
Ada yang yang rasa terbeban punya anak ramai. Ada pula rasa sedih masih belum dikurniakan cahaya mata. Rezeki Allah itu luas tapi berbeza untuk setiap manusia. Apapun rezeki yng dikurniakan buat mereka. Jangan pandang rendah rezeki orang sebab allah tahu apa yang terbaik buat mereka.
Wanita bila berkahwin awal usia, rezekinya berbakti kepada anak dan suami. Allah sediakan ganjaran yang tinggi
Wanita yang jodohnya lambat , rezekinya menjaga kedua ibubapa, dipermudahkan urusan ibadahnya tanpa anak kecil
Wanita berkahwin tapi lambat dapat anak rezekinya Allah bagi masa panjang untuk berkongsi cinta dengan suaminya
Wanita berkahwin dapat anak ramai Allah bagi rezekinya melalui rezeki anak anaknya
Jangan kita pandang rendah pada setiap rezeki yang Allah bagi. Kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.
Syukur itu menjadikan kita bahagia
Bila Isteri Pun Bekerja, Janganlah Mengungkit. Rezeki Kesenangan Tu Untuk Keluarga Juga

Kebanyakkan wanita sekarang semuanya bekerja. Bila dah ada pasangan hidup, Perbelanjaan dari sebelah pihak sahaja memang tak mencukupi. Suami isteri perlu bekerja demi kehidupan yang lebih baik. Tapi, isteri yang bekerja ni janganlah pula asyik merungut. Susah senang kehidupan berumahtangga kena ada toleransi.
1. Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya di atas bahu suami. Ia adalah kewajipan suami yang ditetapkan Syariat. Sabda Nabi SAW; “Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakni isteri-isteri kamu) rezki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya” (Soheh Muslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA).
Menurut ulama; maksud rezeki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami.[1] Berkata Imam an-Nawawi; terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteri dan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak”.[2]
2. Digalakkan isteri membantu suami, namun bukan atas dasar kewajipan , tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlu menyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut sama menanggung nafkah keluarga. Isteri yang engkar kepada arahan suami dalam perkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat. Dalam hal ini suami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secara baik kepada isteri.
Isteri pula jangan keberatan membantu kewangan suami selagi termampu kerana wang/harta yang dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberi dua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW –tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yang membelanjai suami dan anak-anaknya-; “Untuknya dua pahala; pahala qarabah (mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah” (Soheh al-Bukhari; 1466. Muslim; 1000).
.
3. Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluar berkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suami melainkan dengan persetujuannya. Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagian pendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah sebagai tukaran kepada keizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengan syarat tersebut.
Nabi SAW bersabda; “Orang Islam terikat dengan syarat (yang dipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram” (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari ‘Amru bin ‘Auf al-Muzani RA). Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami.[3]
Wallahu a’lam.
Tak salah isteri terlalu berdikari tetapi biar berpada dan jangan sampai pasangan lepas tangan tentang tanggung jawab!
Ya, fitrah lelaki lebih suka dihormati dan rasa dihormati bila wanita bergantung harap kepada kekuatan dan kepimpinannya.
Berbalik kepada soal fitrah, Allah melantik suami sebagai imam yang membuat keputusan dalam rumah tangga serta diwajibkan isteri mentaatinya. Apabila berdepan situasi isteri terlalu berdikari, menyebabkan hubungan hormat dan kebergantungan kepada suami akan jadi lebih longgar.
Perkara ini, menyebabkan suami mudah terasa tidak dihormati dan tercabar, lebih berbahaya jika wujud situasi wanita lain yang mengharapkan kebergantungan kepadanya iaitu orang ketiga. Lebih mengelirukan dan lebih berisiko negatif dalam perhubungan suami isteri.
.
Jadi sekali pun wanita boleh buat sendiri semua benda, lelaki sebenarnya patut melayani isteri seperti ini…
1. Jangan biarkan terlalu banyak perkara dilakukan sendiri oleh isteri.
2. Layani isteri dengan memanjakan isteri, dan sentiasa berada menemaninya, agar suami terbiasa diperlukan olehnya.
3. Terlalu banyak membiarkan isteri membuat keputusan atau berfikir sendiri menyelesaikan masalah yang dihadapi menyebabkan lama-kelamaan terbiasa dengan berdikari, dan tidak lagi memerlukan pasangannya sebagai suami.
4. Banyakkan masa mendengar luahan dan cerita isteri meskipun kadang kala tidak menghasilkan apa-apa penyelesaian.
5. Jangan terlalu banyak meninggalkan isteri bersendirian di rumah.
6. Jangan terlalu sibuk dengan urusan kerja, komuniti dan lain-lain tanpa mengambil kira masa bersama isteri.
7. Aktifkan amalan-amalan yang diketuai oleh kita sebagai suami, umpamanya solat berjemaah, makan bersama, membaca Quran dan sebagainya dengan kita yang mengimamkannya..
“Hikmah Di Sebalik COVID-19, Dapat Luangkan Masa Bersama Isteri & Anak-Anak” – Ebit Lew

