Ads

Jika Pasangan Anda Berikan Peluang Kedua, Tolong Jangan Sia-Siakan

Wajarkah kita diberi peluang kedua dalam segala hal di atas dunia ini? Siapa yang tidak mahu, betul tak? Kehidupan kita ini penuh dengan perkara-perkara yang tidak disangka-sangka.

Ujian demi ujian Allah s.w.t menghujani kita silih berganti selagi kita masih bernyawa. Dalam banyak perkara adakalanya kita menang dan adakalanya kita tewas. Andai kita tewas dalam melunaskan sesuatu ujian mahupun impian, tiada apa yang lebih indah daripada mendapat peluang kedua.

Jika Pasangan Anda Berikan Peluang Kedua, Tolong Jangan Sia-Siakan

Beri peluang pasangan berubah

Peluang kedua bagaikan mati hidup semula, bagai pohon layu disirami air, bagai danau kering dilimpahi selautan air. Tidak ada sesiapa yang sempurna di dalam dunia ini.

Ads

Setiap insan pasti sekali pernah menghadapi kegagalan dalam hidup. Kata-kata dorongan supaya jangan berputus asa di atas kegagalan tidak akan bermakna andai tiada jalan untuk bangkit semula atau lebih enak disebut peluang kedua.

Ads
Jika Pasangan Anda Berikan Peluang Kedua, Tolong Jangan Sia-Siakan

Setiap orang melakukan kesilapan

Kerana peluang kedualah yang kita akan terus bangkit meneruskan perjuangan yang telah kandas. Janganlah kita terlalu angkuh untuk tidak mengizinkan peluang kedua dalam perkara yang anda punya kuasa mutlak kerana anda juga pasti sekurang-kurangnya sekali dalam hidup memerlukan peluang kedua.

Ads

Setiap orang melakukan kesilapan. Mungkin kali ini mereka sudah sedar dari perbuatan mereka. Jika betul mereka ingin berubah mereka pasti tidak akan sia-siakan anda.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raikan Cinta di IWK Eco Park @Pantai Dalam, Lokasi Perkahwinan Suasana...

Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...