
Manusia memerlukan cinta, betul ke? Betul, cinta adalah fitrah manusia, tidak dapat tidak hidup kita pun sebenarnya berlandaskan cinta, dengan cinta ibu dan ayah kita, dengan cinta dan kasih sayang Allah maka kita wujud di dunia ini.
Semuanya sebab cinta, lalu mana mungkin cinta dipinggirkan, kita sememangnya hidup dengan cinta dan tidak keterlaluan jika dikatakan kita tidak boleh hidup tanpa cinta.

Cinta ni, terbahagi kepada banyak cabang. Cintakan ilmu, cintakan ummah, cintakan kedamaian dan ketenangan, cintakan manusia dan alam sekeliling.
Namun, sedalam manapun cinta kita tu terhadap sesuatu atau seseorang masih tidak akan mampu menandingi cinta Pencipta kita, yakni Allah.
Bercerita tentang cinta, lalu mata yang mengantuk tiba-tiba dirasakan segar, seronoknya kita bila teringat akan cinta yang kita sedia maklum cinta sememangnya, hanyut dibuai perasaan hingga kadang tergelincir dari landasan dan senang untuk melupakan Tuhan, hebatnya penangan cinta.
Tanpa kita sedar kita telah melupakan siapa sebenarnya pemilik cinta.
Apa itu cinta? Cinta adalah perasaan, betul.
Tapi yang sebenarnya cinta adalah sesuatu yang mendekatkan kita dengan Tuhan, semakin cinta maka semakin bertambah cinta dengan Tuhan. Apa-apa sahaja yang membawa kita kepada Allah adalah cinta. Senyum, begitu rupanya cinta.
“Apabila cintamu mengenal Tuhan, maka jadilah cintamu berstatus tinggi” – Ustazah Fatimah Syarha
Sebut cinta juga, takkan lari daripada cinta lelaki dan perempuan, sememangnya fitrah begitu, lelaki akan tertarik kepada dan perempuan juga akan tertarik kepada lelaki, jadi mana-mana yang selain dari itu akan mendatangkan kemurkaan sebab sudah lari daripada kebiasaan.
Apa yang dikatakan, “Usah Mencari, Berusahalah Menjadi” ni? Sebab bila kita cinta, mesti ada impian yang kita pasang, nak pasangan kita macam tu, macam ni. Betul tak?
Tak boleh ke kita nak pasang impian macam tu?
Wallahi, sememangya boleh tapi usahlah terlalu tinggi menggunung harapan, bimbang nanti jika Allah hadirkan pasangan yang berlainan daripada apa yang kita impikan, apa yang kita doakan, kita jatuh tersungkur kecewa, lalu menyalahkan Tuhan.
Boleh jadi pasangan yang Allah bagi pada kita adalah ujian, ujian untuk menambah iman. Senyum.
Kredit : iluvislam
Perkahwinan Yang Mendapat Berkat, Semua Dilihat Dari Majlis Yang Kita Buat Dulu

Realiti perkahwinan sememangnya berbeza dengan kehidupan yang anda lihat di kaca tv ataupun anda baca di novel. Ia bukanlah satu fantasi yang sentiasa indah dan sempurna. Tanyalah kepada sesiapapun pasti mereka mengatakan bahawa perkahwinan bukanlah semudah yang disangka.
Realiti perkahwinan bergantung sepenuhnya kepada cara anda dan pasangan mencorakkan rumah tangga. Banyak perkara dan rasa yang anda berdua bakal lalui. Pasangan yang anda kahwini bukanlah seorang yang sempurna, namun kekurangan yang ada dalam dirinya menjadi pelengkap dalam diri anda dan rumah tangga.
Kepada yang bakal berkahwin, pastikan dahulu niat anda untuk berkahwin dan selamilah perkongsian Cik Puan Awet Muda tentang realiti perkahwinan yang mungkin anda tak tahu. Semoga dijadikan panduan untuk semua.

