BILA TERJADI SESUATU PERGADUHAN MAHUPUN PERSELISIHAN FAHAM DI ANTARA ANAK DAN MENANTU, IBU BAPA SEBOLEHNYA JANGAN MASUK CAMPUR. CUKUP SEKADAR BERI NASIHAT, JANGAN BENARKAN ADIK BERADIK LAIN PUN TURUT SAMA MASUK CAMPUR, INI AKAN MENAMBAH LAGI BARA DALAM HUBUNGAN RUMAHTANGGA MEREKA. KALAU KITA TAK SUKA ORANG MASUK CAMPUR HAL KITA, BEGITU JUGA MEREKA. IKUTI PERKONGSIAN INI SUPAYA KITA FAHAM DAN TAHU MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN.

Jangan Jatuh Hukum Dan Sokong Anak Membuta Tuli. Kita Tak Tahu Kisah Di Pihak Menantu

Ada suatu ketika, saya terdengar ibu berbual dengan ayah.

“Urusan rumahtangga orang, kita jangan masuk campur walau itu urusan rumahtangga anak-anak kita atau adik beradik kita.”

“Walau kita ni mak ayah yang melahirkan dan susah payah membesarkan anak-anak, tapi bila anak sudah berkahwin, percaya atau tidak, pasangan dia tu lebih mengenali luar dalam anak-anak kita.”

“Sebab tu kalau anak kita mengadu masalah rumahtangga, jangan terus jatuh hukum dan sokong anak kita membuta tuli. Kita tak tahu apa kisah di pihak menantu kita pulak.”

Benar… sebagai orang luar sesebuah hubungan suami dan isteri, biarpun kita pernah hidup lama dengan anak/adik beradik kita, tetap tidak lunak untuk kita berkata;

IKLAN

“Kau tu baru je kahwin dengan anak/abang/kakak/adik aku. Aku ni yang hidup berpuluh tahun dengan dia. Aku lagi kenal siapa dia.”

Jangan Jatuh Hukum Dan Sokong Anak Membuta Tuli. Kita Tak Tahu Kisah Di Pihak Menantu

“Kau tu siapa? Orang luar je, bila-bila boleh dicari ganti. Kami ni keluarga dia. Sampai bila-bila tiada yang boleh ganti.”

Kenyataan-kenyataan sebegini boleh melukakan untuk didengari. Seolah kedudukannya sebagai pasangan itu adalah picisan semata.

IKLAN

Memang betul, pertalian ibubapa-anak dan antara adik beradik ialah ikatan darah yang takkan terputus. Namun, pasangan suami/isteri yang soleh/solehah pun bukanlah ibarat benda yang boleh DIBUANG sesuka hati.

Maaf. Tidak lunak untuk kita sewenangnya mengeluarkan kata-kata seperti itu sekalipun kita tidak bersetuju, kita tidak suka, tidak hormat kepada ipar/menantu kita

Pandangan kita sebagai ibubapa atau adik beradik adalah tidak sama dengan pandangan pasangan yang hidup bersama, nampak semua sisinya secara total, tidur sebantal, melahirkan dan bersama-sama membesarkan anak-anak.

IKLAN

Jangan Jatuh Hukum Dan Sokong Anak Membuta Tuli. Kita Tak Tahu Kisah Di Pihak Menantu

Percayalah. Banyak sisi lain, ‘wajah-wajah’ lainnya yang kita tak nampak – yang mungkin hanya terzahir di depan pasangannya sahaja.

Belajarlah hormat pasangan anak/adik beradik kita walau kita tidak suka atau memang tiada langsung rasa hormat pun dengan mereka.

Namun, tetap kita perlu hormat ikatan akad nikah mereka itu. Ikatan mereka suami isteri adalah ikatan yang diiktiraf di sisi agama. Hormat bahawa itulah insan yang anak/adik beradik kita sayang.

Itulah juga antara tanda kita betul-betul sayang kepada anak/adik-beradik kita itu. Iya kan?

KREDIT : Intan Dzulkefli

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI