Suami patut tahu nak jaga isteri…

Kadang-kadang kita tak sedar kita telah menyakiti hati mereka tanpa sedar, kita nak lihat diri kita kacak tapi isteri kita biarkan dengan serabut di rumah dengan anak dan kerja rumah.

Bila balik rumah kita tak pernah nak tolong mereka walau sekadar basuh pinggan, lipat baju, mandikan anak atau berikan susu pada anak. Yang kita tahu penat kita , lalu tengok tv ,julurkan kaki menghadap tv, tak pun sibuk dengan pc atau ipad sibuk berfb, kononnya penat.

Janganlah Si Suami Hina Isteri Bila Badan Mereka Membulat, Baju Tak Muat

Tapi kita lupa,
yang mengandungkan anak kita adalah isteri kita,
yang melahirkan anak kita adalah isteri kita ,
yang melayan kerenah anak,
buat makan minum anak adalah isteri kita,

Hingga kadang-kadang dia tak sempat untuk hiaskan diri untuk si suami.

IKLAN

Suami hanya tahu fikir penat dia sendiri, yang isteri tambah2 yang bekerja lagi, bagaimana ?

Wahai si suami, jangan sampai si isteri rasa diri dia buruk dan hodoh di mata kita, hingga bila kita nk keluar untuk mencari rezeki pun dia dah mula fikir lain. Fikir bukan-bukan, walau hakitkatnya kita tak pernah buat.

Kerana takut mata kita ni terlihat yang lebih indah dari dia nanti, maka timbullah isu, bergaduh kata si isteri cemburu dan sebagainya. Kita pula tengah penat, maka meletuplah cerita yg tak sepatutnya terjadi.

IKLAN

Apakata kita sebagai suami bawak isteri jalan-jalan2, sebulan sekali pun dah ok, biar dia beli baju , mekap yg boleh digunakan pada dia, bawak gi spa biar dia manjakan diri.

Takkan kita boleh beli rokok setiap hari, tapi berhabis skit untuk isteri kita nk berkira ?

Kita nk hidup dengan isteri ke dengan rokok ?
Kita nk hidup dengan isteri ke, dengan sportrim kereta ?
kita nk hidup dengan isteri ke, dengan kerja kita yg tak pernah habis tu ?

IKLAN

Jangan kita si suami hina pula isteri kita, bila dia dah berisi, badan mula membesar, baju mula tak muat kerana tak terjaga, kita cakap dia mcm-macam, patut kita yg main kan peranan, beli kelengkapan atau beri sokongan untuk dia betulkan apa yg dia tak sempat buat.

Bersenam, berjoging di taman bersama kan romantik. Pahala pun dapat, sihat pun dapat.

Takkan nak jaga ketika bercinta je bang, masa berkahwin ni la yang memberi makna sebenar kebahagiaan…

Nukilan Haniff Sofian

SUMBER : Rahsia Perkahwinan

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI