Jangan Buang Kulit Ayam, Ia Ada Banyak Khasiat – Kajian

Share

Mungkin sebelum ini anda sering mendengar bahawa kulit ayam sangat tidak sihat untuk dimakan.

Selain dikatakan mempunyai banyak lemak, ia juga sering dianggap boleh meningkatkan tahap kolesterol dan menyebabkan masalah kesihatan seperti darah tinggi dan penyakit jantung.

Disebabkan itu juga, ramai yang memilih untuk menyingkirkannya daripada menu, terutamanya bagi mereka yang ingin menjaga berat badan.

Terkini, menurut laporan portal kesihatan Stethnews.com, kajian yang dijalankan beberapa pakar kesihatan di Universiti Harvard mendapati kulit ayam sebenarnya tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan terutamanya terhadap jantung.

Katanya, bahagian kulit yang sering dibuang itu sebenarnya mempunyai banyak khasiatnya, malah bagus untuk jantung anda!

Lemak kulit ayam, menurut laporan pakar itu, tergolong dalam kategori tidak tepu dan lemak jenis ini mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang buruk, disebabkan hormon seseorang.

Selain itu, kalori dalam kulit ayam juga tidak terlalu tinggi sehingga boleh menyebabkan kegemukan, jika sedar soal pengambilan yang sederhana.

Antara lain, kebaikan kulit ayam adalah ia sangat lazat dan anda tidak perlu menambah banyak garam untuk menjadikannya lebih sedap.

Tambahan pula, kulit ayam juga boleh berfungsi sebagai penghalang kepada minyak daripada terus menyerap ke dalam daging ayam yang dimasak.

Isu yang sama pernah disiarkan di portal berita South China Morning Post. Dalam laporan yang memetik pandangan pakar nutrisi klinikal Integrated Medicine Instituite, Sheena Smith, perkara yang utama adalah bagaimana seseorang memasak kulit ayam itu.

“Jika anda menyalutnya dengan adunan tepung dan serdak roti dan kemudiannya digoreng, anda menukar makanan ini menjadi sesuatu yang tidak sihat.

“Setiap langkah pemprosesan selalunya menjadikan makanan itu lebih jauh daripada tahap sihatnya. Kalau anda menggoreng (deep-fry) setelah menyalutinya dengan adunan tepung dan serbuk roti, anda hanya menambah lebih banyak kalori yang tak bermakna,” ujar Smith.

 

 

 

 

 

 

Sumber : Astro awani 

IKLAN