
Ingatkah bagaimana manjanya reaksi anda pada suami di awal usia perkahwinan atau ketika berbulan madu dahulu? Jalan jauh sikit mulalah merajuk, tangan sentiasa menggenggam dan pantang sekali berjauhan.
Setelah usia perkahwinan semakin panjang, apa kata sesekali anda melakukan sesuatu untuk menggoda suami agar hubungan berkasih sayang dapat dipupuk seerat mungkin.
Pastinya, setiap sentuhan, belaian manja, dan bisikan hangat adalah antara beberapa cara anda berinteraksi untuk membuatkan suami tergila-gilakan anda setiap hari.
1) Apa kata sekiranya pada waktu pagi ketika suami sedang berjalan keluar dari bilik untuk ke tempat kerja, pegang tangannya dengan cara anda memandang tepat ke matanya dan kemudian berdakapan dengan suami anda.
2) Peluklah suami anda sepenuhnya dengan rasa kasih sayang dan kemudian memberikan lambaian mesra kepadanya sebelum dia berlalu.
3) Sebelum itu secara sembunyi, perlahan-lahan masukkan sekeping nota pendek berbau cinta dan sulaman kasih ke dalam poket seluar atau jaketnya.
4) Atau mungkin juga nota mengajaknya untuk makan malam di sebuah restoran pada malam itu atau apa sahaja.
5) Apabila sesampainya di pejabat suami anda menyeluk sakunya dia terpegang nota anda dan membacanya. Pastinya dia akan menelefon anda sejurus selepas dia membacanya.
6) Juga anda boleh menelefon suami anda pada tengah hari itu untuk memastikan dia pulang pada masa yang tepat pada petang atau malam nanti.
7) Ketika panggilan itu dilakukan, bisikan kata-kata dengan suara yang seksi kepada suami anda dan beberapa perkataan yang anda memang tahu suami anda sukakannya ketika beraksi di ranjang.
Sudah pasti suami anda amat menghargai setiap kata-kata bisikan yang jarang-jarang kedengaran daripada mulut anda seperti itu.
Jangan Tinggalkan Seseorang Yang Setia Dari Awal Hanya Demi Mencari Yang Sempurna

Memiliki pasangan yang menemai anda dari awal perjalanan anda sehingga ke hari ini adalah impian ramai orang, kerana orang yang setia menemani anda dari awal sdangat susah untuk dijumpai. Kebanyakan orang hanya akan hadir bila kita sudah ada segalanya yang ingin dicapai.
Namun sayangnya, ada beberapa individu memilih meninggalkan orang yang telah setia menemani dirinya dari awal berjuang demi seseorang yang lebih menarik pandangannya. Hal tersebut jelasnya adalah satu kebodohan, kerana meninggalkan seseorang yang telah lama kita kenal dengan kesetian dan berpaling pada orang yang selok-beloknya belum kita ketahui hanya kerana rupa paras atau harta.
Kesetian sangatlah mahal, apatah lagi disertai dengan sikap menerima apa adanya, kesetian pun akan tak ternilai harganya. Wajah yang rupawan belum tentu memiliki kesetian, tapi orang yang mendekati kesempurnaan ialah dia yang akan menemani anda dari awal.
Orang ini yang faham keadaan anda dan selalu ada sejak awal perkenalan anda dengannya. Jadi, untuk apa anda meninggalkan orang yang menemani anda sejak awal demi mencari yang lebih sempurna?

Ingatlah bahawa tidak semua orang sempurna, jangan hanya pandang seseorang hanya kerana paras rupa atau harta. Ia tidak menjamin kebahagiaan melainkan hati yang ikhlas. Semoga anda berjumpa dengan orang yang betul dan boleh membahagiakan anda!
Bila Berkahwin, Kena Atur Masa Depan Betul-Betul, Dah Tiada Masa Nak Main-Main

Kita sering memberikan alasan kerana kesuntukan masa, maka kita tidak berjaya melaksanakan azam kita yang begitu banyak itu. Sedangkan jika kita bijak memanfaatkan masa, kita akan melihat keberkesanan kita dalam kehidupan, kerana kata orang bijak pandai, “orang yang menjaga saat, akan terjagalah minit.
Orang yang menjaga minit, akan terjagalah jam. Orang yang menjaga hari, akan terjagalah bulan. Orang yang menjaga bulan, akan terjagalah tahun.” Tepati masa dalam temu janji – biar kita menunggu bukan kita ditunggu, dan tepati masa dalam mencapai tarikh siap sasaran kerja – sanggup bekerja melebihi masa bukan berkira masa, Insya-Allah kejayaan menanti kita di hadapan.
Begitulah, syarat pertama untuk berjaya mencapai azam kita, jagalah masa kita, kerana “masa itu emas”. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr bermaksud, “Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”
Masa bergerak seperti arus sungai, walaupun ada halangan di hadapannya, sungai akan terus mengalir mengikut arus tanpa berpatah balik. Sebab itu rugilah orang yang membazirkan masanya, kerana masa tidak ada dijual di mana-mana, dan kerana itu kita tidak boleh mendapatkan kembali masa yang berlalu itu walaupun kita mempunyai keupayaan wang ringgit.