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, kita sentiasa sibuk dengan urusan kerja hingga tiada masa untuk meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Tetapi, dengan arahan terbaru daripada pihak kerajaan ini, ia sebenarnya membuka ruang dan peluang yang luas untuk kita menikmati masa yang ada untuk isteri dan anak-anak.
Inilah masa untuk anda bertanya dan mengetahui tentang apa yang dilakukan oleh ahli keluarga sepanjang tempoh anda keluar bekerja. Mungkin selama ini isteri dan anak-anak tidak berkesempatan untuk bercerita kepada anda dek kerana kesibukan anda.
Begitu juga kata Ebit Lew menerusi perkongsian di Instagram miliknya. Katanya, hikmah di sebalik COVID-19 buat dirinya adalah dapat menghabiskan masa bersama isteri dan anak-anak kerana terlalu sibuk sebelum ini. Inilah masa untuk mengeratkan silaturahim bersama keluarga. Ayuh kita baca perkongsiannya.
Nikmat hikmah di sebalik Covid-19. Biasa busy. Terima kaseh ya Allah. Adalah masa dirumah masak untuk bidadari dan anak-anak.Dapat makan sama-sama. Bersepah dapur ayah masak. Anak-anak berlari makan dekat saya. Nikmatnya bila dapat beri masa bersama bidadari dan anak-anak. Suap bidadari dan anak-anak. Bestnya
Kasihan bidadari saya selama ini masak dekat rumah. Ya Allah. Ini semua anak cuti panjang. Bidadari saya penat. Syukur dapat membantu dirumah
Bergilir-gilirlah dan saling membantu dalam khidmat buat ahli keluarga dan juga orang lain. Jamu orang miskin dan anak yatim.

Teringat Saidina Umar ra khalifah mulia bawa guni barang dapur dan masak untuk sebuah keluarga miskin tengah malam atas bukit dalam khemah. Hidupkan api sampai janggut dan wajahnya kena asap. Layan dan lihat anak mereka bermain. Katanya melihat anak ini tadi menangis lapar buat rasa sedih dan melihat mereka bermain kekenyangan buat rasa bahagia.
Ayuhlah kita bantu bidadari atau anak-anak bantulah ibu cuti sekolah ini. Anak lelaki baik anak perempuan. Kita sama-sama buat dengan kasih sayang dan cinta. Disaat ujian ini kita jemput rahmat dan keampunan Allah. Orang yang paling untuk orang khidmat. Semua orang yang puasa, solat, baca al-Quran, zikir dan semua kebaikan mereka dapat pahala. Tetapi orang yang khidmat menyediakan makanan buat mereka paling besar pahala. Dia dapat kebaikan besar dari semua amal ahli keluarga – ebitlew #keluargasunnahTour2020September
Sumber: Ebit Lew
Petua Peroleh Zuriat, Bangun Satu Jam Sebelum Solat Subuh, Qiyamullail Dan Setengah Jam Kedua Istighfar

Rezeki manusia sudah disusun cantik oleh Allah SWT, namun ia tetap memerlukan kita untuk lebih berusaha dan bersungguh-sungguh mencapai apa yang dihajatkan termasuk melakukan amalan yang boleh membuka pintu rezeki.kelebihan beristighfar sangat penting dan besar. Rasulullah SAW yang maksum dan dijanjikan syurga sendiri beristighfar dengan penuh penghayatan sebanyak 70 hingga 100 kali sehari. Walaupun rezeki, jodoh dan ajal berada dalam ilmu Allah SWT hingga manusia tidak tahu apa yang akan diterimanya, Allah SWT tidak menafikan usaha hamba-Nya berikhtiar, bertawakal dan berdoa sebagai kebergantungan kepada-Nya.
“Kita sudah tahu rezeki setiap bulan akan mendapat gaji dan ia masih dalam konsep tawakal. Kita mampu pergi kerja kerana badan sihat dan apabila sudah melaksanakan tanggungjawab, lalu diberi gaji yang menjadi rezeki kita.“Sekiranya Allah SWT mahu menukar takdir hamba-Nya, ia boleh sahaja kerana itu menjadi hak-Nya. Tugas hamba adalah melakukan setiap suruhan-Nya, jangan berputus asa dan bersangka buruk kepada-Nya,”
"Barang siapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan daripada setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad) Malah, dengan beristighfar juga mengundang takdir yang baik untuk kita. Kisah Nabi Yunus boleh disifatkan sebagai contoh terbaik manusia yang segera mendapat bantuan Allah SWT kerana Baginda sentiasa mengingati Allah SWT ketika senang.
Disini kami ingin berkongsi sebuah kisah yang agak menarik… rasa rugi kalau tidak dikongsi dengan rakan-rakan… kisah nie berkait dengan istighfar… banyak rupanya kelebihan beristighfar nie… banyak juga yang hendak dicerita hehe… tapi, kami akan ambil satu cerita yang sangat menarik… cerita mengenai kelebihan mengamalkan beristighfar untuk berjaya hamil…
LAMA BERKAHWIN TAPI MASIH BELUM PUNYA ZURIAT
Dua orang sahabat sedang berehat, salah seorang sahabat sedang bersedih… lalu sahabatnya terdetik ingin bertanya… sebelum bertanya dia berdoa kepada ALLAH supaya menghilangkan kesusahan sahabatnya itu… lalu dia meminta sahabatnya tidak menyembunyikan masalahnya. Selepas dirayu dia berkata, “wahai sahabatku Abu Mu’adz, terus terang aku nyatakan apa yang aku rasakan. Sebenarnya aku sudah berkahwin sejak sekian lama, namun ALLAH belum juga mahu mengurniakan kami zuriat keturunan. Aku berjumpa dengan ramai doktor, namun belum juga aku menemui penawar bagi kekusutan yang kami hadapi. Apakah agaknya jalan penyelesaian yang terbaik wahai Abu Mu’adz?”
Abu Mu’adz menjawab, “wahai sahabat, mari aku ceritakan kisah ajaib untukmu dari seorang yang boleh dipercayai” Abu Mu’adz mula bercerita…
Disebutkan kisah, seseorang masuk ke masjid di luar waktu solat. Dia kelihatan sedang bersedih. Maka disapanya, “wahai anakku, mengapa engkau bersedih?”
Anak muda itu berkata, “wahai pakcik, aku sudah berkahwin sejak sekian lama, namun ALLAH belum juga mengurniakan kami anak supaya aku boleh bermain-main dengan mereka dan mereka bermain-main denganku. Tidak ada doktor di dunia yang tidak aku temui, namun masalahku tidak juga terungkai.”
Lelaki tua itu menyuruhnya duduk. “Aku akan memberikanmu ubat dan ubat ini sukar untuk dilakukan. Namun aku bersumpah kepada ALLAH, itu adalah ubat.”
BANYAKKAN ISTIGHFAR
Anak muda itu bertanya, “apakah itu?” Lelaki tua itu menjawab, “Engkau bangunlah satu jam sebelum solat subuh bersama-sama isterimu. Satu jam itu kamu bahagikan kepada dua bahagian. Setengah jam pertama adalah untuk qiyamullail dan setengah jam kedua untuk beristighfar, nescaya ALLAH azza wa Jallah mengurniakan kalian anak. Allah berpesan dalam surah Nuh ayat 10 – 12:
“Maka Aku katakana kepada mereka, “Mohonlah keampunan kepada Rabbmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, serta mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”
Anak muda itu menemui isterinya… “Isteri yang ku cintai, segala puji bagi ALLAH, aku sudah temui penawar yang dicari-cari. Aku telah menemuinya, namun ia sukar sekali”
“Apa maksudmu? Penawar apakah itu?” isterinya bertanya
Si suami membaca surah Nuh ayat 10 -12 dan memberitahu isterinya…“Kita perlu bangun satu jam sebelum subuh. Setengah jam kita pergunakan untuk solat dan setengah jam lagi kita pergunakan untuk istighfar, apakah engkau sedia melakukannya?” si suami bertanya
Isterinya menjawab, “sudah tentu, wahai suamiku, sebab itu adalah kalamullah” “Lalu, bila kita akan mulakan?” Tanya suaminya “Hari ini juga” kata isterinya

Semenjak hari itu, pasangan suami isteri ini terus melakukan qiyamullail dan beristighfar. Hanya selang 15 hari, sudah kelihatan tanda-tanda kehamilan pada isterinya. Si suami terus membawa isterinya berjumpa doktor. Selepas menjalani pemeriksaan perubatan, doktor mengesahkan isterinya hamil. Abu Mu’adz mengakhiri cerita……
Kembali kepada Abu Mu’adz dengan sahabatnya…
Selepas sahabatnya mendengar kisah tadi, Abu Mu’adz tidak lagi menemuinya kecuali sebulan selepas itu. Demi Allah, Abu Mu’adz lihat diwajah sahabatnya ada cahaya iman dan dia sedang berada dipuncak kebahagiaan. Abu Mu’adz katakan kepadanya, “Masya’Allah, wajahmu memancarkan cahaya.” Sahabatnya menjawab, “Alhamdulillah, semenjak hari itu wahai Abu Mu’adz, aku mengamalkan perubatan yang kamu cadangkan dan aku memberimu khabar gembira bahawa isteriku sekarang positif hamil.”
Abu Mu’adz juga pernah didatangi seorang pemuda yang sudah lebih tiga tahun berkahwin, namun mereka belum juga dikurniakan cahaya mata. Abu Mu’adz menceritakan kisah tadi kepada pemuda itu. Pemuda itu tahu, namun dia belum mempercayainya. Dia menemui isterinya dan menceritakan kisah itu.
Suatu hari, pemuda itu menemui Abu Mu’adz dan berkata “jazakallahu khairan, isteriku sekarang positif hamil padahal aku tidak melakukan amalan perbuatan apapun. Kerana kemiskinan, isteriku bangun sejam sebelum fajar, lalu mendirikan solat dan beristighfar. Sekarang dia positif hamil dan kami rasa sangat bahagia.”