
Setiap ujian dan dugaan pasti Ada hikmahnya. Janji Allah itu pasti. Bagi pasangan yang sudah berkahwin tapi masih belum mempunyai zuriat, bersabarlah. Sesungguhnya perancangan Allah itu sangat indah.
Selalunya yang terbaik datangnya lewat. Jadikan sentiasa banyakkan berdoa dan bersabar kepadanya. Man jadda wa jada. Barang siapa yg berusaha maka pasti akan berhasil. Berusaha lah sebaik mungkin kemudian berdoa dan seterusnya tawakal. Dengan izin Allah kita akan berjaya dalam apa jua perkara.
Percaya pada perancangannya
Yakinlah, lambat atau cepat pasti Allah akan anugerahkan zuriat yang soleh dan solehah seperti yang kita doakan setiap kali dalam solat. Jangan fikir kenapa dan kenapa. Yang pasti bila kita berbahagia bersama suami tercinta, bersyukurlah. Bercinta dan ‘berhoneymoon’ lah dulu.
Kita sedih bila orang lain dah ada anak. Tapi kita kena ingat setiap orang pasti ada dugaan masing-masing. Ramai yang senang dapat anak, tapi duit pula tak cukup. Ramai yang bahagia ada anak, tapi suami pula buat hal. Itu semua dugaan untuk kita jadi kuat.
Maka, bersyukurlah jika sekarang kita dah ada suami yang sangat penyayang. Berdoa, berdoa, dan terus berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita yang lepas dan perbanyakkan amal ibadah. Insyaallah kita akan lulus ujian ini.
Punca Rezeki Datang Tanpa Diduga, Bila Isteri Makan Dari Tangan Suami!

Bila masuk bab suap-menyuap ni, rasa kita kali terakhir makan suap-menyuap adalah sewaktu makan beradab. Selepas itu, tiada lagi adegan suap isteri ataupun suami ketika makan dengan alasan, malu.Malu orang nampak, malu anak-anak pandang.
Suami kena tahu satu perkara, bila isteri makan dari tangan suami, dia akan rasa bahagia. Masa itulah rasanya nikmat. Baca perkongsian penuh Ustaz Ebit Lew bagaimana rezeki masuk dengan amalkan suap-menyuap sesama pasangan.
AMALKAN SUAP ISTERI DAN ANAK MAKAN… INSYALLAH MURAH REZEKI KALIAN SEKELUARGA…
Semasa saya ditaman petang tadi, telah datang seorang lelaki. Kami pun berbual. tengah2 kami berbual, lelaki ni telah meluahkan perasaan. Katanya dia ada masalah. Lelaki ini
menceritakan tentang kehidupannya dengan keluarga, kehidupan yang beliau hadapi sangat sempit dan tidak tenteram. Kata beliau, dia dan isteri sering bertengkar sahaja..
“Saya dah usaha macam2 dah bang, macam2 cara dah saya buat, Tak tahu nak buat macam mana dah” kata lelaki itu..
“Masa awk makan dengan isteri, awk ada suapkan makanan kat dalam mulut isteri awk tak?” saya tanya.
“Tak pernah bang, kalau saya buat, nanti saya dikatakan buang tebiat pulak” jawabnya.
“Awak pernah tak suapkan makanan dalam mulut anak2 awk tak?” Tanya saya lagi.
“Pun tak pernah, kenapa awk tanya macam tu?” Jawap lelaki itu lagi.
” Kalau awk nak tahu, Mak ayah kita dulu tak kaya pun, tapi kehidupan dirorang penuh dengan kasih dan sayang, rezeki mereka pun cukup je. Kehidupan mereka tenang dan berkat.
Tahu tak sebab apa? Sebab Allah janji kalau kita menghargai keluarga, rezeki bertambah.”
“Perasan tak sekarang? Dah banyak orang kita tak makan sekali dengankeluarga. Kalau ada pun, time makan tu masing2 leka main henset atau pun sibuk melayan tv. Allahu…”
“Awak percayalah la apa yang saya nak cakapkan ni, bila isteri makan dari tangan suami, dia akan rasa bahagia. Lagi2 kalau suami dia buat kerana cinta, kerana Allah, biar pun beberapa
suap je, nikmatnya tak terkata. Kena pula isteri buat2 tergigit jari sikit. Hehe!”
“Awk pun tahu kan? makan satu bekas yang sama itu sunnah. Kalau awk nak tahu, saya dan keluarga makan satu dulang bila dirumah, kami 3beranak. Kadang2 tu anak dan saya berebut
nak suap mak dia.”
Mulai hari ni, Cuba abang amalkan apa yang saya sampaikn ni. Percayalah la bang, Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Abang Kasihilah isteri dan anak2, nanti lihatlah
bagaimana rezeki akan datang mencurah-curah”.
Selepas beberapa bulan kami terserempak dia pasaraya. Beliau meluru kepada saya.
“Terima kasih atas nasihat yang awak bagi dulu, saya buat apa yang awk cakap masa kat hospital dulu. sekarang saya nampak hasilnya, keluarga kami bahagia sangat2. Bila saya suap isteri saya dan isteri saya suapkansaya, kami terasa sangat nikmat. inilah antara nikmat dunia yang kami rasa..
Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.”
Mulai hari ni, Cuba korang amal kan apa yang saya sampaikn ni. Percayalah lah, orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Korang Kasihilah isteri dan anak2, nanti lihatlah
bagaimana rezeki akan datang mencurah-curah”.
Kahwin Dengan Anak Sulung, Kena Sabar Dengan Ego Dia

Benarkah anak sulung seorang yang tenang tetapi ego? Anak sulung sebenarnya cukup istimewa berbanding anak-anak lain. Walaupun dengan hadirnya anak-anak lain, anak sulung tetap dianggap istimewa jauh di sudut hati ibu itu sendiri. Benarkah begitu?
Menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak sulung mempunyai karektor yang tenang, bertolak ansur dan mudah diajak berbincang. Malah anak sulung juga biasanya agak cemerlang berbanding adik beradik lain, baik di sekolah mahupun di rumah.
Mereka dikatakan lebih cenderung menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain. Pun begitu, menurutnya lagi, anak sulung berkebolehan memujuk orang lain sehingga mampu mengawal orang lain dan situasi yang menyulitkan.
Namun adakalanya anak sulung terlihat sedikit sensitif dan meminta perhatian yang lebih jika diabaikan oleh orang lain, terutama ibu bapa serta adik beradik yang lain. Ego adalah istilah paling tepat untuk mereka.’
.
1. Ego
Walaupun mampu bertolak ansur, namun anak sulung dilihat lebih degil dan sedikit ego dalam segala hal. Mungkin istilahnya mereka tidak mahu dipandang rendah dalam segala hal apa lagi diperkecilkan kebolehan mereka. Malah anak sulung juga tidak suka diarahkan segala tindak tanduk yang bakal mereka lakukan.
2. Bertolak Ansur & Rasional
Pun begitu, dalam ketegasan, anak sulung juga dikatakan mampu bertolak ansur dalam segala hal. Hal ini mungkin disebabkan anak sulung cuba bersikap rasional dalam segala hal terutama sekali kepada adik beradik yang berada di bawahnya.
3. Lebih Tegas
Ya anak sulung biasanya lebih tegas berbanding anak lain. Mungkin sebagai ketua kepada adik-adiknya, karektor ini lebih terserlah. Mungkin kerana cuba mempamerkan sikap dan rasa tanggungjawab mereka kepada ibu ayah serta kesemua adik beradik lain.
4. Mengawal Orang Lain
Hal ini sering dikaitkan dengan keupayaan anak sulung yang pandai bermain dengan kata-kata. Keramahan serta pergaulannya yang lebih luas membolehkan dia mengawal situasi dan mengawal orang lain di sekeliling. Hal ini mungkin juga dikaitkan dengan rasa hormat adik beradik lain kepada anak sulung yang lebih banyak ilmunya.
5. Lebih Bijak
Sebagai orang yang terawal, anak sulung dilihat lebih bijak dalam segala hal. Ini termasuklah berjaya di dalam pelajaran dan kerjaya. Kegigihan ini didorong oleh rasa ingin dicontohi oleh orang lain terutamanya adik beradik yang berada di bawahnya.
Isteri Boleh Bekerja Asalkan Dapat Restu Suami Dan Jagalah Auratmu

Menjadi seorang isteri, ibu dan pada masa yang sama bekerja di luar rumah adalah satu perkara yang sangat berat untuk dilakukan.Menjadi pekerja yang sukses juga tidak semudah yang disangka. Banyak perkara yang perlu diambil kira terlebih dahulu, baru kita boleh dikatakan sukses di tempat kerja dan juga bahagia di rumah. Apa perkara-perkara tersebut? Mari kita kongsikan bersama!
RESTU SUAMI
Adakah anda mendapat restu suami anda untuk bekerja? Dia redha anda bekerja? Cuba periksa dan Tanya suami anda sekarang. Jika dia tidak restu dan tidak redha, maka jangan mimpi untuk anda jadi sukses di tempat kerja dan juga bahagia di rumah.
Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan ?”. Jawab Nabi; “Suaminya”. Aku bertanya lagi; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?”. Jawab Nabi; “Ibunya”. (HR al-Hakim)
Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?”. Bersabda Rasulullah saw. “Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA.” (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)
NIAT YANG BAIK
Mengapa anda bekerja? Adakah kerana anda bosan di rumah? Adakah anda ingin membantu suami untuk meningkatkan ekonomi keluarga? Adakah untuk suka-suka? Cuba fikir-fikirkan. Jika niat anda salah dan tidak murni, ia juga tidak menjamin anda untuk sukses di tempat kerja dan juga bahagia di rumah. Jom kita cek!
Murnikan niat kita. Mungkin ada yang bekerja kerana ingin membantu meningkatkan ekonomi keluarga. InsyaAllah ini diterima. Ada juga yang ingin memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya dan pelbagai niat murni yang ditanamkan. Mudah-mudahan niat kita itu diterima Allah swt.
Rasulullah SAW. bersabda,”Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa’i)
KELUARGA YANG UTAMA
Walau tinggi mana pun pangkat dan gelaran kita di tempat kerja, kita masih wajib mendahulukan keluarga dari kerjaya. Sebelum keluar dari rumah pastikan segala tanggungjawab diselesaikan dengan baik. Jika rumah terurus maka hati kita akan tenang. Sekaligus tanggungjawab kita di pejabat juga dapat dilaksanakan dengan baik.
Pernahkah anda bawa pulang kerja pejabat ke rumah? Ketika anda sedang melakukan kerja, tiba-tiba anak anda sangat memerlukan anda pada ketika itu. Adakah anda melayaninya seketika? Atau anda memarahinya kerana mengganggu anda bekerja? Fikir-fikirkan. Adilkah bagi suami dan anak-anak anda jika sejak dari pagi anda melakukan kerja pejabat dan mengabaikan mereka ketika anda berada di rumah?
Ini adalah salah satu kunci sukses anda di pejabat dan bahagia di rumah.
JAGA AURAT, MARUAH TERPELIHARA
Setinggi mana pun pangkat kita, aurat kita sebagai seorang wanita masih sama iaitu seluruh badang kecuali muka dan tapak tangan.
Jagalah aurat anda ketika berada jauh dari suami. Janganlah mendedahkan aurat anda kerana itu hanya untuk suami anda sahaja. Maaf jika saya ingin menegur. Kadang-kadang kita ingin terlalu bergaya, berwangi-wangian tetapi di rumah kita sepeti wanita berpantang. Muka pucat lesi dan pakai kain batik sepanjang masa. Kita lebih cantik ketika berada di luar daripada ketika berada di dalam rumah. Bukankah ini sudah salah konsep.
Lagi satu, mari kita sama-sama periksa tudung kita. Adakah ia menepati syariat. Maaf sekali lagi ingin menegur. Dada anda mestilah ditutup. Pakailah tudung yang menepati syariat iaitu tidak menampakkan bentuk dada anda yang bidang itu. Anda sudahlah jauh dari suami. Maka suami orang lain pula yang memandang anda. Nauzubillah!
Inilah juga antara kunci sukses anda di pejabat dan bahagia di rumah. Berpakaian yang menepati syariat, dapat menghindarkan diri kita dari fitnah dan memelihara maruah kita.
Saya rasa cukup setakat ini dulu. InsyaAllah banyak lagi yang ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat semua. Sehingga berjumpa di lain bicara.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.