Banyak orang memberikan alasan faktor tidak cukup masa yang menyebabkan azamnya tidak tercapai. Sedangkan semua orang mendapat jumlah masa yang sama, 24 jam sehari. Tetapi, mengapakah keupayaan setiap orang dapat melaksanakan apa yang disasarkan berbeza? Faktor kedua, adalah kerana keberkatan masa. Keberkatan masa maksudnya, walaupun waktu dirasakan tidak mencukupi tetapi kita dapat melaksanakan apa yang kita hajati itu dengan sempurna dan siap pada waktunya.
Bagi mendapatkan keberkatan masa jagalah minda/fikiran, kesihatan, hubungan silaturahim dan spiritual/kerohanian. Dengan minda yang positif, sentiasa bersangka baik dengan orang dan Allah serta kesihatan yang baik kita akan bertenaga dan bersemangat untuk melaksanakan apa-apa yang kita rencanakan. Dengan menjaga silaturahim kita akan mendapat kerjasama daripada banyak pihak. Dengan menjaga spiritual/kerohanian iaitu hubungan kita dengan Allah SWT, Allah akan sampaikan hajat kita dan dipermudahkan urusan kita.
Masa akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya jika kita bijak merancang dan fokus kepada apa yang kita laksanakan.
Kejayaan dalam kehidupan ini bergantung kepada faktor ketiga, iaitu kebijaksanaan kita merancang dan mengatur masa dalam pengisian hidup kita. Anologinya, jika setiap orang diberikan sebiji balang kaca yang sama besar saiznya tetapi dibekalkan kepada kita beberapa batu yang berbeza zaiznya, dan kita diminta memasukkan seberapa banyak batu tersebut ke dalam balang kaca itu.
Keupayaan setiap orang memasukkan jumlah batu itu bergantung kepada bagaimana kita merancang dan bagaimana cara kita memasukkan batu-batu itu ke dalam balang. Jika kita memasukkan batu itu ke dalam balang sesuka hati, tanpa memikirkan strateginya pasti tidak banyak batu yang berjaya dimuatkan ke dalam balang tersebut.
Bukan kita banyak habiskan masa kita dengan perkara yang remeh-temeh hingga tidak ada ruang waktu lagi untuk kita fokus kepada perkara yang utama. Empat perkara yang perlu kita lakukan untuk kejayaan mencapai matlamat hidup.
Pertama, fikirkan semula fokus kita ke arah mana? Kedua, bayangkan semua kebaikan yang akan berlaku pada masa hadapan. Ketiga, hidup penuh dengan inspirasi. Keempat, sentiasa muhasabah diri.
Muhasabah diri dengan cara audit rutin hidup kita. Jika kita ingin mengubah kehidupan kita kena ubah rutin hidup kita. Rutin adalah sesuatu perkara yang kita lakukan tanpa kita fikir.
SUMBER : DR MUHAYA MUHAMAD
Ada Pasangan Bercinta Sejak Sekolah. Bila Kahwin Mesti Lebih Bahagia. Betul Ke?

Mesti masa zaman persekolah kita pernah bercinta bukan? Ada juga hubungan percintaan tersebut yang berakhir ketika tamatnya tempoh persekolahan dan ada yang berakhir ke jinjang pelamin! Menurut kajian yang pernah dikongsikan, berkahwin dengan kekasih zaman sekolah itu ternyata lebih terjamin dan bakal berakhir dengan kebahagian sehingga ke akhirnya, betul ke?
1. ADA DENGAN KITA UNTUK HADAP PERKARA BESAR DALAM HIDUP
Dialah yang ada dengan kita waktu suka dan duka termasuklah masa kita peroleh keputusan PMR/PT3/SPM, sewaktu pegang skrol graduasi di konvokesyen Universiti, waktu kita tertekan menghadap situasi di alam pekerjaan, waktu kita menangis gembira di hari pernikahan, waktu kita meneran melahirkan zuriat untuk dari dulu sampai sekarang semua momen berharga dapat dikongsi bersama!
2. KEMUNGKINAN UNTUK BERCERAI SANGAT RENDAH
Kalau dah kekal sampai hari ni sejak dari zaman sekolah dahulu, sukar rasanya untuk si dia meninggalkan kita sewenangnya. Dari remaja sampai dah berumur macam ni kalau si dia masih sanggup bersama kita, itu adalah cinta yang paling agung dan pasti ramai pasangan lain yang iri melihat.
3. RAPAT DENGAN KELUARGA MERTUA
Tak dinafikan ada orang yang bercerai sebab tak tahan dengan keluarga mertua. Tapi kalau kita kahwin dengan kekasih zaman sekolah, ibu bapa mereka pasti sudah kenal rapat dengan kita betul tak? Jadi tak ada masalah untuk nak mesra dan jadi rapat dengan ahli keluarga pasangan kita.