Hai semua. Aku memang follow page iimuc ni. Aku tengok banyak yang sebut hal-hal mengenai perkahwinan la, kahwin cepat la, kahwin lambat la, bab-bab belanja perkahwinan dan majlis perkahwinan pun ado.. aku nak tanya je.. sebenarnya apa tujuan korang-korang ni semua nak berkahwin eh??
1) Ada yang couple lama, 5,6,7 tahun.. dari keluar berdua-duaan gitu baik nikah ye tak?? Boleh “dating halal”. Boleh pegang-pegang..Boleh manja-manja sebab status dah bertukar.. Dulu haram, sekarang dah halal, ye dak??
2) Ada yang sebab tengok orang lain dah kahwin.. eh.. macam sweet je kahwin ni.. seronok.. dicintai.. disayangi.. romantik je tengok orang yang dah kahwin tu update status sweet-sweet je.. senyum je 24, 34 jam.. eh, teringinnya.. bila turn aku pulak ni..
3) Ada yang eh, tak nak lah couple-couple ni.. baik bercinta lepas nikah terus. Bebas. Cinta halal. Tapi sebelum dapat bernikah tu terfikir point nombor 1 & 2 tu.,. boleh manja2 & teringin sebab orang lain dah kahwin. Yang ni aku tak mention semua ye.. sebilangan nya akan terfikir camtu.. maksud aku yang bajet under “couple islamik”
Maaf aku cakap. Kalau ini la yang korang semua fikirkan, makna nya korang dah “lari” , dah “tersasar” daripada konsep perkahwinan yang sebenarnya. Betul, tak dinafikan kahwin memang seronok. Memang sweet terutamanya pada usia 2,3 bulan perkahwinan. Masa ni, partner tak dak depan mata pun rasa rindu sangat2 dah. Tak nak berenggang. Nak melekat macam gam 24 jam. I lap you, you lap me.
Sekarang balik kepada tujuan perkahwinan yang sebenar. Niat tu kena betul. Kalau setakat korang berniat macam point 1,2,3 .. check balik hati tu. Betulkan niat. Kita nak kahwin ni, biar kerana Allah. Kerana sunnah rasullah berkahwin. Kerana ingin menambahkan umat Muhammad dalam muka bumi ni. Kenapa aku cakap betulkan niat, sebab setiap perbuatan itu memang dimulai dengan niat kan??
Paling penting betulkan niat sebab kita nak kan keberkatan dalam perkahwinan ni. Niat kita tu memberi kesan kepada perkahwinan kita sebenarnya.
Kalau takat korang pikir ok kahwin dulu, anak kemudian. Honeymoon dulu. Tu pun korang dah lari dari tujuan asal perkahwinan dalam islam sebenarnya. Nampak benor niat korang kahwin tu nak seronok-seronok je. Pastu bila disahkan pregnant, jem dulu kepala otak.. serabut.. “aduh.. kenapa la awal benor mengandung ni… tak puas lagi nak bermesra-mesra.. kewangan pun tak stabil lagi.. nak tambah lagi pulak… serabutla!” See? Rujuk niat asal.
Kalau kahwin pulak, ditakdirkan untuk tidak mendapat zuriat.. orang lain pulak mengata.. keinginan nak anak makin membuak-membuak sebab orang lain yang kahwin lewat dari kita dah pregnant , anak dah besar2 kita belum dapat lagi.. cuba rujuk balik niat asal masa kita kahwin dulu.. ada tak niat nak seronok2 tu??
Kalau niat kahwin ok, nak terus dapat anak.. nak terus lekat sebab faktor umur, sebab suka budak-budak..maybe juga ada sikit sebab nak menunjuk yang aku ni subur.. Tapi.. pap! Ditakdirkan tak dapat-dapat jugak lagi.. Cek balik niat. Kahwin kerana anak ke, kahwin kerana Allah yang utama?? Siapa yang rezeki kan anak??
Kalau kau bercinta bertahun-tahun.. pastu kahwin.. tak pun kau kahwin sebab kahwin ni kau dengar sweet.. ok. Bulan pertama, kedua, ketiga kau bahagia yang amat. Ok. Tapi.. bila kau nampak perangai sebenar pasangan kau.. aku tak bagi contoh besar, aku bagi contoh kecikkk je.. kau kena hadap kentut pasangan kau hari2.. sanggup? Ai kata sweet sampai jannah kan.. takkan tak tahan kot kentut partner kau.. orang laki ni belum dapat je cover2 kentut tu.. bila dah dapat sekali bom atom dia bagi kau. Belum kira part berak tak reti flush.. spender bergulung bentuk 8, stokin busuk letak merata.. orang perempuan sebelum dapat cover makan ayu-ayu.. konon2 diet.. sekali dah kawen selera makan macam gajah, gelojoh pulak tu, tido air liur basi meleleh, pemalas nak mandi, semua terbongkar wei kalau dah duduk serumah bertahun- tahun.. hari2 mengadap dia kan.. aku tak masuk la part pemalas, pengotor, kaki pukul, kaki judi, kaki carut dan kaki segala kaki tu.. pastu?? Menyesal aku kahwin.. kalau tau dia macam ni.. Cuba cek balik niat asal kau kahwin tu… nak seronok kan kahwin..
Part niat settle. Kita pindah part komitmen. Yes. Perkahwinan = komitmen. Kalau rasa-rasa tak sanggup nak bagi komitmen sila membujang. Sila tengok korang ni betul-betul bersedia atau tak nak berkahwin bila:
1) Bangun tido pukul 9,10,11,12. Jangan siapa-siapa pun kacau aku tido kalau tak aku mengamuk. Tak sanggup berjaga malam menyusukan anak, tukar pampers anak, layan kerenah anak main/mengamuk sedangkan esok pagi-pagi korang kena bangun awal pergi kerja/kelas. Maaf. Anak korang terutamanya bayi tak pernah kenal erti siang/malam. “Janji korang kena layan aku,” kata bayi-bayi tersebut. Ini tertakluk kepada kaum ibu dan bapa dan bukan hanya tugas seorang ibu sahaja.
2) Malas masak. Tak pandai masak takpe, jangan malas masak. Pokai weh hari-hari makan luar .. nak ada bibik kau kahwin dengan rakyat marhaen je pun..
3) Tak reti kemas rumah/ buat kerja-kerja rumah. Pinggan/cawan sebijik pun tak reti nak basuh, semua mengharapkan orang. Basuh baju sendiri pun pemalas. Sanggup pakai baju recycle. Tempat tido tak reti nak kemas. Rumah tak bersapu. Kain baju kotor bersepah. Balik rumah mengadap hp, tido. Tak peduli rumah macam tongkang pecah. Ini contoh-contoh bakal ibu bapa yang akan menghantar anak-anak dia ke taska/pengasuh dalam keadaan pampers bocor/ taik kering la ni. Alasan tak sempat.
4) Nak enjoy. Nak bebas. Nak keluar malam. it’s ok kalau kau takde apa-apa komitmen lagi. Tapi once bila dah komitmen kau memang kena slow-slow kurangkan/ tinggalkan terus aktiviti malam kau terutamanya bila dah ada anak. Contoh kecil, tak kan hari-hari kau lepak mamak balik pukul 2-3 pagi. Kesian kat partner kau. Sesekali takpe la. Bila dah kahwin, aktiviti masa bujang tu bawak-bawakla kurangkan. Diorang yang bujang tu lain la, takde komitmen. Yang perempuan terutamanya bila dah kahwin dunia dia untuk suami dengan anak-anak je lah. Masa nak bersosial dengan kawan-kawan sebelum kahwin dulu memang dah limit, dah takde nak hang out together-gether. Sorry to say, perempuan bila dah kahwin selalunya memang friendship separuh jalan. Dapat whatapps member pun kira ok dah. Hang out bersama memang kurun ke berapa pun tak tau la… sobs..
Bab lain. Keberkatan dalam perkahwinan. Bila perkahwinan tu ada keberkatan dia, baru la bahagia beb. Tanda-tanda keberkatan dalam perkahwinan tu bilamana:
1) bila hati sempit terasa lapang
2) bila tengok pasangan rasa tenang. Sejuk mata.
3) balik rumah hati pun tenang even rumah tu sempit
4) sentiasa rasa cukup walaupun gaji sikit. Nampak tak cukup tapi ada je rezeki..
5) hati masih berlapang dada walau dihimpit masalah.. masalah besar terasa kecil
6) rasa bahagia dengan pasangan & anak
Aku share kan sikit cara-cara macam mana nak dapatkan keberkatan dalam perkahwinan tu sendiri. Sebenarnya benda-benda ni bermula dari majlis perkahwinan korang tu sendiri sebenarnya.
1) Betulkan niat. Kahwin kerana Allah, kerana sunnah Rasullullah.
2) Jangan tinggal solat time majlis! Kau tu raja sehari je..bukan Raja Seluruh Alam! Siapa Raja Seluruh Alam kau??
3) Tinggalkan benda-benda lagha. Nyanyi-nyanyi, karok-karok, menari joget lambak semua.. Kita nak tarik rahmat Allah..
4) Doa dari para tetamu. Pengantin ni lebih perlukan doa dari kamu tetamu yang hadir sebenarnya. Aku bersyukur pasal time aku kahwin dulu lagu Maher Zain Barakallahulakuma tu memang tengah hit. Jadi tetamu yang bersalam dengan pengantin semua pakat doa ikut bait-bait lagu tu.. Terima kasih ye korang.. =)
5) Pengantin jangan sombong. Salam. Jumpa semua orang. Bukan asyik posing kat pelamin je. Senyum. Mintak tetamu doakan untuk korang. Kita tak tahu tetamu mana yang bawak berkat kat kita. Yang doa dia Allah makbulkan.
6) Kalau boleh tak payahla bersanding, tepung tawar bagai. Bukannya ada dalam agama kita pun.. Adat hindu kan tak silap aku? Korang nak tayang apa sebenarnya?? Time aku ada jugak buat majlis di dewan, tapi aku request gantikan pelamin tu dengan meja makan pengantin je.. Ambik kau.. ramai-ramai makan kat pentas, takde la segan sangat kan.. hihi.. Pelamin ada jugak, tapi kat rumah, tapi just untuk ambik gambar je. Buat kenangan.
7) Jaga hukum hakam, jaga aurat. Bab yang ni, korang sendiri pun tau kan cara sepatutnya pemakaian seorang wanita dalam islam. Ingat lagi sekali. Kita nak tarik rahmat Allah. Doa malaikat. Bab salam tu, jangan le main belasah je salam semua. Abang ipar, kakak ipar, sepupu sepapat, pak cik mak cik yang bukan mahram, pandai-pandai la korang nak elak. Tu belum kira part mekap dengan jurugambar lagi. Walaupun nyah, dia tetap lelaki. Jangan pulak korang suruh jurugambar lelaki ambik gambar korang tengah bersiap tak pakai tudung… Aurat tetap aurat.
8) Inai, rantai, barang kemas bagi lelaki. Kalau boleh, janganla pakai inai kat jari bagi lelaki. Sebab inai di jari ni untuk perempuan. Harus bagi lelaki bagi tujuan perubatan je. Rasanya ustaz azhar idrus ada kot sebut pasal hukum pakai inai ni. Tak silap aku la.. Barang kemas sah-sah hukum dia haram kan..
Kahwin ni tak perlu nak gah. Nak grand sangat. Buat apa kahwin tapi tanggung hutang seumur hidup. Lantak le orang yang mengata tu.. sampai kurun ke berapa dia nak menyebut pasal majlis korang tu.. lama-lama diam la diorang. Pasal hantaran tinggi, dah jadi trend kan sekarang? Aku anak sulung. Perempuan sorang dalam family. Ada pelajaran. Tau apa ayah aku buat? Dia cakap kat suami aku, berapa yang suami aku mampu bagi? Suami aku cakap RM5000. Ok, fine. Masa hari bertunang, of course sedara-mara ramai hadir.
Ayah aku cakap kat sedara mara, hantaran aku RM10k. Baki bank in lain sebab nak tutup mulut orang. Dalam surat nikah tulis hantaran aku RM10k.Time kenduri cakap je kat sedara mara aku yang lain kata suami aku dah bayar baki. Sampai sekarang sedara mara aku tak tau pun hantaran aku RM5k je. Diam-diam sudah..
Aku kahwin umur 23. Umur aku sebaya dengan suami aku. Birthday kami sama. Negeri pun sama. Sweet tak kitaorang?? Haha poyo jap. Nasihat aku, tak salah nak kahwin awal. Tapi pemikiran korang kena matang. Kena sedar dunia perkahwinan ni tanggungjawab. Bukan takat seronok je.. Alhamdullillah aku dan suami jarang sangat bergaduh. Boleh dikira setahun berapa kali gaduh. huhu..
Dari aku yang masih bertatih dalam dunia perkahwinan tahun ke 5.
– Cik Puan Awet Muda
Sumber: iimuc
Elaklah Makan Mee Segera 3 Kali Seminggu

Kita ni bukanlah rajin 24 jam, nak masak lauk pauk yang banyak. Bila tiba masa malas tu, mee segera adalah menu paling mudah dan tersedap wujud di rumah. Buat bakal pengantin, jika boleh kurangkanlah pengambilan mee segera ini, seeloknya tidak ambil langsung agar kesihatan anda kekal terjamin. Ini perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad
Saya mencadangkan agar kita tidak terlalu memakan mee segera kerana ianya adalah penyebab penyakit kronik terutamanya oleh serbuk perasanya. Jadikan mee segera hanya sebagai makanan terakhir jika tiada pilihan atau makanan yang diambil jika tiada makanan lain yang boleh didapati.
Jika tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah mee segera itu.
CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE SEGERA
Biasanya, cara kita memasak mee segera ialah dengan meletakkan mee ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk perasa dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.
Ini adalah kaedah memasak mee segera yang SALAH.
Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.
Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mee itu disalut dengan pengawet makanan. Pengawet makanan amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.
KAEDAH YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE :
1. Rebus mee di dalam periuk air.
2. Setelah mee dimasak, toskan mee, dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet.
3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mee tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.
4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mee.
5. Sekiranya, jika anda inginkan mee kering, keluarkan mee dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mee kering.
Mee segera adalah makanan berproses dan bukanlah makanan yang sihat. Jika pengambilan mee segera lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.
APA ITU MSG?
MSG ialah ‘Mono Sodium Glutamate’ sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan terhadap makanan yang diletakkan MSG.
Walaubagaimana pun MSG tidak membunuh kita secara mendadak, tetapi membunuh kita perlahan lahan. Selain MSG, perhatikan bahan-bahan kimia sintetik yang menjadi racun dalam makanan kita.
*1 – Perasa
*2 – Pewarna
*3 – Penaik
*4 – Penstabil
*5 – Pemanis
*6 – Pengawet
Jadi berhati-hati ketika memilih makanan kita.
#HealthDrZubaidi
sumber : Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad
‘Sikap’ Dan ‘Kekuatan Dalaman’ Suami Dan Isteri Yang Terbentuk Sejak Sebelum Bernikah

Di dalam hadith di atas menyebutkan bahawa mempertahankan keluarga termasuk di antara penyebab kepada mati syahid sebagai menunjukkan bahawa ianya adalah kewajipan dan tugas yang besar di sisi agama. Untuk melaksanakan tugas mempertahankan keluarga seperti yang disarankan oleh hadith di atas maka hendaklah lelaki Muslim atau bakal suami itu memiliki kekuatan dan persediaan. Sebaiknya seseorang yang ingin berumahtangga harus bersedia dan sentiasa tabah dalam lalui ujian.
Apa yang menjadi pemangkin kepada keutuhan rumahtangga selain cinta ialah 'sikap' dan 'kekuatan dalaman' suami dan isteri yang terbentuk sejak sebelum bernikah.
Saya ulangi, tumbesarannya sejak sebelum bernikah!
a) Isteri yang dibesarkan oleh ibubapa sebagai anak gadis yang tidak 'dimanjakan' secara salah, terbiasa hidup sukar atau kuat peribadinya, rajin bekerja dan bersedia untuk taat dan mengikuti ibubapanya walau apa jua keadaan, akan menyambung 'sikap' tersebut apabila menjadi seorang isteri.
