Ads

Tak Payah Sedih Lama-Lama Kalau Putus Cinta. Itu Kan Pengalaman!

Dalam kehidupan, ujian dan dugaan itu datang bersilih ganti. Sama ada kita bersedia atau tidak, itulah jalan yang terpaksa kita lalui. Begitu juga dalam perjalanan kita membuat pilihan jodoh. Siapa yang Allah tentukan untuk kita, itu rahsiaNya. Sebagai manusia, selain doa dan bertawakal, kita juga perlu berusaha untuk mencari.
Dalam satu perkongsian Ustazah Asma’ binti Harun di laman Facebooknya, kita sebagai manusia ini akan bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang mengecewakan, menyakitkan hati, zalim, tidak menghargai dan mengambil hak kita. Tapi, rentetan pertemuan itu, Allah sebenarnya ingin kita faham hanya SATU perkara…
Berikut perinciannya…
Allah menemukan kita dengan manusia yang mengecewakan, kerana Dia ingin kita faham bahawa hanya Dia tempat berharap.
Allah menemukan kita dengan manusia yang menyakitkan hati, kerana Dia ingin kita faham bahawa hanya Dia yang menyembuhkan.
Allah menemukan kita dengan manusia yang mengambil haq kita, kerana Dia ingin kita faham bahawa tiada apapun milik kita.
Allah menemukan kita dengan manusia yang menzalimi, kerana Dia ingin kita faham bahawa hanya Dia yang Maha Adil.
Allah menemukan kita dengan manusia yang tidak menghargai, kerana Dia ingin kita faham bahawa hanya Dia yang memberi ganjaran.
Belajarlah mengikuti sebagaimana perkataan para Nabi dan orang yang ikhlas:
ﻭَﻣَﺎ ﺃَﺳْﺄَﻟُﻜُﻢْ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻣِﻦْ ﺃَﺟْﺮٍ ۖ ﺇِﻥْ ﺃَﺟْﺮِﻱَ ﺇِﻟَّﺎ ﻋَﻠَﻰٰ ﺭَﺏِّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ
“Dan aku sekali-kali tidak minta upah/balasan kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Rabb semesta alam.”
[asy-Syu’ara’:164]
Muhasabah jauh ke dalam diri, boleh jadi kitalah orang yang menzalimi, menyakiti, mengkhianati dan mengecewakan ?
Allahu Akbar. Teruskan jadi baik, jangan merasa sudah baik, lebih baik rasa masih kurang baik, lalu sentiasalah buat baik. Moga hidup dan mati baik dan Syurgalah sebaik-baik tempat kembali.
Kredit: Laman Facebook
Asma’ binti Harun
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raikan Cinta di IWK Eco Park @Pantai Dalam, Lokasi Perkahwinan Suasana...

Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...