4. TEMPOH DARI RAKAN MENJADI KEKASIH BANTU KUATKAN EMOSI
Kita yang dulu bukanlah kita yang sekarang. Waktu muda memang lebih banyak drama daripada yang logik betul tak? Maklumlah masing-masing belum matang. Oleh itu, tempoh waktu perkenalan sudah lebih lama dan pastinya si dia dapat mengenal baik buruk kita secara mendalam. Setakat merajuk dan amarah kita tu, semuanya dalam poket dia. Dia mesti boleh handle!
5. MILIKI HATI & JIWA KENTAL
Sebab dalam tempoh perkenalan yang sangat lama dari zaman sekolah, dah selalu sangat bertengkar, bergaduh, salah faham dll. Jadi bila dah jadi suami isteri, rasanya tak ada masalah pun untuk satu sama lain bergaduh besar. Asalkan keduanya kekal berada di sisi masing-masing, merajuk pun mesti sekejap je.
6. KALAU BERNASIB BAIK, KAMPUNG PUN DEKAT
Bila sudah berkenalan di alam persekolahan, besar kemungkinan untuk anda mempunyai kampung mertua dekat dengan rumah anda sendiri. Biasalah, setiap kali ada cuti umum atau hari perayaan tidak perlu lagi nak bergaduh nak balik kampung siapa kan?
Takut Kahwin Lambat? Jom Cuba Tips Rare Ni!
Jodoh, kematian dan rezeki adalah rahsia Allah yang tak boleh dijawab atau ramal oleh sesiapa pun. Jangankan bomoh, juru tilik atau pak nujum, Rasulullah SAW sendiri dan para Nabi sebelumnya sama sekali tak diberitahu oleh Allah SWT tentang perkara ini.
1. Bersemagat Dan Bersedia Menghadapinya
Diantara hikmah dirahsiakan ketiga perkara tersebut adalah agar kita sentiasa bersemangat mencari dan bersedia menghadapinya.
Agar kita bersegera kerja kuat, semangat dan ikhlas dalam mencari rezeki kerana dengan kaya, banyak amalan kebaikan yang kita boleh dilakukan. Apalagi dalam Islam, banyak ibadah yang hanya boleh dilakukan jika seseorang itu kaya, dan tak boleh dilakukan jika keadaannya sebaliknya, seperti ibadat haji, zakat, sedekah dan kahwin (mahar).
Kematian juga dirahsiakan waktunya agar insan yang hidup selalu istiqamah dalam kebaikan kerana tak tahu bila nyawanya akan dipanggil. Boleh dibayangkan jika seseorang mengetahui waktu kematiannya, dia akan terus menerus melakukan maksiat dan bertangguh untuk bertaubat dan melakukan kebaikan sehingga waktu ajalnya sudah dekat.
2. Tidak Akan Turun Dari Langit
Begitu juga dengan jodoh. Dirahsiakan dengan siapa, bagaimana dan bila agar manusia selalu beramal, berusaha memperbaiki diri dan melayakkannya, serta sedaya upaya mungkin dalam mencarinya. Memang jodoh kita tak akan tertukar, tapi ia tak akan turun jatuh ke riba dari langit ke tujuh tanpa sebab musabab.
Sesiapa yang sabar dan bersungguh-sungguh mencarinya, maka Allah SWT pun akan mendatangkannya calon yang sesuai dengan kesabaran dan kesungguhannya itu.
Semua yang terjadi, cepat atau lambat di muka bumi ini adalah pencaturan kuasa Allah SWT. Semua pasti ada hikmah yang besar di sebalik berlakunya suatu kejadian ataupun lambatnya ia berlaku.
Yang dimaksud menyegerakan kahwin adalah dalam mempersiapkan diri, bersegera dalam mengikhtiarkannya, juga tak bertangguh jika peluang sudah ada di depan mata kerana bertangguh-tangguh dalam jodoh hanya akan membawa kepada kerugian pada diri sendiri.
3. Menolak Bukan Bermakna Menunda Pelaksanaan Ibadah
Sudah banyak kisah, dimana seorang wanita menolak lamaran yang datang pertama kali dengan alasan masih belajar, kemudian jodoh tak datang lagi padanya. Bukankah penolakan yang pertama boleh menjadi pintu bagi penolakan kedua, ketiga dan seterusnya?
Bukankah menolak bermakna menunda pelaksanaan ibadah menikah yang terdapat banyak kebaikan di dalamnya? Semoga Allah SWT melindungi kita dari sekian banyaknya syubhat dan keburukan melambat-lambatkan pernikahan. Sekali lagi, tak ada istilah terlambat.
Yang paling penting adalah segera kata “Saya Setuju” ketika peluang itu datang kerana peluang tak mungkin datang dua kali. Bersegeralah kerana ajal juga boleh datang bila-bila masa. Harapannya, kita tak mati bujang kerana itu adalah “kerugian” yang teramat.