
Sekiranya anda keguguran, maka ingatlah Allah selalu yang ini mungkin satu ujian daripada Allah dan pada masa yang sama ia adalah Rahmat Allah yang besar kepadamanusia.
Allah tahu, sekiranya anak yang lahir itu tidak sempurna sifatnya, kita pasti akan tidak tertanggung ujian yang Allah beri. Oleh itu, di sebalik tangisan, kekecewaan dan kekesalan, adalah lebih baik berdoa agar diberikan Allah yang lebih baik dan sempurna.
Semakin berat ujian semakin besar pahala dan hikmahnya. Dan semakin tinggi iman seseorang atau sebuah keluarga semakin berat pula ujiannya.
“Demi Allah,” sabda Rasulullah sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Majah, “sesungguhnya janin yang keguguran akan membawa ibunya ke surga dengan tali pusarnya, jika ibunya itu ikhlas.”
Subhaanallah. Demikian luar biasa pahala dan hikmah keguguran. Jika ujian itu dihadapi dengan ikhlas, sang ibu akan masuk syurga kerananya. Sebuah balasan yang sangat mulia dan mahal nilainya.
Janganlah bersedih …
Bila Kahwin Dengan Suami Kurang Berduit, Isteri Perlu Kuat Mental & Emosi

“Bila kita dilahirkan dalam keluarga miskin, itu bukan salah kita. Tapi jika kita terus menerus hidup dalam kemiskinan, itu adalah salah kita kerana kita tak mencari peluang untuk berubah…”

Amal Surah Luqman Mohon Anak Cerdik, Surah Yusuf Untuk Anak Yang Cantik

Amalan yang dapat dilakukan ibu hamil salah satunya adalah memperbanyak membaca Al-Qur’an serta berdzikir mengingat Allah SWT. Amalan tersebut mampu memberikan ketenangan jiwa dan kesan positif terhadap bayi yang berada di dalam kandungan. Allah SWT telah berfirman dalam Surat Al-Ra’d ayat 28 yang berarti sebagai berikut.
Berikut surat-surat dalam Al-Qur’an yang dapat diamalkan oleh ibu yang sedang mengandung :
.
Surat Luqman : untuk memohon anak yang cerdik.
Surat Yusuf : untuk memohon anak yang cantik rupa maupun akhlaknya.
Surat Yasin : untuk memohon anak yang memilkiki hati yang teguh dan tidak terpengaruh dengan hal-hal yang berbau maksiat.
Surat Maryam : untuk memudahkan bersalin.
Surat Al-Imran ayat 38 : untuk memohon anak yang baik.
Surat Al-Hujurat : untuk memperbanyak susu ibu.
Surat Ibrahim ayat 40 : untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
Surat Al-Imran ayat 8-9 : untuk memohon rahmat.
Surat Yassin ayat 22-23 : untuk menjaga aqidah atau memberi hidayah kepada anak.
Surat Al-Baqarah ayat 128 :untuk memohon agar anak patuh kepada Allah SWT.
Surat Al-Furqan ayat 74 : doa untuk mendisiplinkan anak atau untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan atau menyenangkan hati orang tua atau doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
Surat As-Sajdah ayat 7-9 : untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh solehah dan baik.
Doa Nabi Yunus termasuk sunat dibaca ketika hamil terdapat dalam Surat Al-Anbiya’ ayat 21:
Begitupun untuk ibu-ibu yang sukar dalam bersalin, Ibn Abbas meriwayatkan, Rasulullah SAW. bersabda yang memiliki maksud sebagai berikut.
Berikut dzikir dan doa yang dapat diamalkan untuk memudahkan persalinan ialah sebagai berikut.
1. Dzikir & Doa 1
Dzikir & Doa 1
2. Dzikir & Doa 2
Dzikir & Doa 2
3. Dzikir & Doa 3
Dzikir & Doa 3
Apabila hampir bersalin, bacalah doa di bawah ini :
4. Dzikir & Doa 4
Dzikir & Doa 4
Untuk memudahkan bersalin disarankan juga membaca ayat Kursi.
5. Dzikir & Doa 5
Dzikir & Doa 5
Kemudian seterusnya, perbanyaklah membaca tasbih ini :
6. Dzikir & Doa 6
Maha Suci Allah
7. Dzikir & Doa 7
Aku mohon ampun kepada Allah
Lalu sentiasa membaca doa ini :
8. Dzikir & Doa 8
Dzikir & Doa 8
Catatan : Sekurang-kurangnya dibaca 10 kali setiap selesai sholat 5 waktu.
9. Surat Al-Ansyiqaq
10. Sentiasa juga membaca Surat Maryam.
11. Surah An-Nahl (ayat 78-80)
Marilah kita mengamalkan dzikir dan doa-doa tersebut serta jangan lupa selalu meminta pertolongan Allah karena sesungguhnya hanya Dialah yang mampu menolong kita. Semoga Allah selalu mempermudah dan membantu segalanya. Aamiin…
Dalam Tempoh Bertunang Inilah, Antara Pasangan Kenal Keluarga Si Dia Betul-Betul

Terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :
• Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.
• Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak gadis rupawan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Alangkah bagusnya nasib sang putera bahawa si gadis rupawan tidak mempunyai kakak. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak gadis rupawan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak sang putera. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.
PERTUNANGAN DI SISI SYARAK
Terbahagi kepada lima cara:
– Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
– Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
– Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
– Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
– Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.
PERTUNANGAN DI SISI ADAT
Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang oleh ibu/saudara pihak lelaki . Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.
HEBAHAN PERTUNANGAN
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.
WAKTU PERTUNANGAN
Berkaitan dengan pertunangan yang lama – terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekiranya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah.
Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Selain dapat mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2 hala dapat dibina ketika ini. Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling memahami adalah kunci kepada kukuhnya ikatan yang terpatri. Kekuatan iman juga sering teruji ketika di alam pertunangan..Justeru, alam pertunangan juga boleh dijadikan kayu ukur terhadap rumahtangga yang bakal dibina..Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan membimbing hambaNYA ke jalan yang benar.