Hubungan

Jangan Buat Isteri Macam Orang Asing, Apa-Apa Keputusan Tanya Dia Juga

Share

Tak sepatutnya kita sebagai suami meletakkan jurang antara kita dgn isteri. Serba serbi perkara nak dirahsiakan, terlalu serius bila berdepan, bertegas dlm setiap keadaan, selalu membiarkan isteri buat keje isteri tanpa menghulur bantuan dan membelakangkannya dlm setiap apa pun keputusan.

Kita buat mcm tu sbb nak isteri sentiasa hormati kita sebagai seorang suami?

gambar sekadar hiasan

Suami dan isteri berkongsi kehidupan yang sama, liku-liku perjalanan yang sama, tak sepatutnya kita nak dihormati dgn cara-cara macam tu…kita perlu berlembut dengan isteri, bertolak ansur, bergurau senda dengan isteri dan semua ni tak akan menyebabkan isteri hilang hormat terhadap diri kita bahkan isteri akan bertambah hormat lagi jika kita jadi macam ni.

Anggap isteri tu sebagai kawan, seseorang yang kita boleh ajukan soalan, tanya pandangan, dapatkan panduan untuk setiap permasalahan yang kita hadapi sebagai seorang suami bertegas bila perlu dan bergantung kepada keadaan. Sentiasa hulurkan bantuan untuk ringankan bebanan isteri.

Berbincang dengan isteri dahulu seblum buat apa-apa keputusan disebabkan akibat dari keputusan tu turut akan terkesan pada isteri. Hubungan akan menjadi hambar dan bosan bila mana kita meletakkan kedudukan sebagai suami dikedudukan yang terlalu tinggi sehingga ada jurang antara diri kita dan juga isteri.

 

 

 

 

 

Kredit : firdaus shakirin

IKLAN