Kredit: Tangkap Pictures

Ada sebuah hadis yang menerangkan bahawa perkahwinan adalah separuh dari agama. Sahihkah hadis tersebut, dan apakah maksud “separuh dari agama”?

Setiap muslim perlu memiliki disiplin apabila menerima ilmu agama, yakni dengan memastikan dalil-dalil yang diterima memiliki rujukannya, lagi sahih darjatnya. Jangan sekadar menerima sesuatu ayat al-Qur’an melainkan diketahui nama surah dan nombor ayat, supaya kelak boleh merujuk kembali kepada ayat tersebut. Jangan sekadar menerima sesuatu hadis Rasulullah melainkan diketahui siapakah imam hadis yang meriwayatkannya dan apakah darjat hadis tersebut.

Merujuk kepada hadis perkahwinan ialah separuh agama, maka lafaznya adalah seperti berikut.

Rasulullah bersabda: Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan dinilai hasan (baik) oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1916-B.

IKLAN

Jangan Pernah Menyesal, Perkahwinan Ibarat Satu Ibadah Yang Menjana Pahala

Maksud menyempurnakan separuh agamanya ialah bagi menerangkan keutamaan tuntutan perkahwinan dalam Islam. Sebegitu utama sehingga ia dapat menyempurnakan separuh dari agama seseorang.

IKLAN

Selain itu, ia juga bermaksud perkahwinan ialah jalan untuk masing-masing pasangan berkhidmat dan berbuat baik kepada satu sama lain sehingga ia menjadi ibadah yang menjana banyak pahala. Apabila suami keluar bekerja keras mencari nafkah untuk keluarga, maka ia adalah ibadah baginya.

Apabila isteri sibuk mengurusi suami, anak-anak dan rumah, ia menjadi ibadah baginya. Apabila suami memberi didikan agama kepada keluarga, ia menjadi ibadah baginya. Apabila isteri menasihati suami dalam urusan agama, ia menjadi ibadah baginya.

IKLAN
Jangan Pernah Menyesal, Perkahwinan Ibarat Satu Ibadah Yang Menjana Pahala
Kredit: Tangkap Pictures

Oleh itu kehidupan di alam perkahwinan sangat banyak membuka jalan bagi suami dan isteri beribadah sehingga ia seolah-olah menyempurnakan separuh dari agama mereka.

Dalam hadis ini juga terdapat petunjuk bahawa perkahwinan bukan sekadar suka-suka sehingga ia dilakukan tanpa ilmu, pengorbanan dan niat yang betul.

Seandainya perkahwinan itu dibiarkan begitu sahaja sehingga masing-masing suami dan isteri mengabaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing, ia tidak lagi menjadi separuh dari agama. Bahkan Perkahwinan Adalah Separuh Dari Agama ia menjadi separuh dari sebab yang mendekatkan mereka ke arah neraka.

Oleh: Kapten Hafiz Bin Abdullah dalam bab munakahat Majalah Pesona Pengantin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI