Cinta itu buta. Akibatnya, anda buta mata, jiwa serta hati sehinggakan sukar celik akan mainan emosi yang tiada berkesudahan daripada si dia. Akibatnya, anda rebah hanya kerana terlampau mempercayainya. Pahitnya bercinta, bukan?
Siapa yang sanggup dipermainkan? Apabila seluruh jiwa sudah diberi, pastinya anda ingin dikasihi dan dicintai sehingga helaan nafas terhenti. Di atas jinjang pelamin, cinta termeterai. Namun, kini anda berbahagi kerana sudah seakan nyata permainan yang semakin jelas menghampiri.
APAKAH TANDA-TANDANYA?
1-OBSESI URUSAN SEKSUAL
Bahaya jika pasangan anda mempunyai niat seperti ini. Melayari alam perkahwinan hanya kerana nafsu semata, di mana fokusnya hanya pada hubungan seksual serta meratah tubuh badan anda, dan bukan kerana cinta mahupun perasaan kasih sayang?
Anda akan dapat lihat nyatanya apabila kemahuannya itu melampau dan rakus sehingga tidak tertunaikan. Dirinya bisa kecundang lalu tidak mengendahkan anda lagi. Ini tandanya anda dimanfaatkan olehnya hanya kerana nafsu dan ego.
2-WANG SEMATA
Ads
Oh alangkah malang jika memiliki pasangan yang hanya inginkan kesenangan dalam bentuk material tanpa perlu berusaha. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, mata hati mudah dikuasai oleh wang ringgit. Tanda disedari, harta anda dikikis sedikit demi sedikit.
Kebiasaannya, pelbagai alasan dan ragam dicipta malah diselang-selikan dengan mimik wajah yang bisa mencairkan. Maka, jika begini tidak mustahil anda akan merana di penghujungnya dan seterusnya ditinggalkan apabila tiada apa lagi untuk anda.
3-ENGGAN BERI KOMITMEN
Sangat penting bagi setiap pasangan untuk menjalin ikatan rasmi dan menjanjikan sikap tanggungjawab serta tidak takut akan komitmen ke akhirnya. Namun, jika pasangan anda masih teragak-agak dan seterusnya seakan tidak ambil peduli akan kewajiban ini, mungkin dia tidak layak untuk anda. Sama ada lelaki mahupun perempuan, soal komitmen tidak boleh diambil ringan malah ia turut melibatkan kelangsungan rumah tangga agar terus tegak berdiri.
Ads
4-SENTIASA ‘SIBUK’
Sebagai pasangan suami isteri dalam melayari bahtera perkahwinan, menghabiskan waktu berdua merupakan satu kemestian dalam mengeratkan jalinan. Kesibukan bukanlah satu alasan untuk anda tidak bersama.
Namun, jika lama kelamaan anda perasan yang dirinya kian mementingkan hal duniawi sehingga mengendahkan emosi serta perasaan anda, maka anda perlulah membuat sesuatu bagi menyelamatkan rumah tangga yang terbina itu.
5- SEBAGAI ‘MEDIATOR’
Ads
Daya tarikan antara anda dan rakan tertentu juga boleh dijadikan musibah dalam satu-satu perhubungan dan secara tidak langsung menjadikan anda mediator atau alat untuk mendekati rakan-rakan anda.
Kebiasaannya, si dia akan bertanya tentang rakan anda, meminta nombor untuk dihubungi dan lain-lain. Oleh itu, penting untuk anda mengamati gerak geri pasangan bagi mengelakkan isu ini daripada meruntuhkan perkahwinan. Secara tidak langsung memberi kesan pada persahabatan bersama teman tersebut.
TIP HADAPI MOMEN GENTIR
– Keraguan itu boleh menyelamatkan, namun jangan terlampau syak wasangka pada sesuatu yang belum diketahui pucuk pangkalnya. Gunakan akal dan jangan terlalu mengikut emosi. Berhadapanlah dengan pasangan anda dengan cara yang matang namun tegas.
– Amalkan untuk sentiasa berhubungan dengan ahli keluarga bagi mendapatkan pandangan mahupun nasihat. Tetapi ingat, jangan sampai membuka pekung di dada.
– Privasi itu hak mutlak setiap daripada kita walau berpasangan. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk sentiasa berjaga sambil memantau gerak geri pasangan anda. Namun ingat jangan terlebih dan melanggar batas.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Surah Al-Kafirun turun saat kaum kafir laknatullah berusaha mempengaruhi Nabi SAW dengan menawarkan kekayaan agar beliau menjadi seorang yang paling kaya di kota Makkah, dan akan dikahwinkan dengan sesiapa yang beliau kehendaki.
Syaratnya Nabi Muhammad harus menyembah berhala yang menjadi Tuhan mereka dalam kurun waktu satu tahun. Nabi Allah menolak usul kaum kafir untuk penyatuan ajaran agama dalam rangka mencapai kompromi.
Al-Kafirun juga memiliki keutamaan dan manfaat jika diamalkan sehari-hari. Beberapa keutamaan surah ini adalah adalah sebagai berikut:
1. Surah yang Sangat Ditakuti Iblis
Surah Al-Kafirun juga memiliki keutamaan lain yakni menjadi surah yang ditakuti iblis. Hal ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, menurutnya tiada surah yang sangat ditakuti Iblis kecuali surah ini.
“Tidak ada dalam Al-Qur’an yang lebih menakutkan bagi Iblis daripada Qul ya ayyuhAl-Kafirun, sebab ia adalah tauhid dan pembebas dari kemusyrikan”.
2. Pahala Membaca Surahnya Adalah Sama Dengan Seperempat Al-Qur’an
Ternyata membaca surah Al-Kafirun sama dengan membaca seperempat dari Al-Qur’an. Hal ini disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Annas “Qul Ya ayyuhAl-Kafirun senilai dengan seperempat Al-Qur’an.” Hadis ini dianggap hasan oleh al-Albani dalam kitab silsilah ahadits sahihah.
Hal ini disebabkan kerana Al-Kafirun berisi keterlepasan dari syirik (tauhid atau kalimat syahadat yang pertama). Kerana itu surah ini memiliki kandungan yang setara dengan seperempat Al-Qur’an.
3. Membacanya Sangat Dianjurkan Dalam Solat-Solat Malam
Hal ini diriwayatkan oleh Al Wailli dari hadist Jabir bin Abdullah: “Seorang laki-laki berdiri lalu shalat fajar dua rakaat. Ia membaca di rakaat pertama Qul ya AyyuhAl-Kafirun (katakan hai orang-orang kafir) hingga akhir surah. Lalu Nabi SAW bersabda:
“Ini adalah hamba yang beriman kepada Tuhannya. Kemudian ia membaca pada rakaat kedua Qul Huwallahu ahad (Katakanlah Dia adalah Allah yang maha Esa sampai akhir surat. Lalu Nabi Saw bersabda : Ini adalah hamba yang mengenal Tuhannya. Thalhah berkata : Maka aku suka membaca dua surah ini dalam dua rakaat ini ”
4. Keutamaan Bila Dibaca Menjelang Tidur Dapat Membebaskan Kemusyrikan
Hal ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Farwah bin Naufal: dari ayahnya bahawa Nabi SAW bersabda: Bacalah Qul ya ayyuhAl-Kafirun kemudian tidurlah di akhirnya, sesungguhnya ayat tersebut membebaskan dari kemusyrikan”.
Bila dibaca dengan Qul huwallahu Ahad akan memperteguh keimanan dan membebaskan kemunafikan. Hal ini disampaikan oleh Al Asymu’i berkata : Dikatakan Qul ya AyyuhAl-Kafirun dan Qulhuwallahu Ahad, keduanya membebaskan dari kemunafikan. Wallahu a’lam.
Demikian artikel tentang keutamaan dan manfaat dan surah Al-Kafirun. Semoga kita senantiasa membaca dan meresapi setiap ayat-ayat Allah SWT yang memiliki manfaat dan keutamaan masing-masing.
Sumber: Fauzi Ali.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurus, muda dan sihat bukan jaminan anda tidak akan menghadapi masalah kolestrol. Justeru kena hati-hati terutama dalam pengambilan makanan yang berpotensi boleh menyebabkan masalah kesihatan ini menyerang anda.
Terbaru, satu tips mengatasi masalah kolestrol tinggi dan cepat telah dikongsikan oleh laman Delihayat Kitchen yang telah terbukti keberkesanannya setelah beliau mengamalkan petua turunkan kolesterol.
Menurut Delihayat lagi dia mengamalkan jus penawar kolestrol tiga kali sebelum berjumpa doktor. Setelah itu, bacaan dan kadar kolestrol yang dimaklumkan doktor amat mengejutkan kerana bertambah baik, malah selsemanya juga berkurang dan jus ini juga sangat baik untuk resdung.
