhal kita sebagai manusia yang buta memandang cinta.
Tidak cukup kenal pasangan
Sesudah mendirikan rumah tangga, barulah kita mengenal sepenuhnya segala tindak-tanduk pasangan. Daripada sekecil-kecil masalah hinggalah sebesar-besar masalah, semuanya tidak kena di mata dan hati masing-masing. Saat itu, semuanya sudah terlambat kerana ikatan perkahwinan sudah pun dibina.
Mengapa perkara ini boleh berlaku? Semuanya kerana tidak mengenali dengan sepenuhnya diri pasangan. Oleh itu, kenali dan dalamilah sikap pasangan masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga. Sangat penting supaya kita boleh bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan pada masa akan datang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...