
Ramai lelaki sekarang merungut, perempuan zaman kini lebih tengok lelaki berduit dan berharta. Lebih lihat yang berkereta dari bermotorsikal. Lelaki ini kongsi, bukan semua perempuan mata duitan. Mereka lebih memikirkan masa depan.
Ada aku post pasal kahwin, ada kenalan FB komen: “Susah nak cari perempuan yang sanggup susah senang bersama. Perempuan nak lelaki kaya yang ada kereta je”.
Bro. Tak semua perempuan nak lelaki yang kaya raya. Tapi perempuan tu mestilah fikir masa depan dia. Kau kenalah yakinkan dia kau mampu sara hidup dia.
Takkan kau nak ajak dia dating naik motosikal. Batas aurat dia pun kau kena jaga. Bukannya kau dan dia dah kahwin.
Kalau kau naik motosikal tapi kau mampu yakinkan dia yang kau mampu jaga dan sara dia, itu lagi bagus. Aku dulu pun ada motosikal je. Tetapi Alhamdulillah isteri aku boleh terima aku seadanya.
Kau ada motosikal tapi simpanan kahwin dah ada. Elok lagi dah ada rumah sebijik untuk duduk lepas kahwin. Terus perempuan tu yakin kau boleh sara hidup dia.
Ayah perempuan tu pun yakin nak lepaskan anak dia kepada kau. Mestilah dia nak yang terbaik untuk anak gadis dia.
Ini tak, kalau setiap kali dating kau asyik pinjam duit dia je, mesti dia fikir dua tiga kali nak kahwin dengan kau. Lepastu kadang-kadang mintak dia topupkan la.
Kau jangan fikir perempuan sekarang mata duitan. Mereka cuma berjaga-jaga. Itu semua demi masa depan mereka. Tugas kau ialah siapkan diri sebaiknya sama ada daripada segi kewangan, tanggungjawab dan sebagainya. Kah!
[ASY]
Suami Belakang Macam Berani, Depan Rupanya Takut Bini

Selalu menuruti permintaan isteri? Jika anda suami yang selalu menuruti permintaan isteri, boleh jadi anda adalah suami yang takut pada isteri!
Sikap penurut suami ini biasanya disebabkan kerana rasa takut kepada isteri. Takut isteri mengamuk atau melaporkan kepada pihak keluarganya dan sebagainya.
Ada banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan suami takut isteri. Selain dari faktor kewangan, mungkin juga disebabkan sikap isteri yang terlalu emosional.
Mari kita lihat mengapa segelintir suami takut bini
1. Terlalu sayangkan bini demi kebahagiaan bersama
Jika kita sayangkan seseorang itu pasti kita sentiasa menjaga hati dan perasaan dia dengan baik. Andai anda dan isteri bertengkar sudah pasti keadaan menjadi bertambah rumit. Sebagai suami yang penyayang, anda terpaksalah mengalah. Lagipun jika terpaksa berdebat, anda tetap akan kalah!
2. Umur isteri lebih tua daripada suami
Biasanya mereka yang punya isteri lebih tua cenderung menjadi suami yang hormat dan tunduk pada isterinya. Anda tidak berani untuk mengeluarkan mendapat meskipun diminta. Bahkan, ada juga lebih senang mendiamkan diri.Biarpun isteri lebih tua daripada anda, tetapi ada adalah ketua keluarga. Semua keputusan dalam rumahtangga berada di tangan anda.
3. Gaji isteri lebih tinggi berbanding gaji suaminya.
Perempuan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi biasanya lebih dominan, termasuk dalam hal rumahtangga. Merasa memiliki kuasa yang besar ke atas gajinya, isteri cenderung lebih mengawal urusan rumahtangga termasuk mengatur suami. Akibatnya, anda menjadi suami yang takut pada isteri!
4. Isteri penuntut dan cemburu
Ciri-ciri suami takut isteri juga boleh dilihat daripada sikap isterinya. Seorang isteri yang kuat cemburu dan suka menuntut boleh membuat suami takut isteri.Biasanya si isteri akan mengawal apa-apa aktiviti yang anda dilakukan, menentukan ke mana anda boleh pergi, siapa yang boleh anda jadikan teman atau apa yang boleh anda perkatakan serta cuba mengawal anda melalui perasaan bersalah anda.
5. Selalu menuruti permintaan dan keputusan isteri
Ada ketikanya anda seperti kehilangan wibawa di mata isteri. Tidak ada satu pun keputusan yang anda ambil tanpa persetujuannya. Sebagai suami, tidak seharusnya anda menuruti semua yang diucapkan oleh isteri. Apatah lagi jika perkara tersebut tidak elok untuk anda dan keluarga.
Sekiranya isteri anda yang paling dominan dalam membuat keputusan dan anda hanya diam sahaja, ini bermakna anda juga salah seorang daripada suami yang takut pada isteri!Bagaimana, adakah anda juga termasuk dalam kategori suami yang takut pada isteri? Cubalah kenali siapa pasangan anda dan fahami siapa dia.
Kebahagiaan sebuah perkahwinan itu bergantung kepada dua insan yang menjalaninya, iaitu anda dan isteri.Jadi sebab itulah, alangkah baiknya jika sebagai lelaki, sebelum berkahwin anda memiliki banyak pengetahuan terutama tentang agama.Tambahan pula, anda adalah imam dalam rumahtangga. Jika seorang imam memiliki kriteria dan pengetahuan yang baik, insyaAllah anda boleh membimbing isteri anda ke jalan yang diredhai.
5 Perkara Ini Mesti Kena Guna Dengan Duit Suami

Hal ni suami isteri mesti ambil tahu.
Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini
1) Makan minum isteri
👉duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan…jadi rm250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami )
👉duit belanja dapur.
2) Peralatan mandian
3) Ubat ubatan / medical
4) Pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
5) Rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yg bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.
petikan kuliah Ustaz Fawwaz~
===================================
Nasihat saya… kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.
Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.
Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.
Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu…takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?
Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur? Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.
Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api…juga membentengkan kita daripada api neraka.
Semoga bermanfaat.
Wallahualam.
SUMBER : RAHSIA PERKAHWINAN
Ini Kelebihan Jika Lelaki Pilih Perempuan Yang Jarang ‘Make-Up’ Untuk Dijadikan Isteri

Perempuan dan solekan memang tak boleh dipisahkan. Lumrah sifat seorang wanita iaitu suka melawa. Itu adalah normal dan perkara biasa dalam masyarakat. Mungkin dengan adanya solekan dimuka akan membuatkan mereka lebih berkeyakinan dan anggun.
Namun, ada juga yang tidak suka solekan dimuka kerana mereka rimas atau mungkin sebab sudah terbiasa tiada apa-apa dimuka. Bagi mereka ini lebih suka kan ‘natural beauty‘. Wah, tapi tak salah pun kalau tak solek. Terpulang kepada individu itu sendiri.
1) Dapat menjaga kulit wajah
Mereka ini memilih untuk tidak bersolek kerana mementingkan kesihatan kulit wajah. Ini kerana sesetengah alat solekan mampu memberi kesan negatif kepada kulit wajah seperti berminyak, berjerawat dan banyak lagi.
2) Keyakinan diri tinggi
Bukan hanya persoalan rupa paras, tapi juga mereka ini lebih berkeyakinan dengan wajah sendiri. Mereka lebih berasa selesa dan suka menjadi diri sendiri.
3) Lebih yakin dengan kecantikkan semulajadi
Bagi mereka yang suka keluar rumah tanpa solekkan sudah pasti sangat yakin dengan diri sendiri kan! Tidak seperti mereka yang sering mengenakan solekan, mereka tidak yakin untuk keluar berjumpa dengan ramai orang.
4) Jimat duit
Suami mesti suka yang ini, tak perlu berhabis duit terlalu banyak untuk penuhi permintaan mereka. Kerana mereka ini tidak meminta. Jadi, boleh lah simpan duit untuk kegunaan lain.
5) Solat tanpa perlu cuci muka
Ya betul. Nak pergi mana-mana senang. Masuk waktu solat, terus ambil air sembahyang dan solat. Lepastu pakai tudung. Tak perlu nak tampal lagi make up tu. Buang masa.