Difahamkan, jus ini juga sangat baik untuk kesihatan badan dan berbagai penyakit lain seperti gout, sakit jantung, migrain, sakit sendi, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
Berikutnya adalah resepi ubat kolestrol tradisional dan cara mengurangkan kolestrol dalam badan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah.
Cara Menurunkan Kolestrol Tinggi:
Bahan-bahan:
– 500 gram bawang putih
– 500 gram halia
– 1 cawan perahan lemon
– 1 cawan apple cider
– 1 cawan madu
Cara untuk menyediakan jus terbaik ini:
1. Masukkan bawang putih dalam pengisar, tambahkan 2 cawan air. Kisar dan tapis. Gunakan air tersebut untuk kisar halia pulak dan tapis jusnya.
2. Masukkan perahan air bawang putih dan halia dan perahan lemon dalam periuk dan panaskan dgn api perlahan, renehkan dalam 30 minit.
3. Angkat dan sejukkan, campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.
Cara minum:
– 1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)
– 1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur
Amalkan dengan kerap untuk mendapatkan keputusan dan hasil yang baik untuk kadar kolestrol di dalam badan anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah menjadi lumrah wanita, kecantikan yang dikurniakan perlulah dijaga rapi. Dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki semuanya perlukan penjagaan teliti. Paling penting, kesihatan rambut patut jadi keutamaan sama ada bagi yang bertudung atau tidak.
Pelbagai pilihan syampu yang boleh kita pilih sekarang. Dan yang paling best, anda boleh pilih untuk menggunakan dry shampoo atau syampu kering yang tidak perlu dibilas atau syampu biasa yang perlu dibilas. Namun, untuk memilih di antara kedua-dua syampu ini, anda perlu tahu pro and cons.
Harus diingatkan, bakal pengantin juga perlu ambil tahu hal ini kerana nanti apabila bersama suami, kita tidak mahu bau rambut mengganggu ‘mood‘ suami. Sebab itu perkara ini perlu dititikberatkan.
Kelebihan DRY SHAMPOO
Tidak perlu bilas
Berita ini memang sangat menggembirakan para wanita yang sibuk. Baik surirumah mahupun wanita berkerjaya, masa begitu suntuk dek kerana kesibukan. Hanya gunakan syampu kering dan rambut terasa bersih dan berkilau.
Harum
Syampu kering sangat wangi! Namun anda juga perlu berhati-hati kerana disebalik keharuman ini ada juga yang boleh membuatkan kulit kepala rasa tidak selesa. Pilih produk yang menggunakan haruman semula jadi.
Pengurusan masa terbaik
Masa sangat penting. Apabila kitab oleh menjimatkan masa untuk menjaga kesihatan rambut, lebih baik kita pilih yang paling mudah betul tak? Lebih-lebih lagi apabila anda melancong, tentunya waktu untuk memanjakan rambut di bilik air terbatas. Nak mudah, pilih sahaja syampu kering!
Tahan lebih lama
Anda jimat waktu untuk mencuci dan anda mempunyai lebih masa untuk membiarkan harumannya kekal pada rambut. Bila menyarungkan hijab pun masih boleh tahan lebih lama.
KEKURANGAN DRY SHAMPOO
Kelemumur
Ya, syampu kering sangat mudah menyebabkan kehadiran kelemumur. Bayangkan rambut yang tidak dicuci bersih, hanya diletakkan dengan serbuk. Tentu ia menutupi liang pori pada kulit kepala.
Penggunaan bahan
Biasanya bahan yang terkandung di dalam syampu kering menjadi persoalan. Ethanol, talc dan haruman yang digunakan boleh menimbulkan isu kurang selesa dan boleh menyebabkan kulit kepala terdedah kepada masalah keguguran rambut.
Rambut berdebu
Bayangkan taburan bedak atau talc yang memenuhi rambut. Tentu nampak berdebu dan berhabuk kan
Tekstur pelik
Apabila syampu kering digunakan terlalu kerap, ia tampak berkuping dan kering. Malah ia juga membuatkan rambut kelihatan tidak bermaya dan flat.
Jadi, secara keseluruhan lebih baik memilih syampu biasa yang boleh memberikan keselesaan yang sangat diyakini. Penggunaan sabun untuk mencuci, dibilas dengan air bersih membuatkan kita rasa sangat selesa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!