sekadar gambar hiasan

Ya, memang benar jodoh itu di tangan Allah SWT. Namun, kita tidak boleh berserah semata-mata pada takdir atau jodoh. Usaha tangga kejayaaan!
Tak semua orang hidupnya merasai nikmat perkahwinan. Malah ada yang membujang hingga ke akhir hayat. Jadi, bersykurlah sekiranya korang menemui jodoh.

Ada yang berusaha mencari jodoh tetapi tidak ketemu jua. Ada yang memang diri sendiri tak nak berkahwin atas sebab-sebab tertentu.

Orang yang masih tidak berkahwin walaupun umurnya dah ‘senja’ biasanya dipanggil andartu (anak dara tua) untuk perempuan dan bujang terlajak untuk lelaki.

Kadang-kadang ada sebab kenapa dorang tidak berkahwin sedangkan rakan-rakan dan adik-beradik yang lain sudah beranak bercucu. Setiap apa yang berlau itu mesti ada sebabnya.

Ads

1.Terlalu Memilih
Salah satu faktor menyebabkan seseorang itu menjadi andartu dan bujang terlajak iaitu terlalu memilih. Memang lumrah kita sebagai manusia mahu jodoh kita menepati ciri-ciri idaman. Namun, janganlah melampau sangat.

Tiada orang yang sempurna dalam dunia ni. Kalau korang nak yang sempurna, jawabnya sampai ke sudahlah tak bertemu. Bak kata pepatah, ukurlah baju di badan sendiri.

Ads

2.Hidup Seperti Di Bawah Tempurung
Korang kena ingat, zaman semakin maju ke depan. Tapi korang janganlah hidup seperti katak di bawah tempurung. Ini tidak, kalau asyik berkurung dalam rumah 24 jam macam mana nak bersosial.

Laman sosial pun takde. Tak semua laman sosial itu negative. Ada juga yang positif sekiranya kita pandai menggunakannya. Ramai yang bertemu jdoh melalui media sosial.

Ads

Kita hidup dalam masayarakat kenalah bergaul. Ini tidak, di pejabat pun korang buat hal sendiri. Bila rakan-rakan ajak keluar, korang tak nak.

3.Serik Bercinta
Jangan jadikan ‘luka’ lama sebagai alasan untuk korang takut untuk bercinta lagi. Tak semua orang itu sama. Mana tahu dengan cinta baharu ini ia berakhir ke jenjang pelamin.

Tapi kalau korang sering nak bercinta, macam mana nak kahwin. Sebenarnya kegagalan cinta lama itu Allah SWT nak hadirkan yang lebih baik untuk kita. Jadi, jangan serik untuk bercinta!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI