Dalam hidup, kita tak boleh lari dari ujian Allah. Selancar bagaimanapun kehidupan kita, akan tiba satu hari, Allah datangkan ujian untuk menguji hambaNya. Dan, kita perlu tengok ujian itu dari satu sudut positif.
Membaca nukilan di posting Puan Amiza Amiruddin mungkin boleh membuatkan anda yang diuji menukar persepsi kehidupan, menerima ujian dengan hati terbuka dan berusaha untuk menjadikan hidup lebih baik.
************************************************************************
JIKA HUJAN DIIBARATKAN UJIAN, MAKA PELANGI CANTIK YANG MUNCUL SELEPAS HUJAN; ADALAH HIKMAHNYA.
Satu prinsip yang kita kena faham; tidak Tuhan jadikan sesuatu dengan sia-sia.
Melalui journey akak & perjalanan hidup kita semua; tidak mungkin Dia jadikan dengan sia-sia kalau bukan ada HIKMAH disebaliknya.
Ujian itu bukan untuk kita persoalkan.
Tapi untuk kita mencari hikmah yang hadir bersamanya.
Andai dipersoal, maka jari kita akan mula menuding. Betul kan?
Akak belajar 5 perkara daripada ujian dan musibah.
1. Ujian itu sebenarnya balutan hadiah kasih sayang dan rindu untuk kita daripada Allah. Kalau tidak diuji, berapa lama kita akan duduk di sejadah menadah tangan memohon sungguh2 dariNya?
2. Dengan ujian buatkan diri kita semakin dekat dengan Allah. Kita dapat rasakan ketenangan, bila kita luahkan kepada Dia. Luahkan pada Manusia, kita tetap rasa serabut dan tak settle, tapi bila kita “bercakap” dengan Dia, kita tahu Dia mendengar dan kasihi kita.
3. Ujian mendidik kita bersangka baik, sabar dan yakin adanya Allah. Muhasabah diri mencari kekurangan diri dahulu. Jangan kita mudah tuding jari ke orang lain. Bila kita tuding jari, satu jari ke orang tu, 4 jari lagi ke arah kita, bukan? Akui kesilapan dan kelemahan kita, bukanlah satu pengakhiran, malah ianya membuatkan kita ingin perbaiki diri kita jadi lebih baik.
4. Ujian Allah berdasarkan kemampuan kita. Sebab kita mampu maka kita diuji. Selama ni kita rasa macam tak mampu, tapi bila kita terpaksa lalui nya, barulah kita tahu, kemampuan kita yang sebenarnya. Allah uji kita untuk jadikan kita kuat dan sabar.
5. Setiap kepayahan ujian pasti diiringkan dengan kemudahan.Allah itu Maha Adil. Akan ada langit cerah setelah badai hujan, akan ada kemudahan setelah kesulitan, dan akan ada kebahagian setelah kesedihan.
Begitulah.
Hebatnya Allah SWT mendidik jiwa hambanya. Di sebalik ujian itu tersembunyi pelbagai nikmat dan rahmat yang besar.
Hanya hati yang celik sahaja mampu melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Ada ketikanya kita rasakan sesuatu itu baik untuk kita tetapi sebenarnya tidak dan begitu juga sebaliknya.
Jika kita sedang diuji berserahlah kepada Allah dengan penyerahan yang sebenar-benarnya.
Teruslah berfikiran positif dengan mencari hikmah kebaikkan dan kekuatan atas segala ujian.
Assalamualaikum semua
Amiza Amiruddin
Kredit: Facebook Amiza Amiruddin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI