Jodoh dan rezeki adalah antara perkara yang telah ditentukan Allah di alam rahim lagi. Respons kita terhadap jodoh, seharusnya sama dengan respons kita terhadap rezeki. Ia mesti dicari bukan sekadar dinanti.

“Jangan Fikir Perigi Cari Timba Atau Sebaliknya.”- Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Berikut ialah panduan mencari jodoh:
1. Berusaha menjadi orang soleh, insya-Allah, yang solehah akan dikurniakan menjadi jodoh kita. Begitulah sebaliknya, jadilah solehah, Insya-Allah yang soleh akan jadi jodoh kita. Begitulah janji Allah.

Ads

2. Ikut sahaja pilihan orang yang soleh. Orang soleh menyayangi kita seperti dia menyayangi dirinya sendiri. Insya-Allah, orang soleh akan memilih yang terbaik untuk kita. Carilah orang yang kita rasa soleh, minta tolong dia carikan jodoh atau sekadar memohon doa mereka untuk kita mendapat jodoh.

3. Carilah jodoh mengikut jalan yang dibenarkan oleh Islam. Jangan fikir perigi cari timba atau sebaliknya. Nyatakan sahaja hasrat kita melalui perantaraan orang ketiga secara beradab. Jika diterima, alhamdulillah. Jika ditolak, tidak mengapa. Jangan berasa malu. Kita bukan mendedah aurat, bergaul bebas dan melakukan tindakan yang ditegah agama, kita cuma menyatakan hasrat. Itu terpuji. Bukan yang keji.

Ads

4. Berdoa bersungguh-sungguh agar dikurniakan jodoh dan niatkan pernikahan itu nanti untuk menegakkan agama Allah, bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri. Jika niat kerana Allah, Insya-Allah, makbul. Mungkin selama ini doa kita terbatas untuk diri, luaskan doa itu.

5. Jika cara 1, 2, 3, 4 telah ditempuh namun jodoh tidak kunjung jua, tidak mengapa, jangan berputus asa. Teruskan usaha. Dan bersangka baiklah kepada Allah…dilambatkan jodoh, atau tidak ada jodoh langsung (jika ditakdirkan) sesungguhnya lebih baik daripada tersalah jodoh.

Ads

Allah lebih mengetahui. Allah punya perancangan yang lebih baik berbanding apa yang kita harap dan fikirkan.

Sumber : FB Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI