
Ingatlah, tiada seorang manusia pun yang sempurna di muka bumi ini. Sesempurna mana pun pasangan kita, dia pasti akan ada kekurangan kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah. Sama juga seperti kita, manusia yang memiliki kekurangan dalam diri.
Biar apa pun kekurangan pasangan kita, terimalah dengan hati yang terbuka. Jangan pernah mengeluh dan mengadu kepada orang lain kerana ia merupakan aib yang perlu dijaga. Anda diibaratkan seperti pakaian kepada pasangan di mana ia berfungsi untuk menutup dan melindungi diri.

Jangan biar ego menguasai diri. Terima sahaja dengan hati yang terbuka. Lembutkan hati ketika anda bersamanya dan bersyukurlah kerana ada yang menyayangi anda. Bila kita ikhalas menerima segala kelebihan dan kekurangannya, maka dia pun akan melakukan hal yang sama pada anda. Anda juga tidak sempurna kan?
Hubungan yang kuat tercipta ketika kedua-duanya mampu untuk saling menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Tidak mudah untuk mencari pasangan yang menerima kita seadanya. Ada yang berharap kita akan berubah. Ya, boleh untuk berubah tetapi berubahlah kerana diri sendiri dan jangan berubah kerana orang lain. Kerana dikhuatiri perubahan itu tidak akan kekal lama.
Kesimpulannya, hargailah pasangan anda dan terima segalanya tentang dia. Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan kerana tidak semestinya kesempurnaan itu yang terbaik untuk anda. Boleh jadi kekurangannya itu yang buat hubungan kalian bertahan. Teruslah mencintai antara satu sama lain.
Gundah Hati Haqiem Rusli Kini Terjawab

Apa persoalan yang membuatkan Haqiem Rusli atau Ridzuan Haqiem Rusli, 21, ingin menarik diri dalam bidang seni nyanyian yang hangat diperkatakan pada hari Ahad lalu sehingga hari ini. penantian satu penyiksaan untuk peminat Haqiem Rusli yang ingin menanti keputusan yang sebenarnya pada Julai ini. Bagaimanapun memberitahu dia hanya membuat keputusan berhubung perkara itu pada Julai ini.
“Pengumuman penting kepada semua, dah lama saya tunggu saat ini dalam keadaan sekarang serta waktu yang tepat.
“Saya ingin memberitahu tentang posisi saya dalam industri muzik, BERHENTI atau TIDAK pada AWAL BULAN JULAI saya akan memberi jawapan sepenuhnya,” tulisnya di Instagram.
Menjelaskan mengenai perkara itu, Haqiem berkata, dia melalui banyak keperitan sepanjang bergelar penyanyi dan tiada siapa dapat memahami keperitan dilaluinya.Malah dedah Haqiem, masalah kemurungan yang dihadapinya sejak awal tahun ini turut mendorong sebab dia ingin meninggalkan bidang seni.
Kesemua gambar di dalam Instagram bintang ini telah dipadam sejak Ahad lalu. Keadaan ini membuatkan ramai peminatnya terkejut dengan tindakan mengejut yang dilakukan Haqiem. Apa pun kita sebagai manusia perlulah memberi peluang kepada insan yang inginkan ketenangan dalam mencari jalan yang mungkin dapat menenagkan beliau. Kita tidak tahu apa yang dirasakan dan ditanggung oleh Haqiem Rusli selama dia bergelar penyanyi.
Haqiem Rusli juga yang menjadi penghias kulit majalah Pesona pengantin Julai ini membuatkan team Majalah Pesona Pengantin terkejut dengan keputusannya. Anak muda ini cukup lemah lembut dan sopan. Senang untuk dibawa berbincang, tidak mempunyai ragam dalam apa jua keadaan. Agak pemalu jika ingin digandingkan dengan wanita, tetapi apabila di dalam waktu menjalankan tanggungjawab Haqiem seorang yang sangat profesional.
Haqiem juga banyak berkongsi kisah dengan Majalah Pesona Pengantin, jika ingin tahu kisah lanjut mengenai Haqiem Rusli, dapatkan Majalah Pesona Pengantin Julai ini.
“Bila Seorang Menangis, Seorang Sediakan Bahu. Itulah Kebahagian Sebenar Dalam Perkahwinan”

Indahnya hidup berumahtangga andai saling kasih mengasihi dan menghargai pasangan anda. Jom menghayati erti bahagia yang sebenar dari perkongsian oleh Ustaz Ebit Liew ini.
Jom mulakan dengan pegang tangan pasangan kita. Berpegangan tangan menyebabkan dosa berguguran…Indahnya pegang tangan pasangan kita yang halal dipegang.
✔ Sebelum pergi atau balik kerja kita pegang tangan pasangan kita…….Rahmat ke atas mereka yang buat perkara yang halal..Tengah duduk-duduk pegang tangan mereka…..
✔ Lihat mata mereka dengan perasaan kasih sayang. Terima kasih kerana sudi menjadi pasangan saya.. Melihat mereka dengan perasaan syukur pada ALLAH…
✔ Lihat bila mereka mula berkata-kata. Beri perhatian sepenuhnya.. Lihat dan cari kecantikannya dan kebaikannya…Bila Syukur ALLAH akan tambahkan nikmat..
✔ Bila mereka mula bercakap beri perhatian sepenuhnya dan jangan potong mereka bercakap…Cuba memahami perasaan mereka…
✔Lidah kita sentiasa memanggil mereka dengan panggilan yang mereka paling suka.. Sayang abang yang cantik, menawan, manis, baik hati, solehah, lemah lembut, terima kasih kerana sudi jadi isteri saya.. Saya sangat sayang awak kerana ALLAH…
✔ Dukung sekali sekala seperti Rasulullah SAW dukung Aisyah…kenakan pipi dengan penuh sayang dan manja…
✔ Mandi sekali dan bergurau ketika mandi bersama. Rasulullah SAW pernah lakukan..
✔ Bukakan pintu dan pegang tangan isteri ketika naik dan turun kereta atau semasa ke pasar….
✔ Makan berjemaah dan sekali sekala suapkan satu sama lain .. Minum di tempat yang sama…
✔ Selalu kata salah saya…..minta maaf dan memaafkan..Tidak hina kerana mengaku salah…
✔ Tahajud bersama-sama. Menangis kerana ALLAH bersama-sama… Belajar ilmu bersama-sama….Berdakwah bersama-sama…. Hidupkan rumah dengan Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW…
✔ Seorang masak, seorang sibuk tolong basuh pinggan…Makan dengan menikmati makanan menggembirakan yang masak…
Seorang basuh baju, seorang tolong angkat baju…
✔ Seorang siram bunga, seorang betulkan pasu dan sekali sekala betulkan isteri…
✔ Seorang marah, seorang diam dan minta maaf…
✔ Seorang menangis, seorang sediakan bahu untuk tempat menangis…
✔ Bila sempit dan masalah besar dalam hidup katakan, jangan risau sayang, kita ada ALLAH… Sebesar mana pun masalah kita.. ALLAH tidak pernah meninggalkan kita.. Dari sebelum sehingga ia terjadi dan selamanya ALLAH tidak pernah meninggalkan kita.. Cuma kita perlu kembali pada ALLAH.. Hanya ALLAH yang berkuasa..Selain daripadaNYA tidak boleh beri kebaikan…
✔ Rumahtangga paling bahagia ialah rumah tangga Rasulullah SAW…Tidak pernah akan kecewa sebuah keluarga yang bawa sunnah Rasulullah SAW…
✔ Tiada yang boleh bagi bahagia selain dari ALLAH.. ALLAH janjikan kebahagiaan yang hakiki hanya dalam agama..
Maksud perkahwinan yang sebenarnya ialah membawa kita semua semakin mencintai ALLAH selamanya.. Bawa seluruh keluarga kembali pada ALLAH.. Hanya ALLAH yang tahu betapa nikmatnya bila sebuah keluarga bersama-sama menghidupkan Islam….Tiada wang ringgit atau sebanyak mana pun tidak dapat ganti kebahagiaan keluarga ini …Bahagia tanpa syarat…Tiada siapa boleh hancurkan bahagia ini…Kerana ini adalah bahagia yang sebenarnya.. ALLAH hadiahkan kepada mereka yang benar-benar membawa kehidupan Rasulullah SAW…
Sumber : Penulisan Ustaz Ebit Liew
Suami Soleh Akan Tetap Menghormati & Memuliakan Isterinya Tanpa Syarat

Adakah salah seorang isteri menjadi suri rumah sepenuh masa? Betul ke suami zaman sekarang tidak suka isteri duduk rumah dan menjaga segala kelengkapan suami dan anak-anak?
Seorang wanita yang juga pengguna Facebook, Intan Dzulkefli telah membidas pendapat bahawa isteri suri rumah sepenuh masa menjadi punca penceraian rumah tangga.
Menurut Intan, seorang suami yang soleh, dia akan tetap menghormati dan memuliakan isterinya tanpa syarat. Bukan hanya cintakan isteri sewaktu issteri boleh memberi manfaat kepada dirinya sahaja. Jom ikuti perkongsian dari Intan Dzulkefli yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Semoga bermanfaat.Terkesan juga apabila terbaca sesetengah komen netizen tentang berita isteri pertama bakal diceraikan itu. Ya, memang betul, wanita yang ditinggalkan & bakal diceraikan itu ialah surirumah. Namun, janganlah semudah itu mengatakan sebab tidak bekerja itulah punca suami kurang hormat pada isterinya.
.
Apakah selayaknya isteri hanya akan dicintai, dihormati & dilindungi hanya apabila dia dapat memberikan manfaat buat diri suami? Maka, kalau begitu, isteri yang tidak bekerja bolehlah dihina? Isteri yang tak mampu memberikan zuriat bolehlah dinista? Isteri yang terlantar sakit & tak mampu lagi menyenangkan nafsu bolehlah dibiar terbiar? Astaghfirullah hal adzhim.
Sebenarnya, seorang suami yang soleh, dia tetap akan menghormati & memuliakan isterinya tanpa syarat. Bukan hanya cintakan isteri waktu isteri boleh beri manfaat kepada dirinya sahaja, apabila habis manfaat, bolehlah dibuang begitu sahaja.
Bukan begitu! Kerana dia sedar, dia mengambil wanita itu dari bapanya sebagai AMANAH. Amanah ini tanggungjawab. Tanggung bebanannya di dunia & jawab segala persoalan Allah di akhirat. Berat bagi yang faham. Ambil ringan bagi mereka yang jahil.
Wanita yang dipilih Allah untuk menjadi suri rumah tangga, janganlah rasa diri kita hina. Malah, sesetengah ulama’ memberikan gelaran ‘Rabbatul Bayt’ kepada isteri yang duduk di rumah. Rabbatul Bayt memberi makna permaisuri rumahtangga yang mana rumah adalah negaranya, anak-anak adalah rakyatnya & suami adalah rajanya.
MasyaAllah, cantik Ulama’ menukilkan posisi suri pada pandangan Islam. Jadi, jika ada yang menghinakan kerana duduk di rumah, anggaplah sahaja mereka tidak berilmu.
Isteri bukan beban, isteri adalah amanah. Isteri bekerja atau tidak bekerja, bekerja dari rumah atau bekerja di luar rumah, nafkah keluarga tetap tugas mutlak seorang suami & bapa. Inilah hal asas rumah tangga Islam. Maka, sepatutnya tidak timbul hal isteri tidak bekerja dianggap sebagai menyusahkan & beban sebagaimana stigma sesetengah masyarakat.
Ada dua hal yang ingin saya randomly highlight untuk muhasabah kita bersama;
1) Wanita, pilihlah lelaki yang beragama sebagai suami. Tidak semestinya ustaz, pak haji, dahi bertanda… tetapi orang yang memegang agama dengan gigi gerahamnya. A practicing muslim. Menjaga solat, menjaga ikhtilat (batas pergaulan) dengan bukan mahram.
Sebagaimana kata Imam Hassan al-Basri, nikahkanlah anak perempuanmu dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, apabila dia mencintai isterinya, dia memuliakannya. A pabila dia tidak lagi cinta, tidak pula dia menghinakan & menzaliminya.
.
Kadang ada wanita masa bercinta tidak nilai semua aspek ini dengan sebaiknya. Lelaki itu tak jaga ikhtilat, terima sahaja. Lelaki itu tak solat, lelap mata sahaja. Lelaki itu malas bantu ibunya buat kerja rumahtangga, tak rasa apa. Kerana menganggap cinta sahaja sudah cukup. Maaf, hakikatnya cinta sesama manusia sahaja tidak cukup untuk menjayakan sebuah rumah tangga.
Bahkan kata Imam Muda Asyraf, kadang cinta yang menggebu di awal perkahwinan akan bertukar menjadi tolak ansur & rasa ehsan apabila semakin bertambah usia. Inilah yang disebutkan sebagai sakinah, mawaddah & rahmah itu.
Hanya lelaki soleh sahaja nampak segala perubahan tubuh badan isteri sebagai natijah susah payahnya berkhidmat untuk suami & rumah tangga. Lelaki yang bertuankan nafsu akan nampak hal itu sebagai kekurangan isteri & jalan untuk dia mencari ganti. Begitulah wahai wanita, pilihlah yang beragama & takut Allah. Bila dia jaga hubungannya dengan Allah, dia akan jaga amanahnya sebaiknya. Bila dia takut Allah, dia takut menzalimi insan yang patut dilindunginya dunia akhirat. InsyaAllah kita takkan menyesal.
Istisyarah & istikharahlah dalam memilih jodoh, Rasulullah SAW sendiri jamin kita takkan menyesal.
2) Biarpun bergelar suri rumah tangga, bukanlah menjadi penutup semua pintu hidup kita. Ramai wanita bergelar suri rumah tangga jadi senang stress, hilang semangat, low self esteem hingga akhirnya ada yang depresi, hilang nilai diri & asyik salahkan diri atas apa jua musibah yang terjadi.
Maka, wahai wanita, tidak kiralah apa status kita, bergeraklah dalam kemampuan kita untuk mengejar cita-cita & kekalkan motivasi diri.
- tetap adakan simpanan bulanan. Wajib buat!
- tetap bayar pinjaman pelajaran, hutang wajib bayar.
- usahakan untuk buat komitmen Tabung Haji, investment syariah compliant (contohnya Public Mutual atau beli emas) setahun sekali hasil simpanan sikit-sikit pun tak apa. Asalkan buat.
- jika mampu, ambil life-insurance, buat Private Retirement Scheme (PRS)
- jangan lupa bersedekah. Banyak atau sedikit bukanlah soalnya. Yang penting istiqomah.
- sentiasa upgrade ilmu, amal & potensi diri. Kekalkan dalam circle yang positif.
- jangan sengaja tinggal solat, jangan tinggal al-Quran, jangan sengaja buka aurat & berhias tanpa keperluan. Solatlah, tutup aurat, sentiasa istighfar & banyakkan sedekah, nescaya Allah & Nabi SAW akan sayang kita.
Sayanglah diri sendiri. Jangan harapkan orang lain sayang kita kalau kita sendiri tak sayang diri sendiri terlebih dahulu. Sayang diri kita dengan ikut apa yang Allah & Rasulullah SAW syariatkan. Jangan terikut dengan anasir & trend akhir zaman yang merosakkan.