“Jangan cari perempuan cantik untuk dijadikan isteri, tetapi carilah kecantikan dalam diri isteri.” -Cebisan kata daripada buku Ustaz Pahrol-

Jangan Cari Perempuan Cantik Untuk Jadikan Isteri, Tapi Carilah Kecantikan Di Dalam Isteri

Gambar di bawah semasa raya tahun pertama dan tahun kedua. Baju raya tahun ni pula kami selesa siapkan awal, dah ada untuk zaujah, saya dan Haifaa.

Tiga tahun ini tak kurang diuji, tak kurang juga dilimpahi rezeki. Terimbau balik macamana dapatkan zaujah Nur Zaind sempena semalam tarikh pertunangan kami dan hari ini, berita baik biar kami sahaja tahu dahulu.hehe..

Anekdot ini simpanan buat anakanda-anakanda abi kelak sebagai nota perjalanan menempuhi dewasa :

Monolog 1 : “Apa makna cinta?”

“Memberi, memberi, kecewa, memberi lagi yang lebih baik, baru rasa dicintai, teruskan memberi yang semakin baik”

Monolog 2 : “Tersalah mencintai seseorang?”

“Bukan, cuma bukan ini masanya bercinta. Sudahi hal wajib yang engkau abaikan”

IKLAN

Monolog 3 : “Bersediakah untuk perkahwinan?”

“Setelah engkau pasti, engkau mampu dicontohi”

Monolog 4 : “Memilih pasangan hidup?”

“Adakah dia baik menjadi ibu/bapa kepada anak-anak engkau kelak?”

Monolog 5 : “Diuji rumahtangga”

“Pohon ampun pada-Nya, buruk perbuatan pasangan kerana cerminan dari kita dalam sembunyi atau terang.”

IKLAN

Monolog 6 : “Kewangan yang menghimpit”

Jangan Cari Perempuan Cantik Untuk Jadikan Isteri, Tapi Carilah Kecantikan Di Dalam Isteri

“Tidaklah benar kamu inginkan sesuatu selagi tidak berjaga sepertiga malam malam dalam Tahajud”

Monolog 7 : “Semakin renggang”

“Kerana kurang komunikasi dan gurauan”

Monolog 8 : “Isu dengan mentua”

IKLAN

“Pandanglah mentua sebagai ibu bapa sendiri tanpa sedikit terkurang pun, baik dalam doa mahupun bantuan dan telanlah segalanya tanpa membalas seperti kita tidak membalas apa yang ibu bapa kita ‘tegur’ atau ‘sinis membidas’ ”

Monolog 9 : “Cemburu”

“Perlu dan bertempat.”

Monolog 10 : “Pasangan tidak memahami”

“Kerana tidak diberitahu. Kita berkahwin dengan manusia yang tiada kelebihan telepati membaca fikiran”

Anekdot 11 :

Bersambung…

Lelaki bertuah memiliki bidadari,
Sumber Facebook Aidil Sahipaludin.
#DiariAbi
#SelamatUlangTahunSayang

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI