
Setiap hal yang terjadi dalam hidup ini sudah Allah rancangkan dengan begitu baiknya, dan pastinya Allah tetapkan pengakhiran yang paling menggembirakan. Maka buat yang sedang bersedih saat ini, percayalah kamu akan bahagia bila sudah sampai waktunya nanti.
Bila saatnya tiba, sedih akan menjadi tawa, dan perit akan menjadi cerita yang suatu hari nanti akan membuatmu semakin dewasa.
Kerana setiap hal buruk yang terjadi pastinya membuat kamu lebih matang menjalani kehidupan ini, maka bersabar dan ikhlas menjalani semua yang terjadi.
Bila Saatnya Tiba Sisa Luka yang Mendera Hati Akan Sembuh Dengan Sendirinya
Jadi percayalah, tidak usah takut, tidak khuatir, dan tidak usah resah, tunggu saja waktu bahagia yang telah Allah janjikan dengan penuh sabar.
Sekarang mungkin kamu masih merintih sakit dengan ketetapan yang Allah berikan, tapi percayalah suatu saat nanti kamu akan tersenyum penuh syukur dengan hadiah indah yang Allah persembahkan.
Amarahmu Akan Mereda, Bahkan Hatimu Akan Baik-Baik Saja, Bila Hati Mula Ikhlas
Lantas berhentilah kamu mengeluh pada saat ini kerana bila memang sudah sampai waktunya derita ini akan menjadi cerita indah yang tiada akhir.
Wanita Bukan Kuat Merajuk, Tapi Banyak Sangat Benda Yang Buat Mereka Merajuk

Baru baru ni ada seorang kawan tanya macam mana nak buat kalau isteri kuat merajuk. Saya cakap kat dia mudah je, jangan jadi pencetus isteri merajuk la.
Lelaki dengan perempuan sama je kuat merajuknya. Cuma beza pencetus wanita merajuk banyak manakala lelaki tak berapa banyak.
Wanita makhluk paling sensetif sekali kat muka bumi ni jadi pencetus kecil apa pun dah boleh buat mereka merajuk. Ini yang kita tak sedar.
Bila isteri sedang bercakap tapi suami tak beri perhatian, sibuk main telefon. Ini pun boleh cetus merajuk.
Suami kerja sepanjang hari, sampai ke rumah waktu malam. Sampai di rumah terus capai anak-anak dulu, isteri tak tegur pun. Ini pun boleh cetus merajuk.
Tak pernah tanya keadaan isteri. Tak pernah ambil tahu perasaan isteri. Walaupun suami tak buat salah secara zahir tapi secara batin banyak kesalahan yang dia dah buat.
Situasi macam ni memang tunggu masa je. Pencetus kecil pun boleh buat isteri merajuk berhari-hari lamanya.
Malas nak melayan isteri merajuk? Jangan jadi pencetus.
1 – Selalu berikan perhatian terbaik pada isteri. Isteri lebih penting dari games, telefon, televisyen dan whatsapp group. Kalau selalu sangat merajuk tu tanda isteri dah jadi Attention Seeker. Susah sangat nak dapat perhatian jadi merajuk la jalan terakhir.
2 – Selalu tunjukkan penghargaan pada isteri. Urut bahu isteri sebelum tidur pun dah cukup buat isteri rasa sangat di hargai. 10 saat sentuh isteri boleh tingkatkan hormon endorfin tau. Hormon endorfin ni lagi banyak lagi bagus sebab ia boleh bantu isteri kurus dan hilangkan keresahan.
3 – Selalu luangkan masa bersama isteri. Ada masa lapang dahulukan isteri dahulu. Luang masa lebih dengan isteri lebih bermakna daripada luangkan masa dengan benda lain. Momen momen ini la yang akan jadi penguat kasih sayang bila di timpa musibah. Bayangkan kalau tak ada langsung momen begini? Itu yang mudah berperang.
4 – Selalu beri pujian pada isteri. Wanita ni sensetif, kalau tak ada pujian dia akan fikir macam-macam. Jadi kena bina pendinding (firewall) di hati dia daripada fikir yang bukan-bukan. Selalukan la puji memuji. Puji dia cantik, dia masak sedap dan sebagainya. Satu pujian ikhlas dari suami, isteri boleh ingat bertahun-tahun lamanya.
5 – Selalu curahkan kasih sayang tak berbelah bagi pada isteri. Belai rambut isteri, cium pipi dia dan peluk setiap pagi cukup buat isteri rasa bersemut di hati. Bukan tu je, mengikut kajian isteri yang selalu di peluk suami akan buat isteri jadi lebih bersemangat dan bertenaga. Peluk 5 minit tapi tenaga boleh tahan 5 jam tau.
Jadi kawan kawan, isteri kita sebenarnya bukan suka merajuk tapi kita yang suka jadi pencetus dia merajuk.
Dengan orang lain diorang tak merajuk pun, dengan kita je dia suka merajuk sebab hati dia dengan hati kita dah terjalin hubungan rapat. Satu hati kena cucuk, dua dua akan terasa sakitnya.
Sama-sama la kita saling ingat mengingati antara pasangan ya.
Sesungguhnya pasangan terbaik ialah pasangan yang tahu baik dan buruk pasangan mereka serta cara untuk memperbaiki diri sendiri supaya kebaikan pasangannya lebih terserlah.
Wallahu A’lam,
#share jika bermanfaat.
Sumber : Perkongsian dari Facebook Mohd Fhais
Bahagianya isteri jika dia tak perlu merajuk lagi.
Hargai Suami & Isteri Anda, Mungkin Esok Lusa Salah Seorang Akan Pergi

Ingatlah bahawa yang paling berharga di rumah kita bukan perabot, bukan peralatan elektronik, komputer, barang-barang antik atau barang perhiasan.
Tetapi yang paling berharga ialah manusianya, yakni pasangan hidup kita. Dialah “modal insan” yang wajar dihargai lebih daripada segala-galanya.
ADAKAH KITA BENAR-BENAR SAYANG PASANGAN?
Soalnya, adakah kita telah benar-benar menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang yang berada di rumah kita?
Cuba renungkan, betapa ramai suami yang lebih prihatin tentang kereta berbanding isteri mereka. Ba tuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran tetapi “ba tuk” kereta sedikit sahaja sudah segera dihantar ke kedai untuk diperbaiki.
Bila enjin kereta “an3h” sedikit sahaja bunyinya, cepat-cepat diusung ke bengkel, dibetulkan, ditune semula agar bunyinya kembali normal. Sebaliknya, isteri yang batuk-batuk, lenguh dan pucat mukanya dibiarkan saja.
Alasannya, itu sudah adat, badan sudah tu.
Itu belum dikira lagi suami yang “kaki pancing” yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan, tega membiarkan isteri kesepian di rumah. Isteri juga apa kurangnya?
Ada para isteri yang leka dengan orkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.
Ada juga suami yang workaholic, bekerja siang malam, tidak mengenal istilah cuti dan rehat. Apabila ditanya mengapa begitu sibuk dengan kerja? Jawabnya, demi isteri dan anak-anak. Ironinya, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri dan anak-anak.
Ya, mencari duit sehingga tidak sempat menikmati duit itu. Gigih mencari wang, tidak kira siang atau malam. Malangnya, apabila duit wang sudah terkumpul, kesihatan pula tergadai, rumah tangga berke cai, isteri dan anak-anak tera bai.
Tegasnya, hargailah isteri dengan tindakan. Bukan hanya dengan ucapan. Jika benar ingin membahagiakan isteri, luangkan masa, k0rbankan tenaga dan tumpukan seluruh perhatian untuk membahagiakannya.
Jika ada yang bertanya, bagaimana kita boleh menghargai pasangan kita di tengah kesibukan dunia moden yang begitu hebat? Jawabnya, insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan.
Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir.
Mulakan memandangnya dengan pandangan kasih. Mungkin wajah isteri kita sudah kedut tetapi insafilah mungkin separuh daripada kedutan di wajah itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita.
Uban telah memenuhi kepala pasangan kita tetapi itu bukan uban sebarang uban tetapi ubat yang tumbuh kerana kesusahan memikirkan kebahagiaan kita dan anak-anak.
PANDANGLAH WAJAH PASANGAN
Pandanglah wajah pasangan kita dengan pandangan mata hati (bukan semata-mata dengan mata biasa). Kalau dulu semasa bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini, biarlah pandangan kita lebih murni. Bukan lagi dari mata turun ke hati tetapi dari hati turun ke mata.
Dengan ini, yang kita lihat bukan bodynya lagi tetapi hati budinya. Yang kita pandang seharusnya bukan lagi urat, tulang dan daging tetapi suatu yang lebih murni dan hakiki, yakni kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, peng0rbanan, pender1taannya yang sekian lama telah dilalui bersama kita!
Daripada pandangan mata hati itulah akan lahir sikap dan tindakan yang membuktikan rasa cinta. Justeru, cinta itu tindakan. Tindakan yang tidak mengenal jemu dan lelah.
Bak kata penyair; bila sudah cinta, ingin dipintal awan gemawan untuk dijadikan kerongsang, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya dan mahu dijadikan mentari sebagai sinar dalam duka dan laranya.
Ah, manusia sebenarnya tidak perlu diajar jalan membelai dan mempamerkan rasa cintanya. Apabila sudah ada rasa cinta yang mendalam dalam jiwa, jalan untuk menzahirkannya akan datang dengan sendirinya. Justeru, cinta itulah yang menyalakan kemahuan. Kemahuan itulah yang mencari jalan!
Mungkin si kaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai si isteri. Sebaliknya, petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama permaisuri hatinya. Masing-masing dengan cara dan kemampuan sendiri. Itu bukan masalahnya, selagi ada cinta.
Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri, tentunya lebih bahagia berbanding seorang jutawan yang hanya disambut di pintu vilanya oleh orang gajinya.
Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah SWT, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!
Hargailah sesuatu yang dekat dengan kita. M4langnya, kita selalu terlepas pandang kepada sesuatu yang “terlalu dekat”, ada kalanya jauh lebih sukar untuk dilihat berbanding yang jauh. Begitulah. Isteri di depan mata, keberadaannya ada kalanya kurang dihargai dan dirasai kerana … sudah terlalu dekat.
Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton televisyen berbanding bercakap dengan isteri.
Di negara kita, apa kurangnya. Tiga jam menonton bersama, namun sepatah kata pun tidak terkeluar untuk berbual. Suami dan isteri sibuk melayani fikiran masing-masing walaupun mereka duduk berhampiran.
Lebih-lebih lagi apabila duduk berjauhan. Mereka seolah-olah terlalu lokek untuk bertanya khabar apalagi bertukar-tukar cerita. Ada kalanya, bertanya khabar kepada teman-teman jauh lebih banyak berbanding dengan isteri sendiri.
Namun, bila isteri atau suami diserang sak1t – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu timbullah penyes4lan yang tak sudah. Puaslah menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi.
Pada waktu itu barulah kita duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami, yang hanya mampu berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara … “Bersuaralah isteriku, bercakaplah dengan suamimu,” rintih hati. Tetapi, rintihan tinggal rintihan. Segalanya sudah tidak berguna lagi.
Hidup terlalu singkat dan hidup hanya sekali. Yang pergi tidak akan kembali. Kata pepatah, patah tumbuh, hilang berganti tetapi tidak semua yang patah boleh tumbuh semula. Adakah anak, isteri, suami yang pergi, akan pulang semula?
Justeru, hargailah selama semuanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Hargai dan sayangi isteri atau suami kita.
Mungkin esok, kita tidak pulang atau dia yang tidak pulang. Cinta sewaktu senja sebenarnya sedang berlvmba dengan ny4wa. Aj4l boleh datang tiba-tiba. Mungkin kita yang “pergi” atau dia yang “pergi” dulu.
Sumber : Ustaz Pahrol Mohammad Juoi
Tonton Filem Romantis Bersama Pasangan Dapat Panjangkan Hubungan

Bagi pasangan yang bercinta mereka semamngnya ingin sentiasa berada di sisi pasangan mereka setiap masa dan menatap wajah insan yang mereka cintai sebaik saja bangun tidur. Bahkan sering menonton filem-filem romantis juga tidak semua pasangan yang gemarkannya.
Namun cara ini mampu memberikan banyak saat-saat manis, dan imaginasi yang tinggi dalam kisah percintaan mereka. Pasti ramai yang gemar menonton cerita atau drama Korea yang berkaitan dengan kisah percintaan bukan? Sudah pasti anda salah seorang yang menginginkan pasangan lelaki mereka persis jejaka Korea di dalam cerita yang mereka tonton.
Menurut kajian yang telah dijalankan di University of Rochester telah membuktikan dengan menonton drama atau filem romantis boleh memberikan banyak kebaikan dalam setiap perhubungan yang terjalin. Ia juga didapati dari laman web Times of India iaitu Ronald Rogge yang merupakan ketua penyelidik dan profesor psikologi turut menjelaskan beberapa kesan positif tentang ini.
Berikut merupakan 3 manfaat yang boleh anda dapati jika selalu menonton filem atau drama romantis bersama pasangan yang harus anda ambil tahu.
1. Membentuk kaunseling
Secara tidak disedari, rancangan romantis yang ditonton bersama boleh membentuk kaunseling khas untuk hubungan anda. Ini kerana, anda boleh mempelajari sesuatu yang baru untuk keharmonian hubungan anda.
Contohnya, anda boleh menangani sesuatu yang positif semasa berbual dengan si dia. Tidak ada istilah salah untuk menonton filem romantis jika ia mampu memberikan kebaikan dalam sesuatu perhubungan.
2. Mengeratkan hubungan
Filem romantis juga boleh mengeratkan lagi keintiman anda dan si dia. Sambil menonton filem, sambil itu makan popcorn, duduk dalam satu selimut dan sofa yang sama supaya dapat memberikan suasana yang sama seperti di dalam filem. Bila masuk dalam adegan intim, anda boleh memeluk pasangan dengan mesra bagi mebaiki hubungan yang lebih baik.
3. Membantu hubungan yang bermasalah
Bila hubungan berlangsung dengan begitu lama, sesetengah pasangan akan mula rasa bosan. Sehingga segala salah silap lama menjadi titik mula kebencian untuk anda dan dia. Namun bila bersama-sama menontonfilem atau drama romantis, itu dapat membaiki dan memulihkan hubungan yang retak menjadi seperti mula-mula bercinta dulu.
Hubungan yang dingin juga boleh diselamatkan jika anda mempraktikan menonton filem romantis bersama dan hubungan anda juga akan berakhir dengan pengakhiran yang indah seperti dalam filem.
Sumber : Cantika.com