Dia akan ikut sahaja suaminya, hidup mati, tenggelam dan timbul bersama suami.
b) Manakala suami yang membesar sebagai lelaki yang bertanggungjawab, dididik oleh ibubapa sebagai anak yang terbiasa menolong ibubapa, memikul tanggungjawab, berdikari atau bekerja keras akan terbiasa menjadi seorang suami yang baik apabila bernikah.
Lelaki seperti ini akan menjadi suami penyayang, tidak menggunakan kekerasan, memahami dan boleh diharap untuk menjadi tempat pergantungan isteri.
Kerana itu disebut dalam sebuah hadith ;
لَا حَلِيمَ إِلَّا ذُو عَثْرَةٍ وَلَا حَكِيمَ إِلَّا ذُو تَجْرِبَةٍ
'Tiada yang memiliki ketabahan atau kebaikan peribadi kecuali seseorang yang telah mengalami ujian dan tiada yang memiliki kebijaksanaan kecuali orang yang telah memiliki pengalaman.'
[Riwayat al-Bukhari di dalam Al-Adab al-Mufrad, Al-Tirmidzi dan Ibn Hibban]

Perceraian berlaku kerana banyak sebab, ada yang kerana faktor kewangan, suami dan isteri tiada persefahaman, ada yang kerana sikap tidak bertanggungjawab pasangan atau disebabkan kerana ujian dan gangguan pihak luar.
a) Perceraian ialah takdir, namun sebelum menyalahkan takdir kebanyakan pasangan bercerai ialah kerana 'TIDAK SABAR' dan kesabaran ialah faktor dalaman bukan luaran. Tidak sabar hidup susah, tidak sabar dengan kerenah, tidak sabar dengan itu dan ini. Bagi yang sabar, boleh sahaja meneruskan hidup rumahtangga. Bagi yang tidak sabar maka perceraian ialah jalan keluar. Musuh sabar ialah marah (اَلْغَضَبُ), kerananya manusia bermusuh dan bercerai-berai. Islam menyuruh kita mengawal marah, kerana ianya nafsu dan sifat yang tidak baik.
Diriwayatkan ada hadith menyebut ;
لاَ تَغْضَبْ وَلَكَ الْجَنَّةُ.
'Jangan kamu marah maka bagimu syurga.'
[Riwayat al-Tabarani]
b) Keputusan dibuat ketika keadaan tidak tenang. Ramai pihak, apabila bergaduh dan berselisih suka mengambil jalan pintas, cepat dan tergopoh-gapah dalam membuat keputusan.
Allah SWT berfirman;
وَكَانَ الْإِنْسَانُ عَجُولًا
"Dan manusia bersifat tergesa-gesa." (al-Isra:11)
Islam tidak mengajar kita terus melompat kepada perceraian dalam mencari penyelesaian kepada kedua-dua belah pihak. Cuba perhatikan dalam al-Quran, mula-mula disuruh pisahkan tempat tidur, memukul jika perlu, mencari hakim dari kedua-dua belah pihak dan barulah berpisah jika tiada jalan damai. Kemudian perhatikan, selepas bercerai ada tempoh eddah supaya masing-masing dapat rujuk kembali jika perselisihan sudah pulih.

Cinta dan benci silih berganti dalam hidup ini, bagaikan iman yang turun naik dan setiap manusia tidak dapat menjamin kebahagiaan hidupnya sendiri. Namun kita boleh berusaha untuk bahagia dengan menguatkan faktor dalaman yang menjadi tanggungjawab kita untuk membersihkannya.
Iaitu faktor hati. Ya semuanya soal hati!
Sabda Rasulullah salallahualaihiwassalam ;
ألا إن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله, ألا وهي القلب
'Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila ia (segumpal daging) baik, maka baiklah seluruh jasadnya, dan apabila ia (segumpal daging) buruk, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, segumpal daging tersebut adalah hati….'
[Riwayat al-Bukhari]