Rezekinya telah ditetapkan – Inilah yang kadang-kadang tu kita sering terlupa. Mungkin dalam tiba-tiba kita mendapat rezeki yang banyak. Lantas kita fikir semuanya adalah dari usaha kita seorang diri.

Sebenarnya, rezeki yang banyak itu adalah kombinasi dari rezeki anak-anak dan isteri yang disalurkan melalui kita. Sebab itu sering orang kata, “Rezeki anak-anak”… sebenarnya mereka terlupa tentang rezeki dari ‘membina masjid’ itu, iaitu rezeki perkahwinan dan rezeki dari isteri yang dikahwini.

Jadi, jangalah tajut untuk belanja isteri. Kalau isteri nak belanja suami, Alhamdulillah!… jika tidak, kita belanja dia banyak-banyak! lagi banyak kita belanja isteri, lagi banyak Allah curahkan rezeki dan menambahkan keuntungan buat kita, isteri pun pasti bertambah sayang! Daripada si suami ni asyik belanja kawan-kawan nak menunjuk dia banyak duit, lebih baiklah belanja anak-anak dan isteri. Sesetengah suami pulak ada yang suka belanja kat entah sapa-sapa dan awek mana.

Ada baiknya belanja isterilah, dah memang sah-sah milik kita. Daripada belanja perempuan mana ni, belakang kita dia melaram dengan jantan lain, kita tak tahu. Buat rugi duit kita je. PERINGATAN: Amboi, suka sangatlah tu si isteri mendengarnya! TAPI, kena ingat juga isteri-isteri tu… maksud belanja isteri disini BUKAN belanja isteri yang boros dan suka menghabiskan duit suami, sehingga melampaui kemampuan suami.

Tetapi, belanja isteri yang baik, penyayang, solehah, bijak mendidik anak-anak, pandai berjimat, mengurus rumah tangga dan menghormati suami. Kalau isteri yang membazir dan suka menunjuk-nunjuk tu, buat Tuhan tarik rezeki kita lagi ada lah.

IKLAN

Jadi, sebagai seorang suami amatlah berkat berbelanja untuk anak dan isteri. Janganlah sesekali merasa takut habis duit atau menganggap perbelanjaan buat isteri itu satu beban yang memudaratkan. Selalu percaya, dengan berbelanja pada isteri, InsyaAllah! rezeki kita akan bertambah lagi.

Suami jangan kedekut dan berkira sangat dengan isteri sebab isteri buat macam2 tugas untuk suami dan anak2 di rumah. Isteri beranak anak kita, bagi susu pada anak pulak, basuh berak anak, jaga anak, basuh baju, masak makanan, buat air kopi, sapu sampah, kemas rumah, layan suami, dan macam-macam lagi.

Kan banyak kerja isteri buat tu! Asalnya isteri tidak wajib memasak, buat air, sapu sampah, basuh baju suami …. Tapi, apabila suami suruh, baru isteri wajib taat suami. Sebab tu isteri boleh minta upah dari suami. Oleh itu, mana2 perempuan yang buat kerja rumah, dia berhak menuntut bayaran daripada suami dia. Dah banyak mana kena bayar?

IKLAN

Yang bagusnya suami bayar RM1500 sebulan pada isteri. Tu dah kira murah. Tengok pelayan di restoran, gaji katakan RM800, tapi dia tak masak pun, cuma ambil oder saja. Tukang sapu, gaji RM600 cuma sapu sampah je. Orang gaji jaga anak saja, kena bayar RM500. Dah berapa dah jumlah tu. .

Tapi kerje2 tu semua isteri sorang yang buat. Jadi sebab dah tahu ni, nanti para isteri bolehlah cakap pada suami, “Ustaz Azhar kata boleh mintak upah dengan suami. Jadi saya nak la dalam RM1500 sebulan…”

 

IKLAN

 

 

 

Sumber : Ustaz Azhar Idrus