Bila sudah berumah tangga, urusan rumah tangga kena ambil peduli. Kena tahu tolong mana yang patut. Jangan bagi alasan tak pandai sebab benda boleh belajar.
Bak kata saudara Abu Hurairah Roslan, anda perlu ikut apa yang isteri buat. Jadikan contoh. Jom baca kejap, kemudian betulkan mana yang masih belum siap dalam hubungan suami isteri.
Buat Urusan Rumah Tangga
Kalau orang tanya, macam mana saya menjadi seorang ayah dan suami, jawapan saya simple.
Dari isteri. Ya, isteri adalah cermin untuk saya melihat diri saya sendiri.
Ya, disaat saya melihat kekurangan dan kelemahan dirinya sebagai isteri, ada hikmah dan didikan buat diri saya menjadi suami.
Isteri adalah seperti tongkat bagi orang “buta” seperti saya.
Ya, disaat saya rasa saya betul dan ketua keluarga, ada banyak ruang dan masalah yang perlu saya betulkan dulu, lalu saya perlu pada ilmu dan panduan untuk menjadi lelaki paling baik dalam keluarga.
Ads
“Abang, lepas masak nanti kemas boleh? Saya tak boleh tengok dapur bersepah.”
Teguran dari isteri.
“Abang, nanti boleh tengokkan bilik anak-anak? Saya kadang terlepas pandang,” kata isteri pada satu masa.
“Abang, anak-anak perlu sesuatu. Boleh abang tanya mereka nak apa?”
Belajar Seni Komunikasi
Ads
Semuanya adalah seni-seni komunikasi dalam rumah tangga. Saya belajar semua itu daripada seorang isteri yang prihatin, yang sayang suaminya, yang mahu suaminya teguh, yang mahu suaminya baik.
Namun, penghalang utama itu semua satu saja. Ego kita. Pedih juga bila isteri tegur.
Sakit juga terkena panahan kata-kata isteri kita. Ternaik juga nafsu dan perasaan, hingga kita rasa isteri ni seperti tidak ada rasa hormat dan rasa merendah diri pada suami.
Bukan itu maksud isteri kita. Mereka benar makhluk yang sangat emosi. Mereka benar insan yang sangat perlu pada beribu kata dan makna. Mereka memandang rumah tangga, seribu kali lebih seni dari kita.
Ads
Saya cerita ni, bukan hanya tentang rumah tangga saya. Kalian bacalah kisah asam garam rumah tangga nabi.
Kalian masuklah seminar dan tazkirah tentang hal-hal suami isteri.
Semuanya ada panduan menjadi suami isteri yang lebih baik dari hari ini.
Dalam kesibukan kerja dan ujian hidup ini, jangan lupa pada diri kita yang ayah, suami dan lelaki.
Terima kasih pada sang isteri yang setiap hari memperteguhkan pandangan suami,
Yang selalu mengingatkan bila lupa,
Yang memberitahu bila buntu,
Yang selalu ada setiap masa.
Benarlah, jadi suami baru tahu kenapa Tuhan cipta kita jadi lelaki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak pelik kalau ada hari suami isteri tak bercakap sebab itulah sebahagian ujian dalam perlahwinan. Mungkin anda berfikir dari sudut A dan si dia pula nampak bahagian B.
Itulah permulaan untuk melengkapi, bukan tidak sejiwa tetapi ke arah sampai kemuncak bahagia dengan cara berbeza.
Suami Isteri Tak Bercakap
Dalam bahagia kita suami isteri, ada hari tak bercakap juga.
Ada hari tak bertegur siapa, ada hari bermasam muka, ada hari tengok muka pun meluat tak kira. Tetapi tetap bahagia sebab bahagia itu bukan hari-hari gembira, hari-hari ketawa, hari-hari riang-ria.
Ada hari yang kita tak berlaga angin, orang utara kata. Ada hari yang ada konflik, ada hari yang tak sama pandangan, ada hari yang berbeza pendapat. Ada perkara yang buat kita suami isteri jadi macam itu.
Kemudian bila sudah baik balik, bercakap pun macam biasa. Tak ada masam muka, mulut muncung, sudah bertegur siapa macam tak ada apa-apa. Suami masuk tandas pun dah rindu bila waktu tengah baik.
Skop Bahagia Itu Luas
Lumrahnya kehidupan suami isteri ini begitulah. Itu bagi kita dan kita masih tafsirkan situasi dan keadaan itu sebagai BAHAGIA.
Jangan limitkan atau kecilkan skop bahagia itu mestilah tak boleh bergaduh langsung, tak boleh merajuk, kena bercakap, kena senyum, kena gembira sentiasa. Hidup ini bukannya drama yang skripnya sudah ada.
Kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku esok dan hari seterusnya. Perangai dan mood pasangan juga kita tak boleh nak jangka.
Ada orang kata dia tak bahagia, tapi dia sendiri tak tahu apa yang dia perlu buat untuk bahagia.
Bahagia perlu dimulai dengan syukur. Kemudian reda. Mungkin apa yang kita lalui dan hadapi itu perlu disyukuri terlebih dahulu dan perlu reda ukita rasa bahagia yang sebenar.
Orang lain mungkin melalui hari yang lebih teruk daripada hari kita. Jadi bersabarlah dan terus berfikir positif untuk cipta bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas berkahwin kebiasaannya anda akan menjalani aktiviti anda bersama dengan pasangan. Lebih-lebih pada waktu hujung minggu kerana itu lah waktu lapang untuk anda bersama si dia.
Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan pasangan anda termasuklah dalam hal pemakanan. Ya, ramai orang berpendapat selepas anda berkahwin berat badan anda akan semakin bertambah. Tapi kenapa? Ini sebabnya!
1. Pasangan berkahwin banyak luang waktu bersama
Melakukan aktiviti bersama bukanlah bermaksud melakukan perkara yang buruk, ia termasuk seperti menonton wayang bersama, bersukan, dan shopping bersama. Mesti kalau anda berjalan di kompleks beli-belah dan ada sahaja yang teringin nak makan sesuatu. Jadi, pasangan anda mesti akan join sekali bukan?
2. Tidak mahu membazir
Wanita kebiasaannya selalu tidak menghabiskan makanan dengan baik. Jadi, apabila tidak habis siapa yang akan makan? Tentu sahaja si suami yang terpaksa menghabiskannya kerana tidak mahu membazir.
3. Isteri sentiasa hendak puaskan suami
Pasti anda pernah mendengar pepatah ini “nak bahagiakan suami, mula dari perutnya”. Ramai wanita apabila berkahwin, jadi mereka mula masak macam-macam makanan sedap untuk suami. Sehingga tidak sedar yang berat badan naik secara mendadak kerana menikmati hidangan orang isteri tercinta.
4. Kadang kala makan kerana kecewa
Kebiasaan orang lagi-lagi wanita apabila mereka rasa tertekan atau sedih, salah satu cara yang boleh hilangkannya adalah dengan makanan. Mereka lebih rela melepaskan tekanan mereka dengan makanan dari terus dibelenggu oleh masalah.
5. Mengandung
Tentu sahaja! apabila anda sudah berkahwin mengandung adalah salah satu berita gembira buat anda berdua. Jadi, bila mengandung macam-macam pula makanan yang diidamkan. Sehinggakan mereka sendiri tidak mampu untuk melawan nafsu